Ada apa dengan Patch 7.5?
Aatrox update... yang tidak mendapat sambutan?
Analisis | March 17, 2017 | By Zharif Hamzah

mecha_aatrox_and_mecha_malphite_by_zippo514-d812dw7

1. Aatrox update

Kata Riot, “Kami memberikan Darkin Blade lebih mudah untuk stack Blood Well tanpa mati.” Cooldown Q Aatrox semakin menurun. Base damage W-nya pula meningkat.

Malangnya, masih tak banyak orang main Aatrox. Yasuo juga yang wujud dalam Summoner’s Rift itu. Dalam setiap game. Kesian Aatrox.

Miss Fortune Kebaya

2. Miss Fortune kena nerf sikit

Perasan tak sebelum ini, Q Miss Fortune, lepas terkena minion,  lepas itu melantun kat kau, sakit sangat. Sekarang dah tak sakit sangat dah. Dia punya nisbah damage dan ability power dikurangkan, sama macam first hit terkena minion. Tapi, lantunan kedua itu sekarang boleh critically strike.

3. Riot kurangkan damage Edge of Night

Lethality sekarang adalah impian bagi semua pemain ADC. Aku sendiri main ADC, main beli Edge of Night, Youmuu, dengan Duskblade. Nak bagi lembut sikit lethality ini, tak mengancam sangat, dikurangkanlah sedikit damage Edge of the Night, daripada 60 kepada 55. Cooldown active dia pun dinaikkan daripada 30 saat kepada 45 saat.

Active Edge bagi shield kepada para ADC. Dengan cooldown-nya dinaikkan, para ADC perlu berhati-hati, jangan main tekan shield itu tanpa tentu arah.

leblanc_knkl_08_by_knockwurst-d3fopz8

4. Syukurlah, damage LeBlanc diturunkan

LeBlanc memang sakit pun. Jadi damage Distortion pun diturunkan. Namun damage Q  memberikan damage yang lebih tinggi kepada minion.

varus_2_0_by_katzina-d6wldc6

5. Damage Q Varus menurun

Miss Fortune kena nerf sikit,  sama jugalah dengan Varus. Q dia dikurangkan damage. Kalau kau main ADC lawan Varus, kalau terkena Q dia, memang sakit. Sudah tiba masanya, Q varus di-nerf-kan.

dragon_sorceress_zyra__hatchlings_by_moonsflower-db2dpei

6. Zyra ada death animation terbaru

Aku tak tahu kenapa dalam Patch Notes, Riot kena bagi satu ayat panjang mengenai death animation Zyra. Bukannya ada apa-apa yang penting pun. Tapi aku tahu kenapa Riot buat macam itu. Sebab Riot nak pujuk orang ramai, mainlah support. Tak usahlah main Yasuo lagi. Dragon Sorceress Zyra sangatlah popular, Dragonslayer Xin Zhao macam teruna tak laku.

Post Berkaitan

Comments