Dragonslayer Xin Zhao – jungler dah tak sabar nak beli
Dragonslayer Xin Zhao, skin terbaru yang menjadi rebutan para jungler.
Aktiviti | March 4, 2017 | By Zharif Hamzah

Dragonslayer Xin Zhao

Kita dah ada Warring Kingdom Xin Zhao. Dan nanti, kita akan anda Dragonslayer Xin Zhao. Tapi, bukankah temanya lebih kurang sama. Macam gaya pahlawan-pahlawan, gaya pembunuh bersiri zaman purba gitu.

Bila ditanya mengenai skin ini di Gempak Summoners, ada satu ahli yang memberikan komen yang mengejutkan.

“Riot dah tak ada idea untuk skin? Contoh, skin Blood Moon, semua nampak macam lebih kurang je. Bukan nak kecam, bagi pendapat je,” kata ahli Gempak Summoners, Rafique Shah.

Whoa, sentap.

Membandingkan Festival Queen Anivia dan Dragonslayer Xin Zhao, recall untuk skin terbaru Anivia ada gaya. Ada muzik. Buat kita menari. Ia unik dan istimewa. Recall Dragonslayer Xin Zhao juga hebat. Tapi, dengan ada naga di sisi, ia tidak memberi impak yang megah. Mungkin kerana Dragon Trainer Tristana terlalu comel, kehadiran naga dengan Dragonslayer Xin Zhao tidak membuatkan para pemain teruja.

Tapi kita perlu memberi pujian kepada rekaan lembing Dragonslayer Xin Zhao yang menarik. Dengan adanya Chroma, lembing Xin Zhao untuk Dragonslayer boleh dibeli dengan pelbagai warna. I kelihatan menakjubkan.

Dragonslayer Xin Zhao Chroa

Walaupun komen mengenai skin ini di Gempak Summoners tidak positif, skin ini bakal menjadi dambaan para pemain jungler.

Seorang lagi ahli Gempak Summoners, Izdihar Haqim Ismail berkata, “OMG, kena beli ni, saya main jungle.”

Kesimpulannya, Dragonslayer Xin Zhao akan menjadi pilihan utama para jungler untuk menambah koleksi skin mereka. Walau bagaimanapun, secara keseluruhan, kehadiran skin ini tidak mendebarkan, jika dibandingkan dengan siri Blood Moon atau Star Guardian.

Atau adakah Dragon Sorceress Zyra terlalu hebat, Dragonslayer Xin Zhao tenggelam dalam dunia populariti. Apa pandangan korang? Komenlah di bawah.

pjimage (3)

Post Berkaitan

Comments