Penciptaan Idea Champion dan Wilayah yang Belum Diterokai
Adakah terdapat lagi wilayah Runterra yang tidak diketahui lagi?
League of Legends | March 18, 2017 | By HalleBerry

oJYOt2T

 

Selamat datang! 

Pada minggu ini, kami akan berbincang mengenai idea-idea champion, splash yang telah diubahsuai, dan berbincang lebih lanjut mengenai Runeterra.

*S = Soalan

S: Adakah anda berancang untuk menambah wilayah-wilayah baharu dalam Runeterra? Contohnya, kami sudah mengetahui tentang Ionia, Demacia dan Zaun, dan sebagainya tetapi bagaimana pula dengan wilayah-wilayah yang belum diumukan lagi?

Jangan sebut ‘tidak akan’! Walaupun kami tidak mempunyai apa-apa perancangan buat masa ini – masih terdapat lagi banyak untuk diterokai dan dibangunkan dalam wilayah-wilayah yang telah dinamakan – pada masa yang akan datang, ia mungkin akan menjadi sesuatu yang menarik untuk diterokai… Jadi manakah negara asal Kalista, Hecarim, the Ruined King dan sebagainya, hmm?

 

Camille-Hair

Penciptaan Idea Camille

S: Bagaimanakah cara anda mencipta idea untuk para champion?

Idea-idea untuk champion baharu boleh bermula dari mana-mana. Kini, kami cuba mereka champion dari akar bersama dengan pemilik dari gaya permainan, naratif, dan rekaan konsep supaya tiada apa yang tertinggal sepanjang pembangunan champion tersebut. Ini bermaksud, tarikan untuk seorang champion baharu boleh diilhamkan daripada satu kebolehan yang belum wujud dalam permainan lagi (seperti hook-shot ke dinding), sebuah seni konsep inspirasi (seperti wanita punk yang memakai sarung tangan penumbuk), watak unik yang belum wujud dalam permainan lagi (Jungle Marksman), atau konsep tematik (Druid atau Space Dragon). Tarikan tersebut boleh memberi inspirasi kepada rekaan champion secara keseluruhan, yang berubah kepada sesuatu yang bersih, bersatu dan semulajadi dengan benda lain.

Penciptaan idea-idea tersebut adalah tanggungjawab kumpulan kreatif (artis, penulis, pereka) League of Legends. Secara utama, tanggungjawab tersebut jatuh keapda mereka yang bertugas terhadap champion-champion baharu secara langsung, tetapi selalunya dengan bantuan inspirasi, maklum balas dan pandangan daripada orang lain dalam organisasi. Kami mempunyai fail-fail yang mengandungi cerita-cerita pendek, prototaip kit kertas, dan juga seni konsep halus champion yang tidak melepasi peringkat-peringkat awal penciptaan idea. Selalunya ia memerlukan beberapa idea untuk bersetuju terhadap satu champion terasa baharu dan ikonik untuk roster yang sentiasa membesar kami


TotemicMaokaiS: Saya dengar bahawa terdapat pembaikan terhadap tank tidak lama lagi – adakah ia bermaksud anda akan mengemaskini splash tank?

Kami tidak akan mengemaskini kesemuanya, tetapi kami akan melakukan pembaikan terhadap beberapa tank. Tugas utama pasukan splash ChampUp adalah untuk mengemaskini seni Splash untuk VGU kami yang besar, tetapi dalam masa yang sama kami juga telah kembali untuk mengemaskini seni splash untuk para champion yang mendapat VGU dan VU pada masa yang lalu. Ia juga suatu
kebetulan bahawa Sejuani dan Maokai telah memperoleh VU pada masa yang lalu jadi kami akan mengemaskini seni splash skin untuk kemaskini Tank mereka. Namun begitu, seni splash asas mereka masih kelihatan hebat, jadi kami tidak akan mengubahsuaiseni-seni tersebut.

 

(Diterjemahkan daripada LoL EsportsMatrix)

Post Berkaitan

Comments