Camana nak counter Katarina?
Sudah tiba masanya kita tumpaskan skandal Garen itu.
Analisis | February 8, 2017 | By Mikail Karma

katarina_by_fdasuarez-d7wn64n

Sejak Assassin Update berlaku pada musim keenam, penggunaan kit Katarina semakin susah sejak rework-nya. Walau bagaimanapun, Katarina ada sisi kuatnya, boleh memberikan damage yang boleh membunuh keseluruhan pasukan tanpa berusaha keras. Sudah tiba masanya kita belajar cara nak bunuh assassin ini.

lol___katarina_by_beanbean1988-d4xaio1

1. Katarina waktu early game taklah bagus sangat

Early game Katarina taklah sebagus mana, sebab Q – Bouncing Blades boleh memantul 2 kali je, sedangkan dulu dia boleh pantulkan berkali-kali. Ini perubahan yang besar bagi Katarina kerana Bouncing Blades merupakan skil utama untuk poke dan farming. Jadi, korang berdirilah di belakang dua minion dan korang tak akan akan terkena pantulan daripada Bouncing Blades.

2. Poke awal

Katarina ada HP yang sikit dan bergantung kepada item untuk memperkuatkan damage-nya. Jika korang boleh poke Katarina waktu early game, korang boleh paksa Katarina kembali ke base untuk heal balik dan bila dia kembali ke lane, dia akan kehilangan beberapa CS.

Zyra and Nautilus

3. Gunakan CC dengan bijak

Katarina tak ada crowd control. Duh! Selain itu, R – Death Lotus adalah skil yang memerlukan channeling untuk digunakan. Jadi, champion seperti Zyra, Nautilus dan beberapa champion lain yang mempunyai hard CC dalam kit-nya boleh membunuh Katarina tanpa belas kasihan. Tapi ingat, jangan gunakan semua CC, sebab waktu cooldown nanti, Katarina akan balas balik serangan kau tanpa belas kasihan.

katarina_dagger_league_of_legends_by_janjagornik-d9ivmmy

4. Perhatikan Dagger yang tercucuk di tanah

Salah satu mekanik yang unik daripada Katarina adalah Dagger yang boleh mencucuk tanah dengan skill Q – Bouncing Blades dan W – Preparation. Apabila Katarina mendapatkan Dagger itu, cooldown E – Shunpo akan berkurang dengan pantas. Tapi jika korang boleh ramalkan Dagger mana Katarina akan melakukan Shunpo, korang boleh menghalang Katarina melakukan Shunpo.

Post Berkaitan

Comments