Taliyah, champion baru 2016 yang dilupakan
Kesian, tiada siapa yang sayangkan Taliyah.
Analisis | February 21, 2017 | By Mikail Karma

taliyah_doodle_by_monorirogue-da1ctv7

Taliyah, ada banyak yang perlu dipertingkatkan.

 

APA YANG BAGUS?

Dia seorang yang unik. Mana ada champion di League yang boleh mengeluarkan dinding besar dan kombo knockup. Mengeluarkan spell yang sempurna daripada Taliyah adalah sesuatu yang  berkuasa dan sangat memuaskan, dan sangat seronok untuk dilihat.

taliyah_by_numyumy-da1mgx5

APA YANG BOLEH DIPERBAIKI?

Tak dinafikan, Taliyah amat susah untuk dimainkan secara efektif. Inputnya kompleks ditambah pula dengan pemikiran strategik yang perlu dilakukan apabila anda ingin bermain Taliyah. Dia lebih kuat dengan permainan yang berkoordinasi, jadi Taliyah tidak menjadi dominan dalam pemilihan pro, walaupun dia kuat (termasuklah Azir dan Kalista).

Kalista Taliyah Azir

APA YANG KITA PELAJARI? 

Susah untuk dimainkan merupakan faktor utama Taliyah kurang popular selepas pelancarannya. Dengan sedikit perubahan, pemain yang mahir boleh memainkan Taliyah dengan cemerlang, tapi tidak semestinya berjaya di atas peta.

Selepas Taliyah, pemilihan kit menjadi tumpuan utama untuk memastikan tiada kit yang terlalu kuat dalam permainan profesional, supaya tidak mengganggu keseronokan pemain yang biasa. Dalam jangka masa panjang, Taliyah dipertingkatkan dan dibaiki gaya permainannya dari masa ke semasa.

taliyah__the_stoneweaver_makeup_by_helen_stifler-da1lfcc

Berbeza dengan Jhin, Taliyah sebagai champion baru tidak menerima sambutan sehangat Jhin. Malah, amat susah untuk melihat Taliyah berada di Summoner’s Rift. Dia bukanlah pilihan popular dalam kalangan pemain pro di Worlds 2016. Inisiatif Riot untuk mengubah suai Taliyah dari masa ke semasa amatlah dialu-alukan.

Tags:  , , ,

Post Berkaitan

Comments