Flash Wolves juara IEM World Championship
Masalah teknikal tidak menghalang Flash Wolves untuk memberikan prestasi yang terbaik.
Antarabangsa | March 1, 2017 | By Mikail Karma

Flash Wolves 1
Sebelum Intel Extreme Masters Katowice 2017 bermula, G2 Esports vs Flash Wolves nampak seperti sebuah perlawanan yang ideal. Sebuah team yang kuat dan dipandang rendah, Flash Wolves melawan G2 yang mula terdesak untuk mendapatkan peluang untuk berada di pentas antarabangsa.

Final ini bermula selepas masalah teknikal yang berlaku, yang menyebabkan kelewatan. Kejohanan dimulakan semula selepas dua jam. Para pasukan juga perlu bermain best-of-three dalam perlawanan semi final pada hari Ahad, membuatkan final IEM Katowice sebuah ujian kemahiran dan ketahanan.

G2_iem

Bagi G2, penjelajahan IEM pada siri kali ini penuh dengan onak duri dengan perlawanan ke atas tiga pasukan terhebat dalam kejohanan. Selepas dikalahkan oleh Flash Wolves dalam perlawanan yang pertama, siri ke atas Kongdoo Monsters merupakan keadaan yang sempurna untuk membantu mereka untuk menggoncangkan kegusaran mereka di peringkat antarabangsa, manakala siri ke atas Unicorns of Love memberikan mereka peluang untuk menunjukkan dominasi mereka dalam EU LCS.

Sewaktu melawan ROX Tigers dalam semi-final, G2 akhirnya kelihatan seperti sebuah pasukan yang sepatutnya dilihat. Mereka tidak mendominasi setiap minit, tapi pembuatan keputusan mereka yang pasti dilaksanakan dengan baik oleh permainan individu yang hebat yang membantu mereka untuk menuju ke final.

Flash Wolves pada mulanya mempunyai permainan yang goyah ke atas H2K dari Eropah dalam perlawanan semi final. Flash Wolves tidak bergantung kepada satu-satu champion, pemain atau gaya.

FW_iem (1)

G2 bermula dengan baik, mengambil first blood di top. Walau bagaimanapun, apabila permainan diteruskan dan Flash Wolves mula berada dalam satu pasukan, mereka mula mengambil alih permainan. Selepas tiga perlawanan yang kuat berlaku berturut-turut — hampir semua pemain G2 tertangkap, bersendirian apabila mereka ingin push — Flash Wolves mula push dua lane pada satu-satu masa dan hilang sebelum G2 boleh menyerang. Selain daripada beberapa kesalahan awal, ia merupakan permainan yang terbaik, diberikan oleh Flash Wolves.

Perlawanan yang kedua lebih besar, pantas, dan merupakan salinan yang pertama. G2 mengambil tiga kill pertama sebelum 10 minit dan turret pertama selepas itu. Tapi pada minit yang ke-20, Flash Wolves menangkap G2 apabila mereka cuba ingin mengambil dragon dan Flash Wolves mendapat empat kill, membuatkan mereka terus mendahului dalam perlawanan. Pada game pertama, mereka menggunakan peluang ini dengan baik, pada permainan kedua, Flash Wolves mengambil alih dan bergegar ke pengkalan G2 sebelum G2 boleh bertindak. Hanya tujuh minit selepas pertempuran mereka di pit dragon, G2 ditumbangkan oleh Flash Wolves.

Bagi G2, sejauh ini sahajalah pencapaian mereka dalam kejohanan antarabangsa international tournament. Manakala ini meruopakan kemenangan pertama Flash Wolves dalam kejohanan antarabangsa sejak bulan Januari 2015 apabila mereka memenangi IEM Taipei.

Post Berkaitan

Comments