Worlds 2017 Hadir Dengan Format Baharu!
New Worlds Format... New Champions?
Development | February 27, 2017 | By HalleBerry

7

Seperti yang diumumkan oleh Riot sebelum ini, Worlds 2017 akan diadakan di China, negara yang memiliki pemain League terbanyak di dunia. Ia bakal menggegarkan 4 buah kota China yang besar iaitu Wuhan, Guangzhou, Shanghai dan Beijing. Kejohanan tersebut akan berlangsung dari 23 September sehingga 4 November. Seperti Mid-Seasonal Invitation (MSI), Worlds pada tahun ini hadir dengan format baharu.

Pada Worlds tahun ini, bilangan pasukan yang bakal beraksi telah bertambah iaitu 24 pasukan berbanding dengan 16 pasukan pada Worlds tahun lepas – bilangan yang paling tinggi jika dibandingkan dengan tahun-tahun yang lepas! Seperti MSI pada tahun ini, format baharu Worlds 2017 juga akan memperlihatkan Play-in sebelum Peringkat Kumpulan. Berikut merupakan wilayah-wilayah yang akan bertanding dalam Worlds pada tahun ini:

  • Brazil (BR)
  • China (CN)
  • Commonwealth of Independent States (CIS) Rusia dan sekitarnya
  • Eropah (EU)
  • Jepun (JPN)
  • Korea (KR)
  • Amerika Latin Utara (LAN)
  • Amerika Latin Selatan (LAS)
  • Amerika Utara (NA)
  • Oceania (OCE)
  • Asia Tenggara Selatan (SEA)
  • Taiwan, Hong Kong, Macau (LMS)
  • Turki (TUR)

Terdapat juga beberapa perubahan pada sistem seeding juga:

  • Wilayah LMS akan mendapat 1 slot tambahan yang bermaksud mereka akan memperoleh 3 slot secara keseluruhan
  • Wilayah KR tidak akan menyertai Play-in berikutan prestasi mereka yang amat bagus dalam musim 2015 dan 2016. Mereka akan mendapat 3 slot dan mendapat tempat dalam Peringkat Kumpulan Worlds secara automatik
  • MSI tetap memberi kesan terhadap seeding kumpulan di mana 4 pasukan teratas berhak mendapat seeding pertama
  • Beberapa wilayah berhak mendapat 1 slot tambahan dengan merujuk kepada hasil keputusan MSI. Untuk mengetahui maklumat MSI pada tahun ini. Bagi mengetahui maklumat-maklumat terkini MSI, anda boleh melawat halaman ini.
  • Pasukan-pasukan dari wilayah CN, NA, LMS dan EU yang mendapat slot ketiga akan menyertai babak Play-in kecuali wilayah KR yang akan terus bertanding dalam Peringkat Kumpulan Worlds

6

Bagi pasukan-pasukan selain pasukan KR, mereka akan menyertai Play-in dengan penglibatan pasukan-pasukan BR, CIS, JPN, LAN, LAS, OCE, SEA dan TUR dan juga dari wilayah-wilayah CN, EU, LMS dan NA yang mendapat seed ketiga (seed ketiga untuk mereka yang berjaya melepasi Kelayakan Peringkat Wilayah.

12 pasukan tersebut kemudiannya akan bertanding dalam Play-in yang akan dibahagikan ke dalam 2 bahagian. Dalam bahagian pertama, 12 pasukan tersebut akan ditempatkan secara rawak dalam 4 kumpulan di mana akan terdapat 3 pasukan dalam satu kumpulan. Ketiga-tiga pasukan tersebut akan bertanding menggunakan format Bo1 dan 2 pasukan teratas setiap kumpulan akan maju ke dalam bahagian kedua. Dalam bahagian kedua ini 8 pasukan yang selebihnya akan dipadankan secara rawak dan mereka akan bertanding menggunakan format Bo5 bagi merebut 4 slot terakhir di Worlds. Pada pengakhiran Play-in tersebut akan terdapat 16 pasukan dengan penglibatan 3 dari KR, 2 dari CN, EU, LMS dan NA; 4 pasukan dari bahagian Play-in dan satu pasukan daripada wilayah yang mendapat slot tambahan.

1

Melihat kepada format baharu Worlds, kita boleh menjangkakan Worlds pada tahun ini akan menjadi lebih sengit dan kompetitif berbanding tahun-tahun sebelumnya ditambah pula dengan bilangan penyertaan yang lebih tinggi. Selain daripada itu, Worlds pada tahun ini juga dijangka untuk menjadi lebih menarik dengan kemunculan wilayah-wilayah yang belum pernah menunjukkan taring mereka di arena League of Legends yang terbesar dalam antarabangsa.

Post Berkaitan

Comments