Festival Queen Anivia, seronok dia menari
Goyangkan sayap itu, jangan tak goyang.
Komuniti | March 3, 2017 | By Zharif Hamzah

Festival Queen Anivia

Ingat tak bila video Festival Queen Anivia baru keluar? Fuh, dia goyang, buat kau tergoyang sekali. Hebat betul.

Kalau korang baca lore Anivia, wataknya adalah seorang yang serius. Dia seorang wira kebal yang menegakkan keamanan Freljord. Dia merupakan makhluk yang tidak pernah mati. Bila dia mati je, dia hidup semula. (Wait, bukan semua champion League camtu ke? Haha.)

Apapun, bila teaser Festival Queen Anivia baru keluar, Riot sangat hebat. Mereka boleh menukarkan champion daripada seorang yang serius kepada seorang yang boleh menari dengan lincah. Animasi recallnya sangat hebat. Dinding yang dihasilkan menggunakan W-nya sangatlah berwarna-warni. Sampai Garena anjurkan pertandingan mewarna lagi.

Lepas itu aku nampak video ini. Pergh:

Aku tak main Anivia, tapi bila aku nampak skin ini, aku rasa teringin nak main Anivia.

Kehadiran skin Festival Queen Anivia dalam League of Legends diterima positif oleh komuniti Gempak Summoners.

Kirito Si Pencuri Hati berkata, “Champion ini dah pupus (dah tak banyak orang main).” Kirito menambah yang skin ini adalah untuk menarik perhatian para pemain untuk memainkan champion tersebut.

Salah seorang admin Gempak Summoners, Muhd Asraf berkata bahawa skin ini epik. “Skin ini skin epik , latar balik (recall) sangat menarik, passive yang sangat cantik (egg reborn) dan skill attack yang gempak. Menarik bagi pengguna champion ini,” katanya.

Walau bagaimanapun ada juga yang kurang bersetuju dengan kenyataan Asraf dan Kirito di atas. Nur Sakinah memberikan pandangan yang berbeza. Beliau tidak merasakan sesuatu yang ‘fancy’ adalah bersesuaian dengan watak Anivia yang berais. Beliau berkata, “Bagi saya, skin ‘fancy’ hanya untuk champion seperti Shaco atau LeBlanc tapi Riot menghasilkan skin ini untuk membuktikan Anivia juga boleh jadi ‘fancy’.”

Jadi, apa pandangan korang mengenai skin Festival Queen Anivia? Komenlah di ruangan komen. Atau korang boleh undi kat bawah.

Post Berkaitan

Comments