KT Mata: “Kami akan membalas dendam terhadap SKT”
Siapakah dimaksudkan Mata tu?
Antarabangsa | March 17, 2017 | By HalleBerry

mata

 

Pada 12 Mac (KST), KT Rolster telah mengalahkah ROX Tigers 2-0 dalam perlawanan pertama hari ke-30 LCK Spring Split 2017 yang mengukuhkan posisi kedua mereka. Permainan 1 berakhir dengan cepat kerana Graves yang dimainkan oleh Dongbin “Score” Ko, dan walaupun Permainan 2 merupakan perlawanan yang sengit, akhirnya KT Rolster telah berjaya menumpaskan pihak lawan mereka.ended in KT Rolster’s favor.

Walaupun Saehyung “Mata” Cho bukan seorang pemain menakjubkan seperti pemain-pemain lane lain, dia telah melakukan yang terbaik sebagai Zyra dalam Permainan 1 dan Lulu dalam Permainan 2.

Berikut adalah temu bual kami bersama Saehyung “Mata” Cho:

_______________________________________________________________________________________________________________
Tahniah atas kemenangan hari ini! Apakah perasaan anda sekarang?

Kami tidak bermain dengan begitu baik sejak kebelakangan ini, tetapi saya berasa gembira kerana kami telah meningkatkan prestasi.
ROX Tiger telah memenangi empat perlawanan secara berterusan. Apakah persediaan yang anda lakukan untuk menghadapi mereka?

Persediaan kami tertumpu pada penciptaan permainan dan bukannya terhadap cara menentang strategi pihak lawan.
Bolehkah anda menyatakan secara terperinci tentang persediaan anda?

Kami cuba untuk mengurangkan kesalahan dan mempertingkatkan kerjasama.

 

mata 2
Anda telah menghalang penggunaan Ahri dalam kedua-dua permainan. Adakah ia disebabkan oleh Youngmin “Mickey” Son?

Kami telah menghalang penggunaan Ahri kerana Mickey bermain menggunakannya dengan terlalu baik.

Anda akan bermain dalam dua buah perlawanan lagi pada minggu yang akan datang – pertama sekali menentang JAG dalam posisi ke-14 dan sekali lagi menentang SSG yang berada pada tangga ke-16. Apakah pandangan anda terhadap permainan mereka?Saya tidak akan penat secara fizikal, tetapi saya risau tentang kepenatan mental.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda. Adakah anda mempunyai sesuatu untuk dikongsi?Saya rasa kami tidak mungkin berjaya merangkul pingat pertama, tetapi kami akan memastikan bahawa kami mengekalkan posisi kedua sehingga playoff. Jika kami berhadapan dengan SK Telecom T1 dalam playoff, kami akan membalas dendam.(Diterjemah daripada LoL EsportsMatrix)

Post Berkaitan

Comments