Practice Tool – sesi untuk melepaskan geram
Rasa sakit hati? Mainlah Practice Tool
Komuniti | March 11, 2017 | By Zharif Hamzah

Practice Tool

Seperti yang kita sedia maklum, Practice Tool memang ditunggu oleh para pemain sejak zaman berzaman lagi. Semua tak sabar nak merasai kehebatan mod permainan yang lain daripada lain.

Sebagai contoh, kau boleh test champion mage dengan item damage, kau boleh berlatih last hit sepanjang masa, waktu kau level 1. Kau boleh beli banyak jenis item, tukar item itu, tukar item ini. Suka hatilah kau nak buat apa.

Tapi bila diumumkan bahawa Practice Tool hanya akan ada dalam klien League Beta, semua nak mengamuk. Alamak bang, download je klien League baru itu. Tak rugi pun. Lagi best pakai klien baru. Serius.

So, apa yang hebat mengenai Practice Tool ini? Dengan Practice Tool, kau boleh melepaskan geram. Lepas kau kalah rank ke, kau kalah normal ke, kau buka Practice Tool, kau belasahlah champion lawan kau. Kau amik item damage, bagi lethality sikit, bagi attack speed sikit, pastu kau bunuh champion musuh kau.

Lepas itu, nak meneruskan sesi melepaskan geram, kau bunuh semua monster dalam jungle. Kau pasang target dummy, kau tembak dia berkali-kali. Lepaskan geram kaw kaw.

Satu saja kelemahan Practice Tool, kau boleh masukkan satu bot je. Jadi, kalau kau nak practice, kau tak practice macam dalam game sebenar. Kalau boleh, Riot patut sediakan 9 bot. Macam kita boleh buat dalam custom game.

DFDFDFSDF

@official_azril.xyz berkata kepada Instagram @lol.malaysia, dia sukakan Practice Tool sebab boleh spam aktiviti. Yang dia tak suka, boleh pasang satu bot sahaja.

@sozegu27 pula berkata, “Kita boleh tengok maksimum damage apa yang champion kita boleh tanggung.”

“Kau boleh flash banyak kali, full item tak sampai seminit. Boleh cuba solo Elder Dragon atau Baron Nashor,” kata @izznzzi pula.

Aku fikir kelemahan Practice cuma satu sahaja, tak boleh tambah bot. Malangnya, ada satu lagi kelemahan Practice Tool yang diberitahu oleh @anmnhfz.

“Tak boleh tukar champion terus. Leceh kalau nak tukar. Kena keluar dulu, pilih nak tukar champion. Lepas itu kena masuk balik.”

Kesimpulannya, Practice Tool boleh dijadikan tempat untuk berlatih first hit, nak mencuba pelbagai jenis champion dengan pelbagai jenis item, dan alat untuk melepaskan geram kalau kau kalah rank atau normal.

Post Berkaitan

Comments