Arena e-sukan Las Vegas bakal dibuka
Las Vegas dah ada arena e-sukan. Kuala Lumpur bila lagi?
Antarabangsa | February 28, 2017 | By Mikail Karma

Las Vegas

Arena itu akan mempunyai semua ciri yang arena e-sukan profesional perlukan: kawasan rehat untuk para pasukan, skrin yang besar untuk penonton dan tempat penyiaran untuk shoutcaster. Tapi apa yang membezakan arena Las Vegas ini akan beribu-ribu konsol permainan video akan disediakan.

Arena e-sukan bersaiz 15,000 kaki persegi akan dibuka pada hari Jumaat ini, akan menghoskan kejohanan permainan video. Ini merupakan trend di mana industri kasino ingin menarik perhatian ramai orang muda, berumur 15 hingga 34 tahun yang tidak berminat untuk berjudi.

Seth-Schorr-Downtown-Grand-esports-interview

“Las Vegas perlu berinovasi dari masa ke semasa untuk terus menjadi relevan dalam kalangan generasi muda,” kata Seth Schorr, Ketua Pegawai Eksekutif Fifth Street Gaming dan ahli pengarah Millennial Esports, syarikat di belakang pembikinan arena tersebut. “Kami ingin mengekalkan kedudukan kami sebagai perintis industri hiburan.”

Seth Schorr

Seth Schorr

Para atlit yang menyertai kejohanan dalam arena ini akan muncul dari terowong dikelilingi orang ramai yang bersorak di tempat duduk mereka. Kemudian mereka akan pergi ke podium dan duduk di stesen yang mempunyai konsol permainan, monitor dan peralatan yang lain.

Arena ini akan dibuka pada 3 Mac, dengan Halo World Championship qualifier selama tiga hari, dengan jumlah hadiah bernilai $50,000 dan akan menghoskan kejohanan EA Sports-sanctioned Madden 17 NFL pada lewat bulan Mac nanti.

Jarak antara arena ini ke hotel dan kasino adalah dekat dengan berjalan kaki sahaja. Ia akan menghoskan 200 orang dengan tempat duduk gaya stadium yang akan menghadap kepada pentas utama, tapi beratus-ratus lagi boleh diletakkan di dewan yang mempunyai skrin yang menunjukkan pertandingan itu secara langsung. Keseluruhan kelengkapannya dibina dalam sebuah kawasan yang mempunyai panggung wayang dan kelab malam.

Tiga batu kabel CAT diperlukan untuk kemudahan ini. Ia memberikan kelajuan internet sebanyak satu gigabyte. Bila tiada kejohana yang ingin dianjurkan, kemudahan ini akan dibuka kepada gamer kasual dan lain-lain yang memerlukan kelajuan internet yang tinggi.

Kasino Las Vegas telah melabur banyak terhadap kemudahan bukan gaming untuk menarik perhatian orang-orang muda, seperti bilik dengan katil bertingkat untuk pengembara muda yang tidak mahu menghabiskan masa dengan tempat tinggal yang mempunyai lounge yang mempunyai kolam renang, foosball dan hoki. The Downtown Grand, terletak berdekatan dengan arena terbaru itu, mempunyai lounge e-sukan, di mana pesaing dalam kejohanan, pemain kasual dan peminat bermain dan bersosial.

“Orang-orang muda tidak tertarik dengan glamor; mereka mementingkan keaslian,” kata Alex Igelman, Ketua Pegawai Eksekutif Millennial Esports.

Alex Igelman

Alex Igelman

Vegas meramal e-sukan mempunyai populariti yang berkembang daripada permainan biasa kepada kepada sejenis sukan, terima kasih kepada internet, kelajuan internet yang boleh dipercayai dan generasi gamer yang telah berkembang, menonton perlawanan di YouTube dan laman web yang lain.

E-sukan telah menerima penonton melalui platform online dan arena berkelas dunia, termasuklah Madison Square Garden di New York, Staples Center di Los Angeles dan MGM Grand Garden Arena di Las Vegas, di mana bulan ini memperlihatkan 16 pemain CS:GO terbaik dunia berentap. Anggaran menunjukkan 323 juta penonton menonton e-sukan pada tahun 2016. Penonton dianggarkan untuk berkembang kepada 385 juta tahun ini.

“E-sukan tidak lagi perlu disahkan; ia sudah menjadi sukan yang besar,” kata Mike Sepso, pengasas bersama Major League Gaming. “Peminat e-sukan ada di mana-mana sahaja di seluruh dunia.”

Post Berkaitan

Comments