EXECUTED: Kebenaran Dahsyat Mengenai Monster-monster Jungle
Jangan tertipu akan kecomelan mereka...
Panas | February 7, 2017 | By HalleBerry

EXECUTED

KEBENARAN DAHSYAT MENGENAI RAKSASA-RAKSASA JUNGLE

ARTIKEL OLEH CACTOPUS & RIOT TAMGROS, REKAAN OLEH NANCYMON

 

Pada kali seterusnya anda berjalan melalui jungle, ambil langkah berhati-hati. Berwaspada terhadap Gromp, Red Buff dan rakan-rakan hutan mereka. Ini kerana, di sebalik bulu-bulu gebu, perut-perut yang gemuk dan dahan-dahan yang menyelesakan itu terdapat bahayanya jauh di dalam hutan itu dan terdapatnya juga pembunuh-pembunuh tanpa perasaan belas kasihan.

cats

Setiap hari, akan ada mangsa-mangsa yang jatuh ke tangan raksasa-raksasa yang dahsyat ini. Dengan setiap kematian, dewi awan akan menjerit “EXECUTED,” yang membuatkan kematian mereka yang memalukan itu diketahui oleh semua orang. Tetapi, berapakah bilangan kematian yang dihancurkan oleh raksasa-raksasa jungle sebenarnya?

Dengan kuasa data, kami telah menjumpai jawapan yang menakutkan ini.

____________________________________________________________________

Bagi menentukan nisbi kebolehan pembunuhan raksasa-raksasa jungle, marilah kita melihat peratusan pembunuhan yang disebabkan oleh setiap kem jungle semasa pra-musim baru-baru ini. Kami mengecualikan Scuttlecrab daripada senarai ini kerana dia makhluk baik yang tidak menyakitkan sesiapa pun.

crab-horz

 

Ringkasan Bunuhan Kem Jungle

(Pra-musim 7)

BAR CHART

 

Dalam pra-musim 7, Raptor tersenarai sebagai bunuhan tertinggi yang mempunyai bilangan melebihi setengah daripada kesemua bunuhan raksasa-raksasa jungle. Daripada pandangan rekaan permainan, ia merupakan sesuatu yang masuk akal kerana Raptor merupakan makhluk-makhluk yang paling sukar dibunuh kerana mereka berada paling dekat dengan kem yang berada di tengah-tengah peta. Mereka merupakan sasaran yang menggoda untuk sesiapa yang menjadi counter-jungler, jadi pembunuhan mereka harus dirasakan seperti sesuatu yang berbahaya.

 

Red Buff dan Krug juga berkongsi keganasan yang tinggi menentang jungler-jungler yang lalai juga, yang akan menghancurkan Wolves dalam laluannya. Wolves makhluk-makhluk yang bertanggungjawab untuk 1.94 peratus daripada kesemua bunuhan raksasa jungle. Hanya mahkluk-makluk yang lemah akan mati akibat kemarahan Gromp.


Maklumat tersebut hanyalah data untuk pra-musim 7, dan kami masih mempunyai data dari pra-musim 4 — patch 3.14. Lihat pada kesemua item support! Apakah item yang dibeli oleh pemain-pemain support sebelum patch pi?

 

turtle

Ringkasan Bunuhan Kem Jungle Mengikut Musim

bar chart 2

 

Apa-apa pun. Selama ini terdapatnya kenaikan ketara dalam bunuhan jungle semasa pra-musim. Hal ini kerana kebanyakkan daripada masa itu adalah masa di mana kami melakukan pembaikan dramatik pada rekaan jungle. Dalam tahun-tahun tersebut, Red Buff dan Raptor telah bertukar gelaran daripada “raksasa-raksasa jungle paling berbahaya dalam League” kepada Krug yang saling bertukar kedudukan antara tempat kedua dan ketiga. 

chicken
Mungkin anda tertanya-tanya, “apakah yang menarik mengenai Red Buff dalam pra-musim 6?” Brambleback yang baik merupakan raja bunuh diri oleh makhluk-makhluk untuk jungler dari pertengahan-musim 5 ke pra-musim 7. Dia mempunyai mangsa yang banyak — seperti yang anda boleh lihat dalam data berikut, terdapat ramai jungler yang bukan tank mula mati dalam bilangan yang lebih banyak dalam pra-musim 6 berbanding dengan tahun-tahun yang lalu.

NEW LINE CHART 1

RHINOSebahagian daripada peningkatan kematian jungle semasa pra-musim 6 juga disebabkan oleh kelemahan relatif jungler AP pada masa itu. Akhirnya jungling AP memperoleh lebih daripada beberapa buff antara patch 5.23 dan 6.1 yang menyelaraskan kesemuanya (memuncak kepada penggantian Runeglaive dengan Runic Echoes sepenuhnya).

Selain itu juga, jika anda berfikir bahawa anda benci bermain menentang Dr. Mundo dalam pra-musim 6, fikirkan juga perasaan raksasa-raksasa jungle yang dikasihani! Itu adalah satu-satunya masa dalam ukuran sejarah League bahawa Mundo bukannya satu-satunya champion yang paling selalu dibunuh ketika berlawan dengan raksasa-raksasa jungle yang neutral.

