Top 10 mengenai Patch 7.4 yang anda perlu tahu
Cepatnya, kita dah ada patch keempat pada tahun 2017.
Analisis | February 27, 2017 | By Mikail Karma

patch

1. Black Cleaver kesayangan ramai kena ubah sikit.

Garen Fiora Garen

Bila kau main Fighter, kau memang suka beli Black Cleaver. Fiora, Darius, Garen… sah, kau kena ada Black Cleaver dalam item inventori kau. Black Cleaver terlalu kuat, sampai ADC pun mendambakan item itu. Jadi, Black Cleaver kena ubahlah sikit. Attack damage turun dari 50 jadi 40.

 

2. Ulti Jhin dah tak buat enemy slow sangat.

BloodMoon Jhin

Benda yang kau paling takut dalam League adalah bila ADC buka ulti dia. Bila Jhin buka ulti, baru kau gelabah nak lari ke tepi, supaya tak kena ulti dia. Sekali kau kena, habis, kau nak jalan pun macam pontianak mengesot, perlahan sangat. Apa lagi, Riot pun turunkanlah tempoh slow Curtain Call dia, dari 0.75 saat jadi 0.5 saat.

 

3. Pemain support boleh cuba main Bard. Dia dah kena buff.

bard-thumbnail

Riot kata, dah tak ramai main Bard. Alololo, kesian. Apa lagi, Bard diperkuatkanlah sikit. Untuk pasif Bard, Traveler’s Call, bonus kelajuan pergerakannya meningkat kepada 24% daripada 18%.

 

4. Youmuu’s Ghostblade kena nerf.

Youmuu

Lethality menurun daripada 20 kepada 15. Bagi sesiapa yang tak tahu, Lethality adalah penembusan armor. Lethality mengurangkan kekuatan armor musuh.

 

5. Cho’Gath kena buff.

teatime_with_cho__gath_and_sona_by_yumedust-d3axat0

Riot memberikan buff kepada ulti Cho’Gath, Feast. Feast boleh stack ke atas champion dan raksasa epik tanpa had, dan stack tidak lagi menurun selepas mati. Nisbah kebolehan kuasa Feast menurun manakala nisbah HP meningkat.

 

6. Ada perubahan vision. Baca ini perlahan-lahan.

gameflow_oracles_lens

Untuk Sweeping Lens, Oracle Alteration, dan Control Ward, kau dah tak boleh nak matikan perangkap, tapi kau masih lagi boleh nampak perangkap itu. Jadi musnahkanlah perangkap itu. Teemo punya cendawan, Jhin punya E.

 

7. Korang bunuhlah ward-ward itu semua. Nanti hidup senang.

Mecha_Ward

Ward kini memberikan gold penuh kepada kedua-dua pemain yang menunjukkannya dan pemain yang memusnahkannya (bonus tidak stack jika si penunjuk ward juga memusnahkan ward itu). Scryer’s Bloom kini ‘menanda’ ward untuk bonus yang ditunjukkan. Jika ward dimusnahkan apabila ditunjukkan oleh dua champion, champion pertama yang menunjukkan ward dikira sebagai champion yang menunjukkan ward itu. Ward yang boleh kekal dilihat (Control Ward, Farsight Ward) tidak memberikan bonus yang dinyatakan di atas.

 

8. Kau sangkakan kau boleh dapat ekstra gold dengan mendapatkan turret first blood. Beranganlah kau.

turret

Bila team kau dapat turret first blood, dah tak ada dah global bonus. Dah tak ada dah 25 gold untuk semua ahli pasukan. Jumlah bonus dah berkurang daripada 400 gold kepada 300 gold. Riot tak nak semua lima ahli pasukan berkumpul di bot lane nak dapatkan first blood turret. Bukankah itu kejam namanya.

 

9. Penurunan damage Last Whisper yang sangat tinggi.

Taric

Wahai pemain ADC sekalian, kenalah korang semua tahu, attack damage Last Whisper menurun daripada 25 kepada 10! 15 kurang damage! Banyak itu.

 

10. Pemain Anivia, bersedialah untuk membeli Festival Queen Anivia.

Festival Queen Anivia

Bila video Festival Queen Anivia keluar, muziknya sungguh rancak, sampai bahu penulis tergoyang-goyang. Tonton video itu berkali-kali tanpa jemu. Tak sangka Anivia yang sejuk, bosan, berwarna biru itu boleh jadi berwarna-warni.

Post Berkaitan

Comments