Kehebatan Aurelion Sol yang menurunkan popularitinya
Naga yang hebat = naga yang bukan senang untuk dimainkan.
Analisis | February 22, 2017 | By Mikail Karma

Aurelion Sol

Kehadiran Aurelion Sol memang ditunggu-tunggu. Selepas beberapa pembaikan telah dilakukan (dalam tematik dan juga gaya permainan), Aurelion Sol telah menghangatkan komuniti League of Legends (ingat pasal Ao Shin?).

aurelion_sol___light_in_the_night_sky_by_glaesii-d9wtnea

APA YANG BAGUS? 

Visual Aurelion Sol memang menakjubkan. Kombinasi artistik yang gempak dan dan usaha teknologi yang berkesan membuatkan Aurelion Sol champion yang hebat dari segi grafik. Personalitinya juga sesuai dengan grafiknya, naga angkasa yang sangat berkuasa.

aurelion_sol_by_lurking_leanne-da8bi4b

APA YANG BOLEH DIPERBAIKI? 

Kit gaya permainan untuk Aurelion juga unik. Memang hebat melihat Aurelion Sol terbang merentasi peta dengan supernova yang besar yang stun keseluruhan pasukan. Dia seorang yang sangat berbeza berbanding champion yang juga mempunyai peranan yang sama dengannya.

Walaupun gaya permainan Aurelion Sol unik, beberapa matlamat champion ini tidak tercapai. “Permainan pasif bintang” yang Aurelion Sol mainkan bukanlah menjadi masalah dalam gaya permainan, tetapi ia sangat berbeza dalam norma para pemain. Kombo yang susah dan burn yang perlahan adalah sesuatu yang kurang bagus dalam kitnya.

aurelion_sol__the_star_forger_by_karousel_k-d9yinx3

APA YANG KITA PELAJARI?

Lebih baik tema seseorang champion itu selari dengan kemudahan untuk memainkannya. Naga yang hebat adalah champion yang digemari ramai, tapi gaya Aurelion Sol boleh mengehadkan para pemainnya.

Post Berkaitan

Comments