Singed Menjadi Lebih Kompetitif!
Nama Singed semakin menaik dalam pertandingan pro
Analisis | February 8, 2017 | By HalleBerry

Singed_0Pada waktu ini, pertandingan profesional seperti LCS dan LCK telah menerap masuk sistem 10 larangan yang membuat pilihan champion daripada setiap pasukan menjadi lebih berpelbagai. Hal ini membuatkan para pemain pro mencari-cari champion yang boleh menggantikan champion yang sudah dikenakan larangan. Salah satu champion yang menjadi pilihan adalah Singed Top, yang seringkali digunakan oleh para pemain profesional sejak kebelakangan ini.

Apa yang membuatkan Singed sangat OP sekarang? Padahal dalam musim-musim sebelum ini, Singed dianggap sebagai Champion yang sering dipandang rendah seperti Urgot, Galio dan Teemo.

singed 2Bagi menjawab persoalan tersebut, kita harus mengetahui terlebih dahulu sebab reputasi Singed dalam musim-musim sebelum ini amat buruk.

Kebanyakkan para pemain Singed lebih senang melakukan Proxy farm berbanding dengan melakukan farm biasa di lane sendiri. Maksud Proxy Farm adalah menjalankan farming dengan cara menghalang Minion musuh di sebalik turret. Contohnya seperti ini:

proxySebenarnya, terdapat kekurangan apabila kita melakukan Proxy Farm seperti ini. Ketika melakukan Proxy Farm pada awal permainan, anda akan lebih terdedah untuk terkena gank daripada Jungler musuh. Walaupun cara ini membolehkan kita memperoleh experience dengan cepat, ia tidak begitu berkesan kerana ia akan mendorong gank daripada musuh.

singed 1Pada waktu ini, Singed lebih sesuai untuk terus berada di lane dan farm seperti biasa. Sememangnya ia merupakan perkara yang sukar untuk menjalankan farming di lane kerana musuh-musuh pasti boleh menyerang anda yang menyebabkan anda harus menggunakan Q-Poison Trail untuk membantu dalam farming. Namun begitu, terdapat sebab Singed lebih sesuai untuk terus berada di lane buat masa ini berbanding dengannya melakukan Proxy Farm.

Sebab utamanya adalah item ini – The Dark Seal. Mungkin anda sedar bahawa sejak kebelakangan ini, ramai yang bermain menggunakan empat Dark Seal dalam satu masa. Hal ini bukannya kerana dia berada dalam peringkat Bronze atau sedang bermain-main, tetapi kerana stats Dark Seal tersebut adalah berbaloi untuk harga item tersebut.

Dari segi stat, Dark Seal juga memberikan 100 Mana di mana stat tersebut saling berkait rapat dengan pasif Singed yang mengubah setiap 100 mana menjadi 25 HP tambahan. Seiring dengan itu, anda juga memperoleh 25% Healing daripada Potions. Jangan lupa, anda jangan hanya membeli 1 Dark Seal tetapi 4 Dark Seal kerana daripada keempat Dark Seal tersebut, ia akan memberikan anda 60 AP (Setara dengan Needlessly Large Rod) ditambah dengan 400 Mana (100 HP daripada pasif Singed), 100% Healing daripada Potion serta stack daripada Mejai apabila anda memperoleh kill atau assist.

dark sealDari segi harga pula, Dark Seal boleh dibeli pada harga 350 Gold. Apabila anda menjual item tersebut, anda akan memperoleh kembali 245 Gold yang menyebabkan item tersebut sangat berbaloi untuk dibeli. Dark Seal juga lebih berbaloi dibeli berbanding Doran’s Ring yang berharga 400 Gold, namun apabila ia dijual ia anda hanya akan memperoleh 160 Gold kembali sahaja.

Sememangnya, Dark Seal adalah item yang amat membantu Singed pada awal dan pertengahan permainan. Oleh itu, tidak hairanlah mengapa ramai pemain pro yang bermain menggunakan Singed dalam peringkat pertandingan serta menggunakan sehingga 3 atau 4 Dark Seal pada awal permainan di mana Singed berupaya menjadi champion yang kuat dan berdaya saing dalam pertandingan profesional seperti LCS dan LCK.

Post Berkaitan

Comments