Kisah Dramatik Permulaan League of Legends (Detail)
Apakah itu League of Legends? Segalanya terungkai di sini...
Development | February 26, 2017 | By HalleBerry

Nukilan Justin Mahboubian-Jones

lore lol 1

Lebih banyak daripada terdahulu, Riot sedang berusaha membangunkan alam semesta League of Legends yang dikembangkan menerusi media yang melangkaui sistem permainan.

Komik, cerita pendek dan sinematik telahpun digunakan sejak kebelakangan ini untuk menjelaskan lagi latar belakang para champion daripada Kindred kepada Ekko. Dunia Runeterra ialah dunia yang kaya dengan penceritaan individu, tetapi bagi memahami asal-usul mereka boleh menjadi sesuatu yang mengelirukan. Apakah sebenarnya yang dilakukan oleh Bard, seorang penjaga kosmik dan Poppy, seorang hero Demacia, berlawan di medan perang yang sama? Lebih-lebih lagi, apakah sebenarnya League of Legends? Apakah itu Valoran?

Cara League of Legends diceritakan merupakan suatu masalah yang cuba diselesaikan oleh Riot buat masa yang lama sudah. Pada tahun 2-14 yang lalu, buku peraturan dikoyakkan kerana latar belakang League telah disemak semula untuk memberikan Riot lebih banyak kebebasan kreatif untuk membangunkan dunianya dan kisah-kisahnya. Pembangunan dunia dalam alam semesta permainan tersebut kini lebih tertumpu kepada champion, tetapi cara di mana permainan diceritakan dalam gambaran yang lebih luas tidak begitu jelas.

Dalam siri ini, kita akan meneroka konteks permainan yang rumit dan bagaimana bahagian-bahagian individu yang kecil bergabung menjadi satu entiti. Tetapi sebelum kita masuk ke dalam bab mengenali perbezaan Zaun daripada Demacia, ia menjadi suatu kepentingan untuk mengetahui asas-asasnya.

Jadi, apakah itu League of Legends?

Asas-asas Kisah Asal

Dunia di mana berlakunya League of Legends terletak di sebuah tempat yang dikenali sebagai Runeterra. Tempat yang merupakan tempat asal kebanyakkan champion, dengan pengecualian mereka yang berasal dari Void, atau dari angkasa lepas (hello Aurelion Sol). Benua gergasi yang menjadi tapak bumi kebanyakkan daripada negara dan kota di Runeterra dikenali sebagai Valoran dan ia terdiri daripada dua tapak bumi luas yang saling bersambung oleh sebuah jambatan buatan.

Runeterra ialah tuan rumah kepada artifak-artifak bersihir yang dikenali (secara mengejutnya) sebagai Rune. Ramai yang menduga bahawa Rune terlibat dalam penciptaan dunia itu tersendiri, tetapi artifak-artifak ini lebih dikenali sebagai pemusnah yang menggerunkan. Sebelum terbangunnya League of Legends, pelbagai konflik besar yang dikenali sebagai ‘Peperangan Rune’ berlaku antara beberapa puak di sepanjang Valoran yang menyebabkan kemusnahan yang meluas dan dalam beberapa kes, ia telah menyebabkan pembentukan semula lanskap negara-negara yang besar.

lore lol 2

Pada masa inilah League of Legends, dibangunkan dalam Institute of War, menjadi suatu keperluan. Bagi mengurangkan kemusnahan di seluruh Runeterra, sebuah sistem dibangunkan yang mengawal selia konflik-konflik antara beberapa puak. League berkhidmat sebagai sebuah proksi untuk berkonflik di tempat lain, yang membenarkan segala permasalahan untuk diselesaikan tanpa perlu meminta pertolongan sihir-sihir berbahaya Rune. Kesemua empat puluh champion permainan asal, dan pertambahan yang lain, menyertai League untuk membentuk dunia menerusi pertelingkahan yang tersusun ini.

Oleh itu, Fields of Justice ditubuhkan, yang merupakan sebuah siri arena yang terdiri daripada mod dan peta permainan yang berlainan. Prinsip mereka ialah Summoner’s Rift, tetapi kedua-dua daripada Howling Abyss dan Crystal Scar berkhidmat dengan tanggungjawab yang serupa.

Bercakap tentang Summoner

 

Yang membawa kita kepada aspek paling berkontroversi iaitu kisah asal permainan: summoner. Makhluk-makhluk yang berkuasa memperoleh nama-nama mereka atas pemanggilan mereka dan atas pengawalan mereka terhadap champion dalam pertempuran dalam Fields of Justice, dengan menggunakan sihir-sihir berkuasa untuk membantuk avatar-avatar pilihan mereka. Jika anda belum lagi meneka, para pemain = summoner, summoner = para pemain.

