Pandangan HalleBerry mengenai Dragon Sorceress Zyra
Masa untuk bermain Zyra.
Komuniti | March 5, 2017 | By Zharif Hamzah

Zyra Cover Photo

Beberapa hari lalu, laman web Dunia LoL menjadi laman web terhangat gara-gara artikel yang ditulis oleh HalleBerry mengenai gadis gamer baru League. Artikel tersebut menjadi sangat popular. Terima kasih kepada semua pemain League yang meminati artikel tersebut.

Jadi, aku berpeluang untuk bertemu dengan HalleBerry secara maya, (chat dalam FB je) ingin bertanya mengenai pandangan Halle mengenai skin terbaru Zyra, Dragon Sorceress Zyra.

Sebagai seorang pemain yang tegar bermain Zyra, pandangan Halle boleh menjadi gambaran untuk korang semua untuk mengetahui, apakah kehebatan yang tersembunyi dalam Dragon Sorceress Zyra.

bcfda9a15af61cf4

“Saya rasa sangat gembira (dengan Dragon Sorceress Zyra) sebab skin Zyra yang lain semua buruk,” ayat pertama Halle berikan apabila ditanya mengenai skin tersebut.

Peminat  Zyra yang lain, jangan terkesima dengan kenyataan ini. Buruk bermaksud, tiada keistimewaan yang ada. Tengok Lux. Dia ada Star Guardian. Dia ada Elementalist. Miss Fortune pulak ada Arcade. Lepas itu Riot bagi dia jadi Pool Party.

Tapi Zyra, skin yang kita boleh dambakan hanyalah SKT T1, sebab, duh, SKT. Ada Wildfire Zyra, ada Haunted Zyra. Skin itu macam, meh. Seingat aku, sepanjang aku anjurkan pertandingan di Gempak Summoners, tak pernah ada orang mintak nak aku hadiahkan skin Zyra. Dengan adanya skin Dragon Sorceress Zyra, ini merupakan satu revolusi.

Zyra Skins Real

Kekuatan Dragonslayer Xin Zhao terletak pada lembingnya yang pelbagai – kalau korang beli Chroma. Namun, kekuatan ini bukanlah satu keistimewaan yang jitu. Manakala Dragon Sorceress Zyra ada sayap. Sayap yang betul bersesuaian dengan tema naga.

zyra2

“Saya puas hati dengan rekaan skin-nya. Nampak hebat sebab ada sayap,” kata HalleBerry.

Bila melihat rekaan dan animasi Dragon Sorceress Zyra secara keseluruhan, wow, pasifnya, pun unik. Halle berkata, ”¬†Saya pun suka pasifnya, macam bola-bola telur naga.”

Tapi aku rasa pasif Zyra macam bebola sihir dalam Harry Potter, tapi setiap orang ada pendapat yang tersendiri.

898898797

Dragon Sorceress Zyra bukan sahaja mempunyai grafik dan rekaan yang berbeza, malah penggunaan bunyi pun berubah. Ini yang kita mahukan dengan adanya skin baru untuk setiap champion di League of Legends. Bunyi tembakan Zyra ada unsur bunyi naga.

Dan yang paling menarik, tumbuh-tumbuhan yang dihasilkan oleh Zyra adalah berbentuk naga. Patutlah Zyra dipilih untuk menjadi Dragon Sorceress, kerana siapa lagi champion wanita yang sesuai nak jadi Dragon Sorceress? Semestinya bukan Katarina (tetiba).

Bila ditanya mengenai ulti untuk skin Zyra ini, HalleBerry berkata, “Mengecewakan, sebab tak ada ‘umph’. Padahal itu ultimate dia kot. Kalau ada naga lain yang keluarkan best.”

zyrar

Halle menambah, dia sukakan recall animation untuk skin tersebut, tapi bukan untuk death animation-nya.

Maaf Halle, pendapat kita berbeza. Aku rasa death animaton-nya yang best. Tapi recall-nya biasa-biasa je.

Secara keseluruhan, HalleBerry memberikan rating Dragon Sorceress Zyra 4/5. Aku memberikan rating yang sama.

Akhir kata, ini hanyalah pendapat peribadi Halle Berry, dan aku selitkan sekali pendapat aku mengenai skin Dragon Sorceress Zyra. Tapi apa pula pendapat korang mengenai skin ini? Komenlah di bawah.

Post Berkaitan

Comments