Terdapat juga satu lagi kemungkinan penjelasan untuk dominasi Red Buff dari pertengahan-musim 5 sehingga pra-musim 7, dan ia tidak berkaitan langsung dengan Sion. Untuk memahami apa yang kami maksudkan, kami telah mengeluarkan kadar bunuhan jungle untuk champion-champion bukan jungler. Kami akan merujuk kepada perkara ini sebagai champion-champion yang TIDAK mengambil smite tetapi masih dibunuh dalam jungle.

Angka-angka dibawah mewakili masa-masa purata setiap champion dibunuh oleh raksasa-raksasa jungle dalam mana-mana permainan. Kami menentukan angka ini dengan cara memisahkan bilangan bunuhan keseluruhan setiap champion di tangan raksasa-raksasa jungle daripada bilangan permainan keseluruhan yang dimainkan champion tersebut.

 

line chart 2

Oh, Sion juga bermain sebagai main. Bermula secara perlahan selepas pembaikan semula lelaki kelabu berbada besar dalam patch 4.18, pemain-pemain Sion mencipta suatu strategi yang melibatkan perlakuan pembunuhan yang disengajakan oleh musuh buff merah, menghabiskan kem menggunakan bentuk pasif Sion, kemudiannya menggunakan teleport untuk pergi ke lane dengan dua kelebihan level awal. Ia kelihatan seperti ini, Secara teknikalnya, ia masih merupakan strategi yang mampu dilaksanakan walaupun popularitinya semakin berkurangan sejak sekitar pra-musim 5.

Pada pra-musim ini, kita telah melihat lonjakkan pada bunuhan diri Singed, yang mungkin atau mungkin tidak berkaitan dengan kontroversi yang berhubung kait dengan penggunaan Singed sebagai support. Para saintis yang gila ini semakin lama semakin mendapat bunuhan dalam jungle. Kami hanya menganggap bahawa rakan-rakan sepasukannya tidak mempunyai sebarang masalah terhadap perkara ini.

Apabila bercakap tentang para-para feeder yang tidak tahu malu, kini kita boleh menjawab persoalan yang bermain di fikiran semua orang: jungler manakah yang paling selalu dibunuh oleh raksasa-raksasa jungle? Seperti graf Sion di atas, berikut merupakan bilangan purata bunuhan setiap permainan, walaupun kami telah mengehadkan data yang terkumpul semasa pra-musim 7.

TABLE 1

Dan pemenangnya jatuh kepada pemain-pemain Nidalee, yang dibunuh sekali setiap sepuluh permainan secara purata. Sememangnya, purata sebenar mungkin lebih rendah daripada itu, sejak itu bilangannya semakin meningkat dalam permainan-permainan di mana pemain tunggal Nidalee bermain dengan sepenuh hati dan dibunuh beberapa kali. Walaupun pada kebiasaannya Dr. Mundo akan mendahului carta ini, dia tidak langsung berada pada graf ini kerana kadar mainan jungle-nya dalam pra-musim 7 amat rendah.

Ivern berada pada tangga terakhir dalam carta ini – satu-satunya cara dia boleh dibunuh oleh kem jungle ialah sekiranya orang lain dalam permainan mengaktifkan mereka. Green Father ini hanya dibunuh oleh raksasa-raksasa jungle dalam satu daripada 2,000 permainan. Jadi, itulah dia! Pemain-pemain Nidalee ialah pemain-pemain yang berani mati dan jika anda mati akibat raksasa-raksasa jungle seperti Ivern anda boleh dianggap sebagai bunuhan yang besar secara relatif.

ROBOT

Bagi mengakhiri siasatan kami mengenai pembunuh-pembunuh jungle ini, kami masih mempunyai suatu data besar untuk dipertimbangkan: penjelasan bunuhan oleh sumber-sumber lain, yang termasuk turret, fountain, dragon dan baron.

 

RINGKASAN BUNUHAN KESELURUHAN (KESEMUA SUMBER)

(PRA MUSIM 7)

BAR CHART 3

Secara asasnya, lebih 10 peratus daripada bunuhan-bunuhan adalah hasil daripada keberanian orang melakukan dive di fountain  musuh pada pengakhiran permainan. Turret terletak pada tangga teratas, yang bukannya suatu perkara mengejutkan. Fakta bahawa Raptor membunuh orang dua kali ganda lebih banyak daripada Baron merupakan fakta yang tidak masuk akal, walaupun sejarah menunjukkan bahawa para pemain mungkin akan menyesuaikan diri dengan permulaan pra-musim. Selain itu juga, bunuhan Dragon dan Baron mungkin jauh lebih rendah daripada apa yang sepatutnya kerana mereka selalunya dijadikan objektif-objektif yang dipertandingkan, yang menukarkan hit terakhir mereka terhadap champion kepada kill berbanding dengan execute.

Maklumat ini mengakhiri laporan mengerikan kami. Jika anda menggunakan Ulangan Semula dalam klien yang telah dikemaskini, balas dalam ruangan komen di bawah dengan pautan  video-video bunuhan anda yang memalukan.

____________________________________________________________________________________________

Baca lebih banyak pandangan daripada blog Clairvoyance:

 

 

 

Post Berkaitan

Comments