WildTurtle mencapai kill ke-1000 dalam NA LCS
Bukan sekadar penyu biasa...
LCS NA/EU | February 14, 2017 | By HalleBerry

wild

AD Carry Pasukan SoloMid Jason “WildTurtle” Tran telah menjadi pemain kedua di Amerika Utara yang berjaya memperoleh 1000 kill sepanjang kerjayanya dalam LCS musim biasa.

Dengan pencapaian tersebut, dia menyertai bekas AD Carry TSM iaitu Yiliang “Doublelift” Peng dalam kelab 1000 kill. WildTurtle memperoleh kill terakhir yang diperlukannya terhadap Varus dalam Permainan 2 dalam sisi Minggu 4 TSM menentang Echo Fox.

Dalam permainan pertama dalam siri tersebut, TSM bergelut dalam permainan awal menentang gank Echo Fox’s Matthew “Akaadian” Higginbotham terhadap Kha’Zix. Mereka terus tersungkur ke belakang, tetapi WildTurtle memperoleh empat daripada lima kill yang diperlukan ke atas Varus dalam kekalahan 30 minit mereka.

Pada minit 7:40 dalam Permainan 2, ia akhirnya berlaku.

Dengan menentang Varus sekali lagi, kini dengan Vincent “Biofrost” Wang yang bermain Zyra sebagai support kepadanya, WildTurtle menumpaskan Echo Fox’s Austin “Gate” Yu ke atas Malzahar. Setelah ditangkap berada berdekatan dengan blue buff TSM oleh Dennis “Svenskeren” Johnsen ke atas Lee Sin, WildTurtle dan Biofrost menghendap dari arah lane bottom dan, dengan serangan auto terakhir, WildTurtle berjaya mencapai kill ke-1000.

Pemain yang berasal dari Canada tersebut hampir-hampir berjaya mencapai angka tersebut pada hari Sabtu yang lalu, dengan memperoleh 12 kill dalam dua permainan menentang Pasukan EnVyUs, di mana dia hanya tertinggal lima kill sebelum mencapai kill ke-1000.

wildturtle

Namun begitu, kejayaannya untuk memperoleh kill ke-1000 bukanlah suatu pencapaian yang mudah dicapai untuk pemain veteran LCS tersebut. Dalam permainan pertamanya dengan TSM pada Minggu 6 dalam Musim 3 NA LCS Spring, dia memperoleh pentakill pertama dalam NA LCS ke atas Caitlyn yang menetapkan corak permainan pertandingan dalam masa-masa depan.

WildTurtle terus kekal bersama roster TSM sehingga pengakhiran litar NA LCS 2015 dan memperoleh satu lagi pentakill dalam musim bunga. Selepas dia meninggalkan TSM, WildTurtle kemudiannya menyertai Immortals.

Selepas bermain dalam NA LCS Spring 2016 dan Summer Splits dengan Immortals dan memperoleh satu lagi pentakill dalam Minggu 7 dalam musim panas, WildTurtle menyertai TSM semula. Dia menggantikan Doublelift, yang kini sedang berehat daripada dunia pertandingan sebagai AD Carry sebelum musim bunga 2017.

Seiringan dengan rakan-rakan sepasukan sama yang telah membantu Doublelift mencapai matlamatnya pada tahun 2016, WildTurtle telah memperoleh tempatnya dalam kalangan elit dan terus mengekalkan reputasinya sebagai penyu terhebat di Summoner’s Rift, (sebab… Turtle = Penyu?)

WildTurtle mencapai 500 kill LCS dalam musim Spring LCS 2015 menentang Gravity. Seperti WildTurtle, Doublelift juga telah mencapai kill permainan ke-1000 dengan hanya memerlukan lime kill.

Dalam sepanjang kerjayanya, WildTurtle telah bertanding dalam tiga World Championships dengan TSM dan telah bermain dalam satu NA LCS Regional Final pada tahun 2016 dengan Immortals.

Lihat halaman profil WildTurtle di sini>>Wildturtle

Tonton kill ke-1000 WildTurtle:

Post Berkaitan

Comments