TLC 2017 Spotlight: Apa Kata AddMaths tentang TLC?
Ketahui pandangan Shoutcaster TLC 2017 kegemaran anda!
Panas | February 25, 2017 | By HalleBerry

profil 1-vert

Dengan The Legends Circuit 2017 (TLC 2017) yang sedang hangat berlangsung, saya sempat menemu bual salah seorang Shoutcaster untuk TLC 2017, iaitu AddMaths untuk mengetahui dengan lebih lanjut pandangannya mengenai kejohanan yang sedang berlangsung sekarang. Mana tahu, anda mungkin juga berkongsi pendapat dengannya. Nak tahu apa yang dibualkan oleh kami? Teruskan membaca.


Apakah pandangan anda tentang pilihan-pilihan bagi Group Stage TLC Malaysia?

“Banyak picks yang ikut meta sekarang, lagi-lagi pemain-pemain ADC yang memang menyalahgunakan lethality. Ini sebab, TLC biasanya akan nampak 1-2 picks yang berlainan sedikit, seperti Yasuo mid, Renekton top, Reksai jungler yang sekarang kurang dalam meta. Saya mengharapkan banyak sikit carry top macam Fiora atau Jayce, tapi top tank meta masih kuat lagi. Picks macam biasa setiap game mesti lebih kurang sama, sampai ke tahap yang ia mudah diramalkan oleh sesiapa yang pandai menganalisa permainan LoL.”


Jadi anda macam boleh agak-agak keputusan permainan?

“Kebanyakkan orang mungkin boleh. Tapi apa yang unik tentang TLC ialah CLOWNFIESTA, BABY! Dia punya clownfiesta tu lain macam hahaha”

Dari sudut pandangan penonton/peminat, adakah anda mempunyai pasukan yang anda sokong?

“Saya pun ada pasukan yang saya minat juga, walaupun sebagai seorang Shoutcaster saya harus adil dalam memberi pendapat. Secara peribadi, saya mengikut Kuala Lumpur Hunters (KLH) sejak penubuhannya. Saya pun minat pasukan Fire Dragoons (FDG)  dan Monochrome Souls (MS) sebab rakan-rakan saya sendiri bermain untuk pasukan-pasukan tersebut.


Apakah pandangan anda terhadap pasukan-pasukan yang tidak berjaya masuk ke dalam peringkat suku akhir?

Armageddon Gaming  (AG) tak begitu bernasib baik untuk dimasukkan sekali dalam kumpulan bersama FDG dan Swestic (SW) sebab memang mereka powerhouse. 818 kesian sebab mereka mengalami masalah dalaman, tak dapat bermain untuk TLC dan rugi pengalaman. Vendetta tunjukkan match yang bagus menentang Dank Memes (DM) tapi mereka lakukan banyak kesilapan dan mungkin ini menyebabkan kekalahan. Happy Tree Friends (HTF) pula perlu banyak lagi latihan, cara mereka bermain tak sama taraf dengan apa yang orang lain jangkakan dalam perlawanan TLC. MS agak mengecewakan sebab saya sangka mereka akan masuk suku akhir tapi cara mereka bermain mengecewakan. Boborica, bagi saya, harus scrim dengan lebih banyak sebab komunikasi mereka sebagai sebuah pasukan tak begitu mantap. Reformed is good, tapi tak sebagus yang mereka sangka sebab mereka terlalu mengharapkan midlane untuk terus menang. Jujurnya Despo (DSP) mengecewakan juga. Mereka harus dapatkan jurulatih baharu atau mendapatkan pertolongan dalam strategi pasukan.”


KLH, Mineski-X (MSKI) dan Orange Esports (ORG) telah menunjukkan prestasi yang bagus dengan kemenangan tanpa kalah. Adakah KLH akan mengekalkan kejuaraan? Atau pasukan lain akan cuba mengalahkan mereka?

“Saya rasa mereka dimasukkan dalam kumpulan yang tidak setaraf mereka. ‘Lucky grouping‘ orang kata. Bagi saya, KLH tak perform macam apa yang mereka patut, ini mungkin sebab roster baharu jadi mereka tak biasa lagi. MSKI pula team up dengan RFM dan Despo. MSKI boleh menang dengan mudah menentang mereka. ORG nampak lebih kuat daripada dahulu. Nak tengok juga apa yang mereka akan buat selepas ni. Saya rasa KLH berpeluang besar untuk memenangi juara sekali lagi.”

 

14237560_750523128421655_1699670459176945388_n

AddMaths bersama kakitangan Riot SG/MY di Selangor Cyber Games 2016


Bagaimana pula dengan pemain yang tak begitu menyerlah?

MS Mayui. Dia tak begitu mengancam macam dulu. Walaupun dia dapat solo kill Qaspiel, permainan beliau tak seperti yang saya jangkakan. “


MSKI menerima penalti untuk apa yang dianggap sebagai “sikap tak profesional” dalam permainan terakhir minggu kedua. Apakah pandangan anda tentang perkara tersebut?

“Ok, ada dua situasi. Flash dekat lane bottom semasa berlawan dengan DSP dan flash ke fountain. Dalam pandangan saya, saya rasa flash tu dilakukan secara kebetulan. Tapi, perkara itu tak begitu jelas. Ada time lapse di mana dia tak buat apa-apa lepas tu tiba-tiba dia flash. Jadi saya rasa mungkin ada tanda-tanda BM. Situasi flash ke fountain pula, saya rasa itu adalah percubaan untuk penta. Tapi, kelakuan tu sedikit tak profesional sebab niat dia adalah untuk menampakkan pasukan lawan seperti bahan lawak.”


Adakah anda rasa penalti yang diberi itu adil?

“Saya setuju dengan memberi penalti tetapi api hukuman yang diberi, saya rasa ianya agak keterlaluan.”


Bolehkah anda berkongsi ramalan anda mengenai pasukan-pasukan yang akan berlawan nanti?

“Saya menjangkakan KLH vs ORG dalam perlawanan akhir. Tapi itu semua berdasarkan livedraw.”


 

Adakah anda berkongsi pendapat yang sama dengan AddMaths? Beritahu kami! Oh, dan jika anda mahu berinteraksi dengan AddMaths secara online, anda boleh berhubung dengannya di laman rasmi Facebook: https://www.facebook.com/addmathsbm/

 

capture-20170222-195855

Post Berkaitan

Comments