Keseronokkan di Mana-Mana Mereka Berlari: Mencipta Zaun dalam CG
Nak tahu bagaimana mereka mencipta Zaun?
Analisis | March 4, 2017 | By HalleBerry

LOL_CMS_050_Article_01-1

Lubuk Zaun

Semasa kami menjemput orang untuk menguji permainan peningkatan Warwick, kami telah bertanya mereka pengalaman mereka yang paling menarik semasa pengujian tersebut. Ia kelihatan seperti bahawa ia sesuatu yang menakutkan ketika mendengar bunyi gong yang menandakan bahawa anda mungkin akan menjadi kudapannya yang seterusnya. Kami membuat keputusan untuk memasukkan bunyi tersebut dalam treler pelancarannya. Kami tidak begitu mengharapkan pada suara latar belakang untuk menceritakan kisahnya, sebaliknya kami mencipta saat di mana para pemain boleh mengalami perasaan diburu oleh Warwick dalam habitat semulajadinya: lubuk Zaun.

Proses menggambarkan wilayah tertentu di Runeterra dalam animasi yang amat terperinci merupakan sesuatu kebolehan yang belum pernah diterokai, dan ia memerlukan beberapa percubaan dan kegagalan sebelum persekitarannya betul-betul terasa seperti Zaun. Dalam kata lain, kami telah mengalami banyak kegagalan sebelum berpuas hati dengan hasil Zaun yang dipersetujui. Namun, daripada kegagalan tersebut, kami berjaya menggambarkan seni bina, pencahayaan dan teknologi Zaun yang belum pernah dilakukan sebelum ini.

________________________________________________________________________________________________________


Menetapkan Permandangan

Kadang-kadang, Zaun masih kelihatan seperti kawasan perlarian, namun hakikatnya kebanyakkan daripada penduduk Zaun diduduki oleh orang-orang kebanyakkan. Ia merupakan kota yang meriah, dipenuhi dengan inovasi dan orang-orang yang cuba mencari rezeki.

 

2

Kota Zaun

 

Namun, ini hanyalah salah satu daripada bahagian Zaun. Jika anda meneroka jalan-jalan Zaun dengan lebih mendalam, melangkaui kawasan bercahaya di Gray, persekitarannya berubah menjadi suram. Wilayah yang paling terpencil di Zaun yang dikenali sebagai Sump, di mana wasap kimia memenuhi ruangan lorong-lorong  yang sesak. Keadaannya tidaklah begitu teruk – namun terdapat beberapa kawasan yang sememangnya amat berbahaya

Kemungkinan besar, Warwick akan berkeliaran di sini… dan fikiran ini merupakan perkara yang paling ditakutkan.

Proses membezakan lokasi yang tertentu ini  merupakan proses yang rumit dalam treler kerana kami tidak boleh bergantung semata-mata kepada penggambaran yang biasa, atau penggambaran persekitaran jarak jauh, kerana kesemuanya digambarkan daripada perspektif  Fleg. Csaba Vicze, penolong pengarah di Digic Pictures—syarikat yang berkolaborasi dengan Riot untuk mencipta animasi ini – berkata, “Kami berasa bahawa kami memerlukan sesuatu yang lebih banyak,jika tidak usaha kami hanya akan menjadi sia-sia. Kami memerlukan sebuah ruang terbuka sebagai tempat penciptaan penggambaran.


Bagi menyelesaikan masalah ini, kami telah menambah masuk saat di mana Fleg memandang ke seluruh kawasan kota, tetapi ia memerlukan pelbagai pembaikan sebelum kami berpuas hati dengan hasilnya. Dalam konsep awal seni tersebut, Zaun terus bergerak ke arah bawah di bawah stesen gondola, yang memberi gambaran palsu terhadap persekitaran yang menujukan ke arah pusat kota. Lebih daripada itu, kabus telah diciptakan untuk nampak tersebar dengan sama banyak melalui jurang, namun kepulan asap tersebut harus datang dari Sump dan tersebar seolah-oleh ia naik ke atas. Dengan panduan yang diperoleh daripada pandangan-pandangan pasukan penerbit dan Worldbuilding di Riot, Digic mengubahsuai konsep seni supaya ia akan kekal sama dengan kota Zaun.

