Camille jadi support. Anda berani?
Echo Fox menjadikan Camille support dan masih lagi boleh mendaapt first blood.
Antarabangsa | February 2, 2017 | By Mikail Karma

Camille Smize

Camille, champion League of Legends terbaru, kini telah dimainkan di North America LCS, walaupun penggunaan champion itu tidak diduga.

Selepas champion ini kena ban dalam setiap permainan sebelum ini, Camille tidak dihiraukan dalam fasa pick dan ban sewaktu Echo Fox vs. FlyQuest. Selepas FlyQuest tidak mengharamkan Camille, Echo Fox dengan pantas memilih champion itu. Selepas pick ban diteruskan, amatlah jelas yang Camille tidak akan menjadi top lane, atau jungle. Camille dijadikan support, dimainkan oleh Austin “Gate” Yu yang berada di bot lane.

Echo Fox menggunakan Camille dengan baik apabila mereka menjajah jungle musuh.

Dengan mobiliti Camille yang hebat, diikuti dengan kebolehan Hookshot/Wall Dive, Orianna yang melindungi red buff membantu Echo Fox mendapatkan first blood dan permulaan baik dalam menentang FlyQuest.

10 minit dalam permainan, Camille mempunyai 5 assist apabila pasukan Echo Fox dengan mata 1-2 ini mengecewakan FlyQuest yang bermata 3-0. Ini juga membolehkan top laner Hyeong-seok “Looper” Jang untuk memainkan Swain, champion yang dia selesa mainkan dan mudah untuk melawan Poppy, yang dipilih oleh FlyQuest.

Post Berkaitan

Comments