TSM Hauntzer: “Saya Mahu Menegaskan Bahawa Saya Pemain Top Terhebat dalam NA”
Sejauh manakah perancangan pemain kacak ini?
LCS NA/EU | February 21, 2017 | By HalleBerry

4

 

Pada 18 Febuari (PST), perlawanan antara TSM dan Cloud9 telah berlangsung pada hari kedua minggu keliha NA LCS Spring Split 2017. Kedua-dua pasukan teratas berlawan dengan amat sengit dalam siri tersebut. Pada pengakhiran permainan tersebut, TSM dinobatkan sebagai juara dan memecahkan rekod kemenangan C9 dalam musim tersebut.

Kami telah duduk bersama dengan Kevin “Hauntzer” Yarnell yang telah mengetuai pasukannya ke arah kemenangan dengan menunjukkan prestasi yang stabil dengan penggunaan champion seperti Maokai dan Shen.


Tahniah! Adakah anda mempunyai apa-apa pendapat mengenai kemenangan pada hari ini?

Kami menjangka bahawa pihak lawan akan menjadi lebih kuat secara keseluruhan kerana mereka telah menunjukkan prestasi yang baik pada minggu-minggu kebelakangan ini tanpa mengalami kekalahan dalam mana-mana perlawanan. Walau bagaimanapun, selepas permainan pertama, kami sedar bahawa kami memiliki kesungguhan untuk memenangi permainan ini dan tiada sebab untuk kami takut pada mereka. Awal permainan tidak berjalan dengan begitu baik, namun kami masih berjaya mempertahankan permainan kami dan mengekalkan momentum.

Akhirnya anda telah memecahkan rekod kemenangan C9. Apakah persediaan yang anda lakukan untuk menentang mereka, siapakah pihak lawan yang paling digeruni, seperti mana perlawanan akhir musim lalu?

Secara jujur, persediaan kami sama sahaja untuk pasukan-pasukan yang lain. Kami tidak membuat apa-apa persediaan yang istimewa hanya kerana mereka merupakan pihak lawan yang paling digeruni. Terdapat beberapa perubahan meta baharu yang harus kami sesuaikan dalam patch 7.3 pada minggu ini. Champion-champion seperti Zed tidak dimainkan dengan giat seperti dahulu, jadi kami perlu menyesuaikan diri dengan pilihan-pilihan tersebut. Saya berasa bahawa nasib menyebelahi kami dengan lebih banyak. Rengar, LeBlanc, dan Camille telah mengalami nerf, yang memberi kebebasan kepada kami untuk merancang strategi pilih/larangan. Kami telah menarik mereka masuk ke draf dalam permainan pertama dan terakhir.

 

2

 

Apabila Baron anda dicuri dalam Permainan 3, anda masih berpeluang untuk menentang musuh secara agresif. Apakah fikiran yang melalui minda anda pada waktu itu?

Setelah kami gagal mendapatkan Baron, musuh pula berjaya mendapatkannya. Kami sedar bahawa kami masih perlu bermain dalam keadaan kemenangana kami, iaitu untuk mendapat Zed melakukan dive pada barisan belakang dan mengenakan splitpush dengan kuat. Shen dan Zed boleh melakukan splitpush dengan baik. Jika musuh tersebut cuba untuk mengumpul, kami akan menyerbu mereka sambil bermain di tiga lane dan menolak mereka ke atas sebanyak yang mungkin. Jika mereka masuk, kami akan menyerbu dan mencari perlawanan di barisan belakang. Jika tidak, kami akan memastikan mereka mendapatkan tempo kembali dan menolak tekanan daripada kami kerana kami melihat suatu kelebihan.A

Tidak seperti awal musim, para pemain mula suka memilih champion-champion baharu. Apakah perasaan anda terhadap champion-champion baharu yang semakin kerap dilihat seperti Zed?

Jelasnya, champion-champion AD seperti Zed, Jarvan dan Jayce ialah amat kuat kerana mereka mengenakan damage sebenar terhadap kesemua pemain carry, dan ia sukar untuk pemain tank untuk mengenakan perisai stack menentangnya. Rengar, Camille, dan LeBlanc amat kuat akibat pembaikan mereka. Camille telah ditala dengan terlalu banyak semasa pelancarannya, manakala Rengar dan LeBlanc telah pun dicipta sebagai champion-champion yang kuat sejak kemaskini permainan. Oleh sebab ketiga-tiga champion mengalami pengurangan kebolehan, mereka tidaklah sekuat seperti dahulukala. Namun begitu, mereka masih kekal kuat.

Apakah perasaan anda mengenai penggunaan Camille oleh Echo Fox sebagai support pada hari ini?

