NA LCS 2017: Minggu 2 – Apakah sinergi pasukan sebenarnya?
Pentingnya kerjasama dan sinergi kumpulan dalam League of Legends.
Antarabangsa | February 7, 2017 | By Mikail Karma

Reignover

Reignover dan pasukannya kalah dalam tiga set dalam tiga split — daripada 2015 EU Summer Split kepada 2016 NA Summer Split. Dalam masa dua minggu bersama Team Liquid, dia sudah bersesuaian dengan keseluruhannya.

Maklum balas daripada orang ramai adalah, “Wow, apa dah jadi kepada Reignover?” Tidak ada apa-apa yang berlaku kepadanya secara spesifik. Ini bukanlah sukan profesional di mana tubuh badan pemain akan menjadi lemah disebabkan oleh faktor umur. Justeru, marilah kita melihat keseluruhan pasukan.

Sebagai contoh, dalam bola keranjang, anda tidak boleh meletakkan lima lelaki di lantai yang tidak boleh membaling bola dari jauh. Jika kelima-lima pemain bergantung kepada bola untuk pergi ke jaring, ini akan menyebabkan masalah ruangan. Pasukan yang mempunyai pertahanan bijak akan cuba membaling dari jarak jauh. Oleh itu, apabila membina barisan pemain dalam pasukan, anda memerlukan pemain yang boleh membaling 3s, yang boleh mara ke jaring, dll. Dan memang boleh uruskan lima lelaki besar atau lima lelaki kecil selagi mereka mendapatkan apa yang diperlukan. Tapi anda perlu memahami syarat kemenangan anda. Sebagai contoh, amatlah penting untuk anda mempunyai keseimbangan.

Tidak seperti bola keranjang, lima peranan League of Legends sudah dijelaskan dengan baik. Tapi jika kita mengenakan konsep gaya kepada League of Legends, kita merujuk kepada pemain yang boleh menyebabkan havoc vs. pemain yang terselamat daripada havoc. Agresif vs. pasif adalah salah satu cara untuk menjelaskannya, walaupun perkataan pasif itu negatif. Ini merupakan teras dinamik Huni dan Reignover — Huni berjaya dalam menghasilkan situasi, dan Reignover berjaya membaca pergerakan pemain.

Pemain terbahagi kepada dua:

  • Mereka adalah playmaker / fasilitator atau…
  • Mereka membersihkan segala huru-hara

Pemain terbaik di dunia berjaya menguasai kedua-duanya. Tapi tak apa untuk menjadi dominan kepada salah satu daripadanya. Jika anda mengkaji skuad Immortal [Huni, Reignover, Pobelter, WildTurtle, dan Adrian], Turtle bersinar sekali lagi di mana Huni berada di hadapannya. Turtle adalah seorang yang terlalu cepat ke hadapan, tapi itu bukanlah isunya jika barisan hadapan selalu berada di hadapan anda. Dalam kes ini, itu adalah Huni. Dan pada masa lalu, apabila Turtle mula masuk ke dalam babak TSM, Reginald yang memainkan peranan yang sama dalam identiti pasukan.

Umumnya, jika seseorang boleh membawakan perhatian kepada pasukan musuh, ada seseorang yang perlu mengawal kelemahan itu. Orang itu adalah Reignover. Ada champion yang akan menyuruh anda apa yang anda perlu lakukan, ya, tapi kehebatan individu para pemain atau pilihan gaya akan mempengaruhi keberkesanan mereka dalam mengendalikan champion-champion berikut. Ini memberikan kesan kepada fasa pick/ban dalam keadaan yang baik dan buruk berdasarkan berapa baik jurulatih memahami kekuatan pemain mereka.

Mengarahkan pemain untuk menukarkan gaya bermakna menghalang mereka daripada latihan berjam-jam yang membuatkan mereka menjadi lebih baik. Persepsi yang Huni tidak boleh bermain tank telah diuar-uarkan pada musim ini. Mungkin ini disebabkan staf jurulatih SKT dan infrastruktur, tapi ini juga disebabkan oleh skuad yang tidak memerlukannya untuk menjadi playmaker. Mereka hanya memerlukan dia untuk berdiri di hadapan barisan belakang dunia. Dia tidak bermain dengan baik sebagai tank di Immortals dan lebih baik bermain peranan lain bersama mereka.

Walau bagaimanapun, Team Liquid memerlukan playmakers. Saya tak suka meminggirkan pemain lain dan mengatakan mereka teruk kerana terdapat banyak faktor yang memberi kesan kepada prestasi dalam permainan mereka. Sebagai contoh, mari kita lihat Moon. Dia kelihatan seperti pemain yang sangat berbeza tahun lepas terima kasih kepada perubahan suasana. Jadi bila kita melihat kepada TL, susah untuk mempersalahkan satu pemain dan mengatakan dialah yang menjadi satu-satunya masalah.

Reignover — sebagai pemain yang baru dibeli — playmaking adalah tanggungjawab baginya. Jika tidak, itulah tanggapan yang diletakkan oleh para peminat. Tak tahulah kalau itu adil. Dia hebat dalam pathing dan berada di tempat yang betul pada masa yang tepat — semuanya boleh dikira. Tapi saya tidak berasa dia suka bermegah-megah. Saya tak rasa yang dia suka solo. Huni boleh masuk ke dalam kerana dia rasa Reignover selalu berada di belakangnya.

