TLC 2017 Spotlight: Apa Kata The Hound tentang TLC?
Apa kata Shoutcaster sado kita ni?
TLC/Malaysia | February 26, 2017 | By HalleBerry

cover

Hai semua! Kehangatan The League Circuit Malaysia (TLC MY) 2017 masih terasa lagi. Mesti ada antara anda yang tak sabar menunggu minggu ketiga TLC untuk berlangsung! Kita sudah pun mendapat pendapat persendirian salah seorang Shoutcaster TLC 2017 iaitu AddMaths. Jika anda terlepas perbualan kami itu, anda boleh klik pada link INI untuk membaca.

Dalam perbualan kali ini pula, saya telah menemu ramah seorang lagi Shoutcaster TLC 2017 yang tidak kurang popular juga iaitu The Hound.  Nak tahu apa pendapatnya pula? Teruskan membaca.

1-vert

Apakah pandangan anda tentang pilihan-pilihan bagi Group Stage TLC Malaysia?

“Seperti yang dijangkakan, pasukan-pasukan sebelum ini seperti Mineski-X (MSKI), Fire Dragoons (FDG), Swestic (SW), Kuala Lumpur Hunters (KLH) sedang menunjukkan prestasi seperti yang dijangkakan, walaupun FDG hadir dengan lineup yang baharu, mereka telah bermain menentang SW dengan menarik. Bagi pasukan-pasukan baharu seperti Despo (DSP), Armageddon Gaming (AG), Monochrome Souls (MS), Twice (TW) dan Reformed (RFM), mereka masih tidak begitu konsisten dalam memahami META dan cara menggunakan picks dan bans terutamanya dengan 10 sistem ban yang baharu.

Apakah ramalan anda pada permulaan TLC MY 2017?

“Saya cuba untuk tidak meramalkan keputusan pada awal kejohanan. Tapi saya mempunyai firasat bahawa ia akan menjadi perlawanan antara FDG dan KL jika FDH boleh merancang permainan mereka dengan betul. Biar perancangan tu kukuh TETAPI sediakan beberapa perancangan jika situasi berubah. Antara pasukan underdog mungkin adalah FDG dan MSKI. Tapi sememangnya ramalan yang tepat tidak boleh dilakukan kerana pasukan-pasukan hanya akan mengetahui kehebatan pasukan lawan pada hari persaingan nanti. Terdapat beberapa faktor yang akan memberi implikasi kepada ramalan. “

Jadi anda menjangkakan kedua-dua pasukan ini mampu masuk ke perlawanan akhir nanti?

“Bukannya saya tak berasa seperti JnJ, MSKI, SW tidak mampu mengalahkan mereka. Kewujudan pasukan-pasukan inilah yang menyebabkan clownfiesta dirasai dalam setiap kumpulan. Tetapi dengan penyingkiran pasukan-pasukan peringkat bawah, peringkat-peringkat kejohanan yang seterusnya akan menjadi menarik kerana kita mempunyai para pemain yang berbakat dalam rank. SW dan FDG berada dalam bracket yang sama manakala MSKI dalam bracket yang berlainan. Begitu juga dengan KLH. Persoalannya di sini cumalah sama ada KLH akan berjaya dikalahkan. Dalam kata lain untuk KLH, payung dah memang sedia sebab TLC membawa hujan.”

Adakah anda berasa KLH mampu mengekalkan kejuaraan tahun lepas?

“Memang tak mudah untuk mengalahkan KLH tapi ia masih boleh dilakukan jika pasukan peringkat bawah boleh mengejar mereka. Pada TLC kali ini KLH tidak bermain dengan potensi mereka yang sepenuhnya dan saya pasti mereka masih mempunyai beberapa helah yang belum ditunjukkan lagi. FDG juga telah menunjukkan potensi tetapi SW juga boleh mengejutkan kita semua. Persoalannya di sini adalah pasukan manakah yang boleh menyesuaikan diri mereka dengan patch dan META.”

Dari sudut pandangan penonton/peminat, adakah anda mempunyai pasukan yang anda sokong?

“Saya mengharapkan DSP untuk berjaya melalui peringkat kumpulan dan saya sedikit sebanyak meminati FDG juga sebab saya menyukai cara mereka bermain. Tetapi selain itu, saya tak mempunyai kecenderungan kepada mana-mana pasukan tertentu. Saya suka pasukan-pasukan underdog dalam ranking. Mereka menjadikan kejohanan ini lebih menarik.”

Siapakah pemain yang anda rasa telah menunjukkan prestasi yang paling berjaya dalam permainan setakat ini?

“Masih terlalu awal untuk saya katakan. Saya hanya akan boleh melihat perkara tersebut dalam perlawanan-perlawanan yang seterusnya tapi peringkat kumpulan sememangnya menarik. Saya suka pada pickup Wynter Camille. Tapi selain itu, tiada siapa yang menarik perhatian saya setakat ini. KLH sememangnya menunjukkan prestasi yang baik tapi selepas mereka keluar daripada clownfiesta itu, saya pasti pertandingan akan menjadi lebih menarik.”

Bagaimana pula dengan pemain yang tak begitu menyerlah?

“Lebih baik saya tak memberi apa-apa komen, saya tak ada komen yang baik untuk dikatakan. Haha. Tapi secara serius, terlalu banyak kesilapan yang dilakukan dalam permainan.”
16806992_10154513391273282_7844649772699467860_n
The Hound dan AddMaths membuat casting untuk salah satu permainan

 

MSKI menerima penalti untuk apa yang dianggap sebagai “sikap tak profesional” dalam permainan terakhir minggu kedua. Apakah pandangan anda tentang perkara tersebut?

“Saya berasa bahawa Garena Malaysia mempunyai hak untuk mengenakan hukuman yang sewajarnya tapi saya rasa hukuman ini terlalu tegas untuk menjadikannya kekalahan auto. Mungkin mereka tidak mahu menggalakkan kelakuan sebegitu tapi dalam NA LCS banyak lagi kelakuan lebih teruk yang dilakukan. Walau bagaimanapun, semangat kesukanan masih perlu ditegakkan.”

 

 

 

 

Adakah anda mempunyai pesanan untuk diberikan kepada pasukan-pasukan yang akan terus bertanding?

“Mereka perlu kembali pada asas permainan dan berusaha dengan lebih keras lagi bagi memenangi perlawanan-perlawanan yang akan datang.”
Jika anda ingin berhubung dengan The Hound untuk mengetahui perkara-perkara yang lebih lanjut mengenai dirinya sendiri ataupun kejohanan TLC, anda boleh melawati halaman Facebook rasminya: https://www.facebook.com/iamthehound
Jangan lupa untuk menyaksikan TLC MY 2017 yang seterusnya yang akan bermula pada 2 March 2017!
maxresdefault

Post Berkaitan

Comments