 

3

Jurang: Konsep Awal Digic Pictures dengan Hasil Seterusnya

________________________________________________________________________________________________________

 

Di Sebalik Gray

Sebelum Digic memulakan kerja terhadap CG, kami telah berkongsi visi Zaun menerusi kisah-kisah, hasil seni dan perbualan. Kami telah menjawab beberapa soalan asas mengenai kota, seperti: Bagaimanakah rupa bangunan-bangunan? Siapa yang akan menduduki tempat-tempat tersebut? Bagaimanakah keadaan teknologi di sana? Bagaimanakah mod pergerakan orang ramai? Bagaimanakah keadaan ekonomi di sana? Apakah sejarah kota tersebut? Beberapa soalan kelihatan remeh, namun kota-kota tersebut dicipta berdasarkan ciri-ciri terperincinya, dan konteks ini membantu rakan-rakan kongsi kami di Digic untuk memahami Zaun dengan lebih baik.

Namun begitu, bagi merumitkan keadaan, persekitarannya bukan hanya tertakluk pada Zaun sahaja – ianya merupakan tempat yang amat khusus di Zaun. Ia merupakan suatu perkara yang sukar untuk membincangkan perihal perbezaan dan persamaan Zaun dengan kota-kota yang lain, bagi Digic dan treler itu tersendiri. “Kebanyakkan orang memiliki satu pandangan terhadap keadaan persekitaran Zaun, atas sebab Universe ataupun treler Ekko,” ketua pasukan kreatif Anton “RiotManton” Kolyukh berkata. “Namun kami telah mencipta Sump, dan ramai orang masih belum melihatnya lagi.”

 

4Konsep seni awal olehan Digic dirasakan terlalu luas; ia menjadi lebih padat dalam olahan-olahan seterusnya

Proses penggambaran persamaan Sump dengan Zaun  dan rupa kawasan perindustrian yang kotor memerlukan beberapa pengubahan. Dalam rekaan set awal, saluran-saluran paip dan lorong disusun seolah-olah ia dirancang. Rupa dalaman gondola kelihatan selesa, lengkap dengan kerusi dan ruang yang luas; stesen gondola juga kelihatan seperti suatu tempat yang cantik.  

Ketua pasukan penerbit Brandon “Riot cottonfxn” Miao berkata, “Kami membawa konsep-konsep awal dalam perbincangan di Riot, dan pasukan Worldbuilding berkata, “Ini bukannya Zaun.” Kami mempunyai kesemua idea dalam minda kami mengenai rupa kawasan tersebut yang sebenarnya, walaupun kami tidak pernah menciptanya secara terperinci.”

5

Konsep Seni Asal Riot untuk Ruang Dalaman Gondola

Hakikatnya, Sump bukannya suatu tempat yang terancang. Ia telah dicipta dan dibina semula, dan hampir kesemuanya kini dicipta sebagai kawasan perindustrian  chem-tech. Olahan-olahan awal kekurangan rupa kota yang tidak terurus. RiotManton berkata, “Kami telah menjelaskan perkara ini kepada rakan-rakan kongsi kami di Digic, dan mereka berkata, ‘Oh, jadi anda semua mahu membuat tempat itu kelihatan teruk? Faham.”

Dengan bergerak jauh daripada rupa yang sempurna, lanskap tersebut mula kelihatan seperi kawasan perlombongan yang mereput dan berbahaya dan tidak lagi hanya seperti terowong yang dibiarkan. Dengan menambah lagi beberapa ciri Zaun seperti palang besi dan gelas dengan banyak, ia mula kelihatan seperti Sump di Zaun yang sebenar. Bela Brozsek, pengarah studio seni Digic berkata, “Ia merupakan sesuatu yang mencabar untuk mengurangkan sifat keseniannya dan masih mengekalkan tona kota, namun kami berasa bahawa akhirnya kami berjaya mencapai keseimbangan tersebut.”

________________________________________________________________________________________________________

6

Dengan setiap olahan, kawasan persekitaran kelihatan semakin berbahaya dan suram.

Pengcahayaan Lubuk

Salah satu aspek yang dikenali mengenai Zaun adalah sinaran hijaunya. Ia ternampak di setiap permukaan yang berpunca daripada tetingkap, dan warna yang menyelubungi Gray. Warna rasmi Warwick juga adalah hijau, tetapi bagi mengesan serigala jadian hijau yang bercahaya dalam lanskap hijau yang suram akan menjadi suatu usaha yang menyukarkan. Visualnya akan menjadi tidak kemas, dan penggunaan hijau yang banyak dalam persekitaran tersebut juga akan mengurangkan rasa kehadiran Warwick. Tambahan pula, dialah watak utama – dalam trelernya.