Sebagai support, saya berasa bahawa dia boleh dimainkan dengan baik. Saya tidak pasti bagaimana permainannya dalam lane kerana saya tidak bermain sebagai support. Dia amat hebat jika dilihat dari segi memperoleh visi, melihat pada pilihan, dan berlawan dalam perlawanan kumpulan. Hookshot/Wall Dive, dan Hextech Ultimatum Camille ialah kebolehan-kebolehan yang amat kuat.

Beberapa minggu dahulu, pasukan anda telah memenangi pertaruhan dengan pemilik-pemilik CLG. Adakah susulan yang berlaku selepas itu? Adakah HotshotGG benar-benar mengecat mukanya?

Dia akan melakukannya dalam Minggu 6 ketika kami menentang CLG lagi. Pertaruhan asalnya adalah untuk mengenakan cosplay seorang champion LoL, namun mereka terlalu risau bahawa ia akan menjadi terlalu memalukan. Bayangkan jika HotshotGG atau Andy berpakaian seperti Janna atau sesuatu dengan coli dan kesemua itu. Jadi kami bersetuju dengan membuat tatu pada mukanya.

Apakah yang akan anda lakukan untuk bersedia menentang FlyQuest, yang kini berada pada tempat ketiga sekarang?

Dalam minggu tersebut, kami menyediakan diri untuk kedua-dua perlawanan – pilihan/larangan, siapa yang akan dimainkan oleh mereka dan sebagainya. Kami cuba untuk menyesuaikan diri dengan perkara tersebut.

 

3

 

Apakah pandangan anda mengenai pilihan-pilihan kreatif FlyQuest seperti Jarvan mid?

Mereka telah menggunakan Jarvan sebagai mid sebanyak dua kali. Apabila Rengar, LeBlanc dan Camille dikurangkan kebolehan dalam patch 7.2, mereka membiarkannya dan menentang LeBlanc menggunakan Kassadin. Draf inovatif mereka adalah sesuatu yang mereka perlu disesuaikan oleh mereka.

Sebagai salah seorang pemain top dalam NA, apakah perasaan anda mengenai pemain-pemain baharu yang datang dari Korea pada musim ini?

Secara peribadi, saya amat menyukai kemasukan pemain-pemain baharu yang kuat. Pada musim yang lalu, Huni dan impact dianggap sebagai pemain-pemain terbaik, dan pemain-pemain yang lain berada pada taraf yang lebih rendah daripada mereka. Ia akan menjadi sesuatu yang menarik untuk melihat penyertaan para pemain yang popular seperti Flame, Ssumday. Mereka adalah pemain lane yang baik, walaupun saya berasa bahawa ia merupakan tugas yang sukar untuk mereka berkomunikasi dengan pasukan-pasukan mengenai apa yang ingin dilakukan oleh mereka. Mereka masih merupakan pemain-pemain individu yang bagus, dan ia membuatkan kesemua pemain dalam NA untuk bermain dengan lebih baik di lane top.

Dengan kehadiran lebih banyak pemain Korea dalam NA LCS, apakah perasaan anda mengenai kemasukan strategi Korea?

Selalunya, kami tidak cuba untuk meniru strategi mereka. Apa yang boleh dilakukan dengan baik dalam suatu wilayah tidak bermakna ia akan dilakukan dengan baik dalam wilayah yang lain atas sebab meta dan gaya permainan. Kami cuba mengambil perkara yang baik daripada perkara tersebut dan menggunakannya untuk diri sendiri kerana gaya permainan dalam suatu wilayah mungkin berlainan dengan gaya permainan kami. Contohnya, dahulu Eropah mengutamakan Ivern. Apa-apa yang boleh mendatangan kemenangan memberi kesan kepada cara orang bermain.

Apakah matlamat anda untuk baki musim ini dan apakah mesej yang ingin anda sampaikan kepada para peminat anda?

Sememangnya saya mahu mendapat tempat pertama dan mahu menjaid pasukan terhebat dalam Split. Saya tidak begitu peduli mengenai kemenangan atau kekalahan pada masa ini. Saya mahu terus meningkat sebagai sebuah pasukan. Kami yakin bahawa jika kami berjaya mara ke dalam playoff, kami akan menjadi hebat sesampai masa tersebut. Saya mahu menunjukkan bahawa saya pemain lane top yang terhebat dalam NA. Orang ramai selalu memberi penghargaan tinggi kepada Impact, namun saya mahu membuktikan bahawa saya pemain yang lebih baik.

 

**Interview ini telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu daripada sumber asalnya:  LINK

Post Berkaitan

Comments