IEM Mengalami Masalah Teknikal Besar
Masalah teknikal membawa kesan pada masa depan IEM LoL
Antarabangsa | March 12, 2017 | By HalleBerry

1

 

Masalah-masalah teknikal yang sering melanda IEM Katowice telah menyebabkan masalah penangguhan yang besar. Perkara ini bukan sahaja membawa kesan negatif terhadap acara ini malah kejohanan-kejohanan IEM secara am.

Ia kelihatan seolah-olah masalah penangguhan atau isu peralatan ini berlaku dalam hampir-hampir kesemua acara ini. Jika perkara sebegini berlaku sekali sahaja ia masih boleh dimaafkan, ini kerana situasi-situasi sebegini selalunya tidak dapat dijangka oleh para penganjur. Namun jika masalah ini berlaku secara berkala, ia dianggap sebagai sesuatu yang merisaukan dan saya yakin ramai lagi yang mempunyai pendapat yang sama.

 

2

 

Saya rasa bersalah untuk para caster yang perlu melayan penonton-penonton semasa berlakunya penangguhan atau jeda dan memastikan mereka masih teruskan menonton di rumah akibat isu-isu teknikal yang berlaku. Penangguhan permainan dan remake membuatkan beberapa siri kurang menarik untuk dipertonton sementara mengurangkan nilai e-sukan secara menyeluruh.

Kebimbangan utama saya adalah jika masalah ini berterusan, acara-acara IEM League of Legends mungkin tidak akan wujud lagi pada masa yang akan datang.

Post Berkaitan

Comments