Selain itu, pengcahayaan diperlukan untuk menggambarkan suasana menyeramkan.  Kami perlukan skema warna yang boleh menyampaikan rasa persekitaran yang menyedihkan dan menakutkan pada masa yang sama.

7

Sinaran Hijau Warwick: Proses Animasi yang Sedang Dijalankan

Akhirnya, kami bersetuju untuk menggunakan cahaya hijau malap yang akan memberi cahaya lembut pada keseluruhan persekitaran; ia berhubung dengan kawasan ke Zaun tanpa mengaburi Warwick. Selepas itu, bagi meningkatkan perasaan takut, kami memasukkan sinaran warna kuning menggunakan pengcahayaan palsu. Riot cottonfxn memberitahu, “Buat sementara waktu, kami berasa risau tentang keputusan kami, kerana pencahayaannya tidak begitu hijau sehinggalah para pemain memberitahu kami bahawa persekitarannya kelihatan seperti Zaun.”

 

Dalam versi terakhir, terdapat perbezaan ketara antara pewarnaan Warwick dan pengcahayaan persekitaran.

________________________________________________________________________________________________________

Senjata dan Telefon

Teknologi di Zaun (dan Piltover) adalah lebih moden berbanding dengan teknologi di Runeterra, namun penggunaan pistol merupakan sesuatu perkara yang aneh. Teknologinya wujud, tetapi ia amat jarang dijumpai dan terlalu mahal untuk dibelikan oleh orang-orang yang tidak berduit. Barangan ini wujud tetapi ia tidak mudah dijumpai.

Dalam versi-versi awal kisah tersebut, Boggin (lelaki berbadan besar) dan Fleg (lelaki yang menjadi watak utama) membawa pistol-pistol dengan mereka. Namun begitu, pemberian sejata api kepada watak-watak bawahan seolah-olah menggambarkan bahawa senjata api adalah barangan yang mudah didapati di Zaun.

Pemberian Fleg dan Boggin pistol memberi implikasi kepada keseluruhan Runterra: Jika senjata api adalah perkara yang menjadi kebiasaan di Zaun dan Piltover, kenapa mereka tidak memonopoli kesemua perkara? Hakikatnya, teknologi bukanlah sesuatu yang meluas.

8

Konsep Seni Riot Berkenaan Pistol Fleg yang Telah Lama Hilang (RIP)

Dan dengan itu, Fleg telah kehilangan keistimewaan senjata api.

Pistol Boggin penting untuk cerita tersebut, jadi wataknya harus ditulis semula bagi memberi kewajaran terhadap pemilikan senjatanya. Pada suatu masa dahulu, Boggin dilihat sebagai seorang yang kuat tetapi tidak bijak, tetapi penulis naratif Phillip “KneecapPhilly” Vargas berkata, “Kami harus membuatkannya bijak, lebih kuat, dan menjadikannya seorang ketua untuk memberi kewajaran kepadanya untuk memiliki senjata tersebut.” Pada suatu masa dahulu, Boggin dan Fleg berkawan, tetapi Boggin dipertingkatkan untuk menjadi lebih berkuasa daripada Fleg – leftenan samseng.

 

9

Versi Konsep Seni Asal dan yang Diperbaiki Boggin oleh Riot

________________________________________________________________________________________________________

Di Sebalik Jalanan Zaun


Kerjasama yang tinggi diperlukan antara pasukan-pasukan penerbitan dan Worldbuilding untuk mencipta treler pendedahan Warwick, dan kami teruja akan hasil akhirnya. Menerusi pelbagai pandangan luar dan pengubahan, kami berjaya menggambarkan Zaun dalam bentuk yang asli. Dengan menggunakan tempat asal Warwick sebagai persekitaran dalam kisahnya itu membuatkan pengalaman treler tersebut terasa organik, seolah-olah kita melihat serba-sedikit ke dalam dunianya di luar Rift, dan ia membenarkan kami berkongsi dan membangunkan sebuah wilayah yang baharu dan dinamik.

Tambahan pula, kisah-kisah seperti di Runeterra – dan penduduk-penduduknya – wujud di sebalik champion-champion di League: Walaupun kita tidak mampu melihatnya, terdapat sesuatu yang sering berlaku di Runeterra.

Post Berkaitan

Comments