Idea tersebut digunakan oleh Riot untuk meletakkan para penonton dalam kisah-kisah dunia tersebut dan memberi para pemain sebuah bahagian dalam fiksyen yang sentiasa berterusan. Para summoner memberi kesan secara langsung terhadap hasil-hasil di atas Fields of Justice dan juga lanskap politikal dan ketenteraan Runeterra.

lore lol 3

Namun, pada tahun 2014, segala-galanya menjadi rumit dalam dunia Runeterra. Riot mengumumkan perubahan dalam kisah permainan selepas menyimpulkan bahawa League of Legends tersendiri menghalang potensi pengisahannya dan tanggapan bahawa summoner sebagai makhluk yang mengawal champion sebenarnya mengecilkan hubungan pemain dengan aksi-aksi dan bukannya meningkatkan lagi hubungan tersebut.

Sebuah nukilan yang panjang oleh pasukan naratif Riot telah membuat perincian terhadap masalah kisah lama League:

“Selepas beberapa lama, pilihan-pilihan awal ini mula mencipta beberapa masalah yang tidak dijangka, Setiap champion baharu perlukan sebab untuk menyertai dan kekal dalam League, dan dengan peningkatan bilangan tersebut, hasil bersih membuktikan bahawa dalam jangka masa yang lama dunia tersebut semakin terasa kecil dan kurang menarik. Institusi-institusi yang kami rekakan memupuk takungan kretiviti yang mengehadkan cara-cara champion, puak dan Runeterra tersendiri daripada semakin berkembang dan berubah. Tambahan pula, idea di mana Summoner yang amat berkuasa membuatkan Champion dianggap sebagai boneka-boneka yang dimanipulasi oleh kuasa-kuasa yang terlalu kuat. Latarr belakang yang kami ciptakan menjelaskan aksi-aksi dalam permainan yang mengehadkan potensi pengembangan naratif watak-watak utama permainan.”

Hasilnya? Dunia dan kisah di mana ia telah diterajui dengan berat ke dalam permainan sebelumnya, mengucapkan selamat tinggal dan terpaksa bergantung pada diri mereka sendiri.

“Pada dasarnya, ia bermaksud bahawa permainan dan kisah bukannya salinan semata-mata,” jelas Riot. “League ialah sebuah permainan tentang penciptaan gaya permainan yang hebat, sementara League ialah sebuah kisah tentang penciptaan mendalam, watak-watak yang menarik dan puak-puak yang menduduki dunia yang luas. Kami tidak mahu mengehadkan sebuah kisah hanya kerana sebuah cerita – kami mahu kedua-dua daripada mereka (dan elemen-elemen League yang lain) untuk bebas menjadi sehebat yang boleh.”

Peranan summoner dalam dunia Runeterra telah dipertimbangkan semula. Mereka tidak lagi perlu memanggil champion-champion untuk mengarah mereka dalam pertempuran. Sebaliknya, mereka hanya perlu menggunakan sihir-sihir berkuasa mereka untuk mencipta struktur-struktur dan memanggil minion-minion di Fields of Justice. Para pemain tidak lagi mengarah secara langsung dalam permainan.

Sifat semulajadi League of Legends tersendiri juga diubah oleh pembaikan semula naratif. Laman dan organisasi Institute of War yang menjadi tuan rumah kepada League of Legends dihapuskan dari dunia tersebut secara menyeluruh. Kini League of Legends dinamakan sebagai organisasi secara keseluruhan, tetapi kepentingan organisasi tersebut juga dikurangkan.

lore lol

Jadi di manakah kita berada sekarang?

Jika anda menyukai pembacaan mengenai acara-acara dalam dunia atau kisah-kisah pendedahan champion sejak beberapa tahun yang lalu, anda akan menyedari bahawa League of Legends tidak diketengahkan dengan begitu jelas. Apa yang dianggap sebagai penghubung yang akan menyatukan dunia Riot pada suatu masa dahulu, kini dianggap sebagai gangguan naratif.

Kisah baharu giat dicipta masuk ke dalam permainan dari semasa ke semasa, tetapi selalunya ia dicipta dalam bentuk novella atau penerangan pendek yang berkaitan dengan champion-champion tertentu, atau tempat-tempat dalam Runeterra. Sama ada anda sedang membaca mengenai kerja-kerja Kindred dalam sebuah cerita pendek, atau cuba memahami hubungan Aurelion Sol dengan Mount Taragon menerusi pendedahan champion, Riot sering berusaha untuk membangunkan pelbagai watak, tempat dan acara yang lebih mendalam dan saling berhubung kait daripada sebelumnya. Apa yang kita tidak mungkin akan lihat, dan apa yang tidak begitu sesuai dengan visi Riot berkaitan dengan naratif permainan, adalah keadaan permainan itu tersendiri.

Dalam bahagian seterusnya dalam siri ini, kita akan melihat pada peta Valoran dan penjelasan mengenai setiap individu dalam bahagian-bahagian Runeterra yang tertentu.

Post Berkaitan

Comments