Ini tidak bermakna Team Liquid perlu mati atau apa-apa. Mempunyai pemain yang boleh membaiki sesuatu adalah satu kerjasama yang baik. Senang cakap je kan? Atau, mungkin, tunggu untuk perubahan meta. Saya rasa meta ADC-centric akan menjadi kekuatan kepada TL, sebagai contoh. Dalam kes-kes ini, ADC hanya perlu mempunyai barisan yang boleh dipercayai untuk meletakkan posisi. Itulah TL — barisan pemain yang boleh dipercayai.

Tapi adalah penting bagi mereka untuk mengetahui siapa yang akan menjadi playmaker. Hanya perlu menganalisis tanggungjawab membolehkan seseorang untuk bermain menjadi lebih agresif. Ini adalah sesuatu yang perlu dianalisis dalam fasa pick/ban. Mari kita lihat fasa pick/ban Game 1 dalam perlawanan mereka menentang Phoenix1 minggu ini:

Ada beberapa perkara berlaku di sini. Pertama sekali, pilihan Caitlyn dipaksa kerana Liquid perlu mengalahkan Varus dalam Phase 1 tanpa memilih Ashe. Cait adalah champion yang baik untuk siege kerana jaraknya dan kerana zon kawalan perangkap yang dia hasilkan. Gandingkan dia bersama Zyra dan kedua-duanya dominan dalam disengaging dan peeling.

Walau bagaiamanpun, tiga lagi  champion agak terpinggir apabila tibanya bab mengenai siege. Maokai ada di sana untuk menyerap damage, dan Kha’Zix dan Ryze terlalu squishy untuk bergantung kepada turret. Tambahan lagi, Maokai dan Kha’Zix lebih suka dive di barisan belakang, dan Ryze juga boleh melakukannya, tapi ini sudah menghasilkan masalah sinergi.

Kha’Zix perlu reset dalam perlawanan, tapi dia hanya boleh melakukan itu bila dia berada di barisan belakang. Ini tidaklah selalu benar, tapi secara umum, saya rasakan anda mempunyai tiga atau lebih champion untuk dive di barisan belakang, jadi strategi anda ialah untuk dive. Dan jika anda tidak, ia patut seperti mengumpan perlawanan, kemudian peel. Ryze juga boleh melakukan itu, jadi ini perlu diperjelaskan secepat mungkin dalam pemilihan champion. Adalah peel Liquid merupakan kekuatan terbaik Kha’Zix?, atau mereka dive, meninggalkan Cait dan Zyra?

Ini semua juga berpandukan champion musuh. Dalam kes ini, P1 dijamin permulaan dalam permainan terima kasih kepada kombo Rengar dan Shen combo. Walau bagaimanapun, pakej Corki memberikan memberikan mereka tiga diver. Permulaan Liquid yang baik adalah Teleport Maokai, yang sangatlah, tidak boleh dipercayai. Lainlah, mereka memerlukan Ryze untuk menjadi satu-satunya yang menangkap dengan flash. Syarat kemenangan mereka untuk perlawanan adalah untuk mendapat reset Kha’Zix. Jadi Maokai dan Ryze perlu memahami yang semuanya baik dengan syarat mereka boleh menghasilkan peluang untuk Kha’Zix.

Semestinya, permainan itu tidak bermula sehingga Team Liquid diserang di lane apabila Rengar snowball dalam permainan itu. Mereka juga tidak menghormati pemilihan Rengar. Ada sebab ia mempunyai 100% nisbah pick/ban sekarang.

Team Liquid tidak mengesetkan parameter itu selepas pemilihan champion — ini hanya untuk memahami peranan pemain dalam pasukan. Jika anda melihat satu kemenangan mereka pada hari ini — melawan TSM — ia merupakan komposisi Poppy, Kha’Zix, Ekko, Ashe, dan Thresh. Kha’Zix tumpas dalam permainan itu kerana kerana dia mempunyai tiga champion yang boleh masuk sebelumnya. Bandingkan dengan permainan P1 di mana hanya Maokai yang boleh masuk sebelumnya.

Pasukan yang memahami syarat kemenangan mereka dalam perlawanan mereka akan selamat, tapi menetapkan syarat kemenangan itu datang dalam fasa pick/ban. Itu adalah persediaan bagi para jurulatih. Saya rasa Team Liquid perlu duduk dan memahami identiti mereka sendiri. Dan jika bukan untuk itu, mereka memerlukan komposisi yang mudah untuk dilaksanakan — komposisi dengan identiti singular. Komposisi diving adalah proaktif dan lebih baik untuk tumbesaran pasukan.

Teringat tentang perlawanan antara Moscow 5 dan CLG.EU. Kedua-duanya mempunyai identiti singular. M5 merupakan pemain yang agresif. Kesemuanya adalah playmaker, jadi mereka semua diving. CLG.EU lebih pasif dan berada di belakang. Mereka mengepung di sekeliling Froggen dan biarkan dia  carry. Inilah sinergi yang Team Liquid perlukan.

Post Berkaitan

Comments