Gunung Everest adalah Mount Targon
Gunung tertinggi dunia menjadi pilihan majoriti untuk dijadikan Mount Targon.
Komuniti | March 9, 2017 | By Zharif Hamzah

Mount Everest, Malaysia

Runeterra Adventure kini sedang menjelajahi Freljord. Sebelum ini, Garena telah membawa kita meneroka Demacia, Bandle City, dan Mount Targon dengan pelbagai aktiviti menarik dan diskaun skin yang sangat hebat.

Jadi inginlah aku menyingkap kembali aktiviti Mount Targon yang baru sahaja berakhir dua hari lepas. Salah satu aktivitinya adalah untuk mengundi gunung manakah yang paling sesuai untuk dijadikan Mount Targon?

Gunung Everest menjadi kegemaran ramai. 47% peratus mengundi untuk gunung tersebut yang terletak di Nepal. Ini sesuatu yang tidak mengejutkan. Dengan Mount Targon sebegitu agung, semestinya Everest akan menjadi pilihan utama.

Garena tidak sepatutnya meletakkan Everest sebagai pilihan jawapan. Kerana keputusannya amatlah jelas dan boleh diduga. Walaupun Garena menyorokkan pilihan jawapan Everest di bahagian akhir sekali, pemain kita mempunyai mata yang tajam.

Walau bagaimanapun, bila difikirkan balik, meletakkan Everest sebagai pilihan jawapan adalah tindakan yang bijak untuk mengelakkan kecaman daripada pihak pemain kita yang boleh berkata, “Kenapa tak letak Everest dalam pilihan jawapan? Kan itu gunung tertinggi dunia?”

Crybabies.

Anyway, 47% yang mengundi Everest, bagaimana pula dengan 53% lagi?

Haaaaaa…

Mount Fuji, Japan

Tempat kedua jatuh kepada Gunung Fuji di Jepun. Walaupun tidak setinggi Everest, gaya estetik Fuji kelihatan menakjubkan. Dari jauh nampak mendebarkan, membuatkan orang ramai kagum dengan keindahan dan kebesarannya. Sebanyak 25% mengundi untuk Fuji.

Baguslah, boleh ajak Yasuo jadi champion Mount Targon sekali. Eh?

Mount Kinabalu, Malaysia

Tempat ketiga jatuh kepada keajaiban negara kita, Gunung Kinabalu di Sabah dengan undian sebanyak 11%. Inilah yang kita mahukan, semangat patriotisme yang ada dalam kalangan pemain League of Legends, memartabatkan harta negara kita yang bernilai dan tiada tolok bandingnya.

Semestinya Kinabalu sesuai untuk dijadikan Mount Targon. Kan gunung itu merupakan gunung tertinggi di Asia Tenggara.

Gunung-gunung yang kurang mendapat sambutan adalah Gunung Killimanjaro di Tanzania, Gunung St. Helen di Amerika Syarikat, dan Gunung Krakatoa di Indonesia dengan undian 1% sahaja. Gunung Vesuvius di Itali pula mendapat undian sebanyak 2%.

Kesian gunung-gunung ini tidak mendapat sambutan. Tapi gunung-gunung inilah yang melakar sejarah, lagi hebat daripada Everest, Fuji, dan Kinabalu.

Mount Vesuvius, Italy

Vesuvius, letusan gunung berapinya menghancurkan tamadun Pompeii.

Krakatoa, Indonesia

Krakatoa, letusannya menyebabkan suhu bumi kita menurun pada abad ke- 19. 120,000 orang mati. Mayat terdampar sampai ke Afrika. Menyebabkan bulan bertukar menjadi biru atau hijau.

Mount St Helen, USA

ed595f0b6bf25a9933d6224e328bb33c

St. Helen, letusan gunung berapinya merupakan bencana paling teruk dalam sejarah Amerika Syarikat.

Broga, Malaysia Genting Highland, Malaysia

Apapun, aku salute Garena kerana menjadi kreatif dalam senarai jawapan mereka, meletakkan Broga di Semenyih dan Genting Highlands di Pahang. Masing-masing mendapat undian sebanyak 9% dan 4%.

Genting Highlands, yang tak setinggi mana itu, dapat 9%. Baguslah, Mount Targon itu bukannya ada apapun. Kalau Mount Targon jadi macam Genting Highlands, kan baru menarik perhatian ramai.

Ruangan komen di page Facebook League of Legends Singapore & Malaysia juga menampilkan komen para pemain yang menghiburkan.

Kumamoto Senpai berkata, “Gunung daik bercabang tiga, budi yang baik dikenang juga.”

randonnée refuge du Varan - vue sur le Massif du Mont-Blanc

ArPaul HaoHan pula mencadangkan Mont Blanc di pergunungan Alps.

Komen di Instagram @lol.malaysia pula begini:

@awieofficial_ berkata, ” Segunung dosa.”

Macam-macam mereka ini.

Sekarang, Runeterra Adventure berada di Freljord. Aktiviti yang korang boleh sertai adalah, jika korang terkandas di sebuah pulau terpencil, siapakah champion yang akan menemani korang di sana?

Post Berkaitan

Comments