Mata: “Blank Paling Merisaukan Saya”
"Prestasi Peanut tidak seperti dahulu"
LCK/LPL | March 1, 2017 | By HalleBerry

Pemain support KT Rolster, Cho “Mata” Se-hyeong berkata bahawa dia paling berwaspada terhadap jungler SK Telecom T1 Kang “Blank” Sun-gu dalam sebuah temu bual dengan Fomos’ Park Sang-jin.

“Saya paling risaukan Blank,” ujarnya. “Tidak seperti Peanut (Han Wang-ho), Blank bermain dengan sangat baik dan sudah pun sebati dengan pasukannya.

Kenyataan Mata menyamai kenyataan salah seorang rakan sepasukannya, Song “Smeb” Kyung-ho yang mengatakan bahawa dia berasa bahawa dirinya dan Peanut masih “cuba menyesuaikan diri“, namun bekas ahli-ahli pasukan ROX Tigers yang lain pula sudah pun selesa dalam pasukan baharu mereka. Kebimbangan yang sama turut diluahkan oleh para peminat SKT. Mereka berkata bahawa prestasi Peanut tidak sehebat prestasinya semasa berada dalam pasukan lamanya, ROX Tigers, di mana ketika itu Blank, yang dikritik dengan hebat pada musim sebelum ini, perlu berusaha keras selama setahun untuk memaksimumkan sinerginya bersama rakan-rakan sepasukannya.

i

Ahli-ahli pasukan KT juga telah melakukan lebih banyak streaming dalam Twitch sejak kebelakangan ini, dan AD Carry Kim “Deft” Hyuk-kyu, pemain mid Heo “Pawn” Won-seok, dan Smeb telah melakukan stream sepanjang Sabtu pagi. Mata dan jungler Ko “Score” Dong-bin juga telah melakukan stream pada awal bulan ini. Semasa ditanya mengenai aktiviti stream pada masa yang akan datang, Mata tidak kelihatan begitu bersemangat.

“Jika pasukan membuat keputusan sebegitu, kami harus lakukannya,” jelasnya. “Meskipun jika kami masih belum lagi bersetuju terhadap platfrom stream, saya tidak berniat untuk stream selalu.”

Mata juga memberitahu bahawa dia berasa gembira untuk kembali ke tanah airnya di Korea setelah kerjayanya berakhir di China.

“Di China, saya mengalami ketidakselesaan akibat makanan dan situasi kehidupan,” tambahnya lagi. “Kini di Korea, perkara yang paling saya sukai ialah saya berasa lebih selesa berada di sini.”

(Diterjemahkan oleh http://lol.esportsmatrix.com/en-US/News/Detail?id=4036)

Post Berkaitan

Comments