Mod Permainan Terbaru untuk Blood Moon! “Hunt of the Blood Moon”
Termasuklah mod permainan baru, Blood Moon!
PBE | January 26, 2017 | By Putih

Summoner’s Rift di PBE telah diwarnai dengan skin peta Blood Moon, termasuklah mod permainan baru! Berikut adalah sedikit maklumat mengenai mod permainan baru ini.

Blood Moon bot lane

Pemain-pemain: 5v5
Peta: Summoner’s Rift dengan suasana Blood Moon
Jenis Mod: Blind Pick dengan Champion Restriction

Champions blood moon

Peraturan:

1. Pasukan pertama untuk mendapat 300 mata, menang.

Blood Moon score

2. Dapatkan mata dengan membunuh champion musuh, jiwa musuh dan ‘Demon Heralds’.

Demon Heralds

3. Buff: Power of the Demon

Demon buff
Jika anda membunuh mana-mana 3 makhluk di atas, sebanyak 3 kali, anda mendapat buff Power of the Demon yang bertahan selama 45 saat. Ini memberikan anda kelajuan pergerakan yang pantas dan serangan anda yang seterusnya memberikan20% damage daripada HP maksimum sasaran pertama.

4. Champion restriction

Champions blood moon1
Anda hanya boleh memilih champion ini: Ahri, Akali, Camille, Diana, Ekko, Elise, Evelynn, Fizz, Kassadin, Katarina, Kennen, Kha’Zix, Leblanc, Lee Sin, Pantheon, Rengar, Shaco, Talon, Yasuo dan Zed.

5. Champion percuma

Tambahan: Untuk meraikan Blood Moon, champion ini juga akan menjadi percuma sewaktu tempoh acara ini berjalan.

 

Post Berkaitan

Comments