Kenapa aku teruk sangat main League?
Kau tak teruk, cuma kau semua kena ikut langkah-langkah, kalau nak menang.
Analisis | March 19, 2017 | By Zharif Hamzah

pjimage (18)

Kau main. Kau main ADC. Kau tak feed pun. Kau mati sekali je. Tapi mid kau feed (dan dia seorang Yasuo), dan team kau pun kalah.

Kau main SP,  kau selalu dapat Power Assist bila kau check result kau kat Garena Mobile. Tapi team kau kalah.

Teruk sangat ke cara kau main League? Tak. Tapi aku rasa, ada beberapa langkah ini yang kau perlu ikut kalau kau nak menang dalam game. Kalau tak pun, sekurang-kurangnya ia menjadi game yang kau akan kalah, tapi kau rasa puas dan gembira selepas kau kalah. Sebab kau rasa kau dah buat yang terbaik, cuma team kau tak bernasib baik.

Aku dapat tip-tip ini daripada Ask Riot. Jadi aku ringkaskanlah maklumat ini untuk kau, memudahkan kau untuk membacanya.

1. Ilmu League penting

Secara asasnya, kau kena tahu item apa kau nak beli pada early game. Kau kena tahu, champion apa yang kau patut pilih untuk bersesuaian dengan komposisi pasukan kau.

Ini tak, kau asyik nak main Yasuo saja. Susahlah kalau macam itu.

2. Positioning kau kena betul

Main League bukan pasal kau lepaskan ability kau atau pandai farm saja. Kau kena tahu juga macam mana kau letakkan diri kau dalam game. Di mana kau patut berdiri apabila kau nak harass musuh. Macam mana kau nak masuk, nak bunuh musuh apabila kau bermain sebagai assassin.

3. Kau kena luaskan roster kau

Kalau kau main support, jangan belajar main champion AP sahaja. Belajarlah main support tank. Sama jugalah dengan top. Jangan asyik main tank. Belajar juga champion top macam Fiora yang tak tank.

Dan yang paling penting, ada banyak champion yang boleh main mid. Jangan hadkan penggunaan champion kau kepada Yasuo sahaja. Luaskan pengunaan champion kau. Ada champion yang lemah apabila melawan dengan seorang champion spesifik dan juga sebaliknya. Jadi, luaskanlah penggunaan champion dalam League of Legend. Belajar bermain champion yang kau tak pernah mainkan sebelum ini.

4. Cara kau menggunakan ability kau

Ini kelemahan aku sendiri yang paling ketara. Aku main Lux atau Sona, ulti aku main guna. Tak tengok, adalah itu masa yang sesuai untu kau gunakan ulti kau. Jadi timing untuk kau gunakan ulti kau sangatlah penting. Tak dinafikan, kalau kau guna ulti pada waktu yang salah, itu adalah kesilapan yang tidak boleh dielakkan. Tapi kau cuba kurangkan kesilapan yang lakukan.  Walaupun kau tak boleh elak daripada melakukan kesilapan, tapi kuranglah melakukannya. Itu lebih baik daripada melakukan banyak kesilapan.

5. Map awareness

Aku sebagai support, aku sakit hati, apabila ADC tak ada map awareness. Aku dah ward situ sana sini, bila JG nak gank, aku ping suruh lari, tapi tak lari juga. Akhirnya mati, tapi salahkan support. Tak guna kalau aku ward, kau tak ada map awareness, nak tengok, enemy hilang di mana. Enemy pergi mana. Jungler nak gank ke tidak. Jadi, nak elakkan diri daripada kena mati, selalulah tengok map dengan tekun.

6. Jangan mengamuk

Haha. Aku orangnya jenis mengamuk bila main. Jujur, memang ya. Tapi, bila aku tak mengamuk, aku terus farm sebagai ADC, aku cuba tak mati. Aku dapat banyak gold, perlahan-lahan, aku boleh naikkan damage aku. Aku boleh damage, dan team aku ada kemungkinan boleh menang. Bila kau tahu yang team kau dah tak boleh menang, apa yang boleh kau buat, kau farm saja. Naikkan bilangan CS kau. Usahakan diri jangan mati. Kalau kau kalah pun, kau rasa lega, sebab kau dah cuba sedaya upaya. Kekalahan team kau, bukan salah kau.

Akhir sekali, kau kena CS dengan lebih baik. Kau kena pandai ramal, apa yang kau rasa enemy kau akan buat. Dan jangan lupa, ward. Letakkan ward. Itu sangat penting.

Tags:  , , , ,

Post Berkaitan

Comments