5 Pandangan Gadis Gamer Baru LoL
Suka dan duka seorang gadis gamer ini.
Komuniti | February 28, 2017 | By HalleBerry

Hai semua! Harap anda semua sihat walafiat. Kalau anda semua tak tahu lagi, HalleBerry (saya lah! :P) ialah seorang gadis gamer yang baru sahaja menerokai dunia League of Legends ni. Jujurnya, I baru berjinak-jinak dalam dunia MOBA ni sejak empat bulan yang lalu. Ya, memang bukan masa yang  lama untuk jadi pro tapi I boleh la main jugak! Hehe. Most of the time, I main Zyra Support (Zyra ftw!) sebab dia memang ~awesome~.

output_6uqCrV

 

Nak tahu apa kata saya? Teruskan membaca…

1. Stereotaip Perempuan Main Game oleh Lelaki

Benda ni biasa lah. Kalau korang bercakap tentang online game ni kan, memang automatik korang tak akan fikir perempuan yang main kan? Lagi-lagi perempuang bertudung macam I ni. Hakikatnya, ada je perempuan yang main LoL dalam Malaysia ni. Cuma tak ramai sangat kot. I pernah dengar ada lelaki beritahu yang perempuan ni tak boleh main sebab dorang ni cepat emosi. @_@ Padahal ramai je lelaki yang selalu emosi masa main jugak kan? Selain tu, ada jugak yang tak percaya I ni perempuan. Seolah-olah macam tipu je kalau perempuan main LoL. Benda tu pun pernah buat I annoyed jugak, tapi I hanya anggap benda tu berlaku sebab rata-rata ramai lelaki yang main LoL.

shrug

2. Mula dari bawah

I memang tak ada langsung pengalaman main mana-mana permainan MOBA. Setakat main Candy Crush, Restaurant City, Farmville tu kacang je lah! Memang sakit la belajar main game ni dari tak ada apa pengalaman atau pengetahuan langsung. Tambah lagi dengan tekanan untuk belajar LoL dengan secepat mungkin. Memang sakit, bro. Tapi… setelah beberapa bulan bermain dan buat research (ceh…), alhamdulillah I pun dah boleh main. Tak ada lagi dah kena marah sebab feed banyak sangat. (Sorry, guys) Hehe…

sorry

3. Tekanan Semasa Bermain

Masa mula-mula main LoL ni banyak kali jugak rasa nak menangis main sebab selalu kena marah dekat chat! *I gegurl, haruslah emosi sekali-sekala*. Memang perkara biasalah kalau mula-mula main tu feeding banyak-banyak dan beli item salah, lepas tu mula la dorang ni nak report la, kutuk la, kecam la. Pernah masa I main Zyra tu I beli Essence Reaver lepas tu kena maki teammates lepas tu I merajuk tak nak main dah. Sakit tu di sini… Remember guys, kita pernah mula dari bawah dulu. Jadi janganlah kecam players baru. *emosi sekejap* Tapi sekurang-kurangnya I dah belajar daripada kesilapan. Essence Reaver.

flips hair

4. Pengalaman Bermain dengan Orang Lain

Setahu I Malaysia ni kaya dengan sifat budi pekerti, tapi terbukti prinsip tu tak boleh masuk langsung dalam dunia LoL atau mana-mana dunia gaming. Dia punya salty dalam League of Legends ni memang lain macam. Tapi I sedar yang hidup ini taklah begitu indah. Haha. Semakin lama I main LoL, I rasa diri I pun berubah jadi salty jugak. Tapi I berhenti buat macam tu sebab kelakuan tu tak patut digalakkan sebab I rasa benda tak membantu permainan. Lebih baik, I focus dan cuba menang. And you know what, bila pasukan korang positif dan saling membantu terbukti keberangkalian nak menang tu tinggi. So be positive, guys!

positive

5. Tak boleh berhenti bermain!

Walaupun I didera secara emosi semasa nak belajar main LoL ni (over sikit), I mengaku yang I tak boleh berhenti main. Sejak I dah okay main LoL ni, makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah sebab asyik fikir LoL je. Padahal banyak lagi kerja nak disiapkan. Hehe. Keseronokkan tu bertambah kalau jumpa gamer girls lain yang main LoL jugak. Mak bangga, nak. :’)

proud

Itulah antara pandangan HalleBerry tentang main LoL. Kalau korang ada apa-apa komen nak tanya boleh la tanya terus. Oh! Dan kalau nak berkenal-kenalan dengan HalleBerry ini korang boleh la follow I di: https://www.facebook.com/ivacoelho

17035405_1412800928791806_368484961_n

Gambar ni candid. Sumpah.

Post Berkaitan

Comments