Champion Freljord paling popular menurut Runeterra Adventure
Champion pilihan majoriti taklah kuat sangat untuk melindungi mereka daripada pulau yang terpencil.
Komuniti | March 10, 2017 | By Zharif Hamzah

Ashe

Garena menghangatkan lagi suasana dunia League of Legends Malaysia dengan aktiviti Runeterra Adventure.

Sekarang, pengembaraan itu telah membawakan kita ke Freljord. Selain daripada diskaun skin hebat, Garena juga menyajikan aktiviti untuk mewarnai acara Runeterra ini.

Salah satu aktivitinya adalah untuk mengajak pemain untuk memilih champion manakah yang boleh menemani anda jika anda terkandas di pulau yang terpencil.

Daripada aktiviti ini, aku boleh simpulkan di sini, champion Freljord manakah yang paling popular dalam kalangan pemain League di Malaysia.

Champion paling popular di Freljord

Ashe, isteri Tryndamere, seorang ratu, menjadi pilihan utama. Sebanyak 58% memilih Ashe sebagai peneman mereka di sebuah pulau terpencil. Semua ini gara-gara Ashe merupakan seorang wanita.

Mohamad Faidhi berkata, “Semestinya Ashe, bersama dia, saya boleh menjadi cupid, dan kami boleh jatuh cinta bersama.”

Di Instagram @lol.malaysia pula, @fzln.b berkata dia ingin memulakan keluarga bersama Ashe di pulau terpencil itu.

Haih, adakah ini sebabnya majoriti pemain League kita memilih Ashe? Hanya kerana dia merupakan seorang wanita?

Sejujurnya, pulau yang terpencil, tempat kau terkandas, mungkin mempunyai banyak marabahaya yang mendatang. Korang pasti Ashe boleh melindungi kau daripada haiwan liar, raksasa liar, apa-apalah yang liar yang muncul daripada hutan pulau itu?

Majoriti memilih Ashe hanyalah kerana korang boleh berseronok dengan bini orang. Eeewww, kau ingat League of Legends ini Blue Lagoon.

Sedihnya, ini boleh diringkaskan bahawa pemain League of Legends kita tak ada pemikiran yang kritis dan kreatif. Sangat menyedihkan.

Tapi, ada satu komen yang sangat bernas mengenai Ashe.

Aaron Lee berkata, “Ashe, sebab Hawkshot kan global, boleh digunakan sebagai signal untuk meminta bantuan.”

Kalaulah pemain League kita mempunyai minda seperti Aaron.

league_of_legends_ashe_and_nunu_by_elvellonart-d7qwlwv

Nunu pula berada di tangga yang kedua. Sebanyak 9% memilih Nunu. Ini adalah sesuatu yang tidak diduga. Dari segi in-game, Nunu tidaklah popular.

Dari segi populariti, Braum lebih popular daripada Nunu. Tapi Braum ditewaskan oleh Nunu dengan hanya 7% memilih Braum.

Nunu mungkin menjadi pilihan utama juga selain daripada Ashe, sebab Nunu tidak keseorangan.

“Nunu, sebab saya dapat dua kawan,” kata @mynameisazlan.

@end.with.us pula berkata, “Nunu sebab saya nak main snowball, sebab saya tak pernah main sebelum ini.”

Apa-apalah korang.

love_your_support__braum_ashe___poro__by_sanshikisumire-d7r1zt9

Komen mengenai Braum paling sweet. “Braum, ┬ábukan kerana ototnya, tapi kerana nalurinya untuk melindungi,” kata Neko Nekotan.

Auwwww.

festival_queen_anivia_colouring_by_akiraalion-db1lj6l

Yang pelik, tak ramai yang pilih Anivia, tapi Anivia merupakan pilihan champion yang paling bijak.

“Aku pilih Anivia supaya dia boleh terbangkan aku keluar daripada pulau itu,” kata @aisaac_lol.

Burn. Burn. Burn.

 

Post Berkaitan

Comments