Runeterra Adventure, apa yang dah berlaku setakat ini?
Selain daripada diskaun skin, ada aktiviti menarik.
Komuniti | March 12, 2017 | By Zharif Hamzah

pjimage (16)

Runeterra sekarang berada di Freljord, menampilkan diskaun skin dan aktiviti menarik di Facebook page League of Legends Malaysia & Singapore.

Sebelum itu, penjelajahan ini sudah pun meneroka Demacia, Bandle City, dan Mount Targon.

Jadi, mari kita menyingkap kembali, apa yang dah berlaku di kota-kota sebelumnya.

Demacia

Aaaa, kota yang melahirkan Garen dan Lux. Aktivitinya dimulakan dengan mengisi tempat kosong slogan Demacia dengan perkataan sendiri yang kreatif.

Demacia Motto

Dan ya, memang ada banyak jawapan yang kreatif.

ivana

Itu syok sendiri.

Gila Kill

Yang itu gila kill.

Benci Yasuo

Yang ini untuk orang yang bencikan Yasuo.

Bandle City

17021420_1348038591906524_3542815132454502507_n

Kau nampak ke berapa Lulu dan Veigar itu? Haha.

Hadiah

Gara-gara hadiah skin akan diberikan, sampai 700 orang komen.

700

Kalau ada hadiah, baru semua semangat nak komen. Kalau tak ada hadiah, post dalam page itu jadi krik krik je. Haih. Haha.

Mount Targon

mOUNT tARGON POLL

Dalam banyak-banyak gunung yang ada, Gunung Everest menjadi pilihan ramai untuk dijadikan Mount Targon. Kalau korang masih lagi nak mengundi, undi kat sini.

Dan aku ada tulis satu artikel mengenai undian gunung sebenar untuk dijadikan Mount Targon. Bacalah. 🙂

Oh, dan ada satu fakta yang diposkan mengenai Mount Targon.

16938652_1351820114861705_6518759840836919646_n

yAP

Bagi sesiapa yang blur blur, Taric dulu memang kawan kepada Garen. Kalau Taric pernah jadi kawan dengan Garen, mereka berdua pernah membesar bersama-sama di tempat kelahiran mereka, Demacia. Jadi ini bermakna, Taric asalnya orang Demacia. Cuba berlagak jadi pandai. Tak salah berlagak jadi pandai.

 Freljord

Untuk yang ini, aktiviti di bawah telah membuktikan bahawa majoriti pemain kita sangat cintakan Ashe.

17191457_1357418947635155_3339460869069404336_n (1)

Semua orang nak berdua-duaan dengan Ashe bila terkandas di pulau yang terpencil. Semua minda akil baligh betul.

Sampailah ada orang pos komen ini.

Anivia

Inilah pemain League of Legends kita yang mempunyai sel-sel otak berhubung.

Sekarang Runeterra adventure sudah berhenti di Freljord. Ada banyak lagi kota yang belum diteroka. Aku tak sabar nak tengok apa yang ada untuk Noxus dan Ionia. Bagaimana pula dengan kau, kota mana yang kau tak sabar nak jelajah? Komenlah di bawah.

Sementara menunggu, nikmatilah diskaun ini. Rugi tak beli.

Skin

Post Berkaitan

Comments