Tak nak Baron/Dragon kena steal? Ini cara nak menghalangnya
Kerbau punya susu, sapi dapat nama. Penat kau belasah dragon, orang lain yang dapat.
Analisis | February 15, 2017 | By Mikail Karma

Baron 1

Nak mendapat objektif utama dalam League, terutamanya untuk memusnahkan turret? Ada banyak cara yang boleh menjadi batu loncatan untuk mencapai objektif tersebut. Bunuhlah Dragon atau Baron.

Ashe VS Baron Nashor

Bila dah belasah Baron atau Dragon, pasukan musuh dengan bijak, kill steal segala usaha yang kau curahkan kepada makhluk paling susah dibunuh dalam Summoner’ Rift itu.

Untuk menyelesaikan masalah ini, letakkanlah Control Ward di Baron atau Dragon Pit. Dengan Control Ward, ward itu boleh menunjukkan ward musuh lain.

Tapi janganlah pulak kau menggatal nak musnahkan ward musuh itu. Bila kau musnahkan, pihak musuh akan tahu yang kau ada kat situ. Biarkan je ward diorang itu ada kat situ.

Semoga berjaya dalam usaha untuk membunuh Dragon dan Baron.

Post Berkaitan

Comments