Apa yang pemain League perlu lakukan, menurut pandangan Zharif Hamzah
Pabila Zharif berbicara.
Komuniti | March 2, 2017 | By Zharif Hamzah
Ini bukan Neelofa, ini gambar profil Facebook Zharif Hamzah.

Ini bukan Neelofa, ini gambar profil Facebook Zharif Hamzah.

 

Hi summoners,

Dah lama aku tak menulis untuk Dunia LoL. Biasalah, selain daripada menguruskan Gempak Summoners, aku ada tanggung jawab lain di tempat kerja. Kalau tak dapat gaji, tak adalah RP untuk aku bagi skin kepada korang semua di Gempak Summoners. Haha.

Tapi, kerana aku sayangkan League of Legends, kerana aku suka bermain game, aku cuba usahakan untuk terus menulis untuk Dunia LoL. Sekurang-kurangnya aku memberikan sumbangan yang berbaloi kepada dunia League of Legends, dan yang paling penting, kepada Dunia LoL. Jadi summoners sekalian, marilah kita menyokong Dunia LoL dan jadikanlah Dunia LoL laman web nombor satu League of Legends di Malaysia.

Aku menulis ada hajat. Hajat ingin meluahkan perasaan mengenai keadaan komuniti League of Legends kita. Justeru, ingin aku tekankan di sini bahawa segala benda yang korang akan baca nanti, merupakan pandangan peribadi aku sendiri. Kalau tidak bersetuju, komenlah di bawah. Salahkanku, tapi jangan salahkan Dunia LoL. Peace.

Pemain LoL kena jadi lebih cool

Ingin aku nyatakan di sini bahawa, aku ini bukanlah orang yang cool sangat. Tapi aku cuba untuk menjadi cool. Sekurang-kurangnya aku cuba. Mungkin orang lain tak nampak. Tapi, hanya Tuhan yang mengetahui, aku ada usaha untuk jadi cool.

Sama jugalah dengan korang semua. Apa kata sekarang kita jadi cool. Dalam Pertandingan Meme yang aku anjurkan baru-baru ini di Gempak Summoners, daripada Warring Kingdom hinggalah ke Neelofa, ada je komen yang tidak memberikan motivasi yang baik kepada komuniti. Ada yang kena kecam. Sedih orang yang join pertandingan itu semua.

Jadi, kita hendaklah jadi cool. Kalau kita nampak benda yang tidak sebagus mana, komenlah dengan gaya bahasa yang lemah lembut, dan tidak mengguris perasaan orang lain.

Pertandingan yang aku anjurkan di Gempak Summoners hanyalah untuk hiburan semata-mata. Bila korang rasa bosan atau penat bermain League, korang pergi ke Gempak Summoners, untuk berhibur. Bukannya untuk tambah tension. Jadi, apa kata sekarang, kita jadi cool. Jadikan Pertandingan Meme, atau apa-apa pertandingan pun, sebagai agen untuk korang semua tertawa dan bergembira.

Cuba belajar main champion lain selain daripada Yasuo

yasuo_by_drunkenfangschrecke-d8l6ofs

Alamak, isu ini lagi. Kalau kau ingat artikel pertama aku di Dunia LoL mengenai Yasuo, artikel itu penuh dengan kontroversi, macam Melodi. Ini bukan segmen ingin merendah-rendahkan Yasuo. Ini adalah segmen untuk mengajak semua anak muda yang bermain LoL, untuk bermain champion selain Yasuo.

Tidak dinafikan Yasuo  adalah champion yang hebat dan digeruni. Tapi bosan kalau asyik nak lawan Yasuo.  Macam tak berkembang nak main League. Asyik belajar cara nak counter Yasuo. Sebab asyik jumpa Yasuo je. Kalau jumpa  champion lain kan, kita belajar cara nak counter champion itu. Kan sel-sel otak terus berhubung kalau kita terus berjumpa dengan pelbagai jenis champion.

Untuk melawan pelbagai jenis champion, korang kenalah main lebih banyak champion. Jangan asyik main satu-satu champion itu sahaja.

Kalau tak ada benda baik nak cakap, jangan cakap langsung

Memang tension betul, kalau ada pemain yang tidak bermain dengan baik. Itulah keadaan dalam League sekarang. Tambahan lagi, orang yang toksik masih ada, kekal, bermaharajalela, dan berbahagia dalam kehidupannya untuk menjadi toksik.

Jadi apa yang kita perlu lakukan?

Ada orang ajar aku, mute je semua pemain waktu main normal atau ranked. Aku setuju. Kita main, untuk bermain, bukan nak balas chat orang. Fokus main je. Kalau kalah, nak kata apa? Kun Fayakun.

Boleh tak kita main League, cuma nak main League, bukan nak naikkan rank?

tierstwo

Kita jadi toksik, kita jadi frust menonggeng bila kalah dalam League, sebab kita nak naikkan rank. Kalau kalah, kau terus murung macam dunia nak kiamat. Sedihnya. Aku tak boleh nak salah sistem Riot, dah sejak azali lagi mereka hasilkan rank bagai, kita ikut jelah.

Apa kata sekarang kita ikut mentaliti ini. Kita main League, sebab kita nak try champion itu. Kita nak rasa hebat, yang kita main champion kegemaran kita. Kita main League, sebab kita seronok nak main dengan skin baru. Kita nak main League, sebab kita suka main League, bukan nak dapat Silver, Gold, Platinum dan yang sewaktu dengannya. League of Legends ini bukannya Olimpik.

Masuk pertandingan bukan untuk menang, tapi untuk pengalaman yang berharga

KOGS 2017

Aku ada anjurkan banyak pertandingan di Gempak Summoners. Tournament, pertandingan meme, pertandingan artwork, banyaklah. Ada banyak peserta yang join. Tapi ada juga orang yang tak nak join. Sebab takut tak menang. Nanti tak dapat hadiah.

Hadiah adalah ganjaran kepada pemenang. Kalau dah menang, kenalah aku bagi hadiah. Kalau tak ada hadiah, bukan pertandingan namanya. Siapa nak masuk pertandingan kalau tak ada hadiah? Menang kalah, bukan adat pertandingan, tapi merupakan hakikat sesebuah pertandingan yang dianjurkan. Kalau kalah, ada peluang untuk cuba lagi. Aku akan selalu anjurkan pertandingan.

Masuklah pertandingan, bukan untuk menang. Tapi untuk berseronok. Masuk tournament, sebab nak main League, dengan orang lain yang kita kenal dalam Gempak Summoners. Masuk pertandingan meme, sebab kita nak buat orang gelak ketawa, tersenyum melihat meme yang kita hasilkan.

Niat itu penting. Niat untuk kita masuk pertandingan adalah untuk menghangatkan lagi komuniti League of Legends. Bukannya nak menang hadiah. Kalau menang, syukur, kalau tak menang, cuba lagi. Kalau kalah, ingatlah, kita masuk pertandingan untuk menghangatkan komuniti League of Legends, bukannya untuk kita menang.

PS: Kejohanan Online Gempak Summoners akan dianjurkan lagi pada hari Sabtu ini. Marilah join. Link pendaftaran, klik di sini. Joinlah, kerana ini akan menjadi tournament 5v5 terakhir yang akan dianjurkan di Gempak Summoners. 🙂

Post Berkaitan

Comments