Bekas Pemain LCK Membuka Mulut: Kemelut Penghentian Tayang Secara Sengaja
Caster SpoTV LCK Cpt Jack memberi pendapat tentang para pemain pro yang menghentikan tayangan yang juga memberi kesan terhadap LCK.
LCK/LPL | March 21, 2017 | By HalleBerry

8930df25-c57a-4839-8b44-13bc25d0869d

Selepas beberapa pasukan LCK sengaja menghentikan tayangan pada akhir permainan profesional dalam beberapa minggu ini, bekas pemain ADC dan caster SpoTV terkini untuk League of Legends, Kang “Cpt Jack” Hyung-woo, memberi pendapat mengenai isu ini.
Longzhu Gaming, Samsung Galaxy, dan Afreeca Freecs telah kalah dalam sebuah siri kemenangan dalam carta skor akibat beberapa kes menghentikan tayangan dengan sengaja, yang melanggar peraturan Riot. Ramai peminat yang percaya bahawa para pemain menghentikan tayangan akibat perasaan marah atau akibat terlalu mengikut emosi.

dl1

Cpt Jack telah meluahkan perasaannya di Twitter untuk bercakap tentang kelakuan para pemain ketika berada di scrim, dan bagaimana kelakuan sebegini mungkin menyebabkan penghentian tayangan secara sengaja antara pasukan-pasukan profesional – dan sebab di sebalik keputusan tersebut adalah kukuh. Para pemain akan kerap memutuskan hubungan dengan sengaja sebelum resolusi permainan supaya server Riot tidak akan disimpan dalam profil mereka, di mana siapa-siapa sahaja boleh mencari fail tersebut, memuat turunkannya dan melihat pada strategi pasukan mereka.

Walaupun Cpt Jack berkata bahawa dia tidak mahu para pemain memberi alasan untuk menghentikan tayangan, mereka perlu tahu perbezaan antara perlawanan pertandingan dan scrim. Scrim adalah perlawanan yang dimainkan antara pasukan pro di ruang rumah mereka sendiri untuk berlatih strategi manakala perlawanan pertandingan adalah perlawanan rasmi yang mencerminkan carta skor.

Dengan ramai peminat yang menganggap bahawa penghentian tayangan tersebut adalah disebabkan oleh emosi, Cpt Jack berkata bahawa “dalam 99 peratus masa, perkara ini tidak benar. Apa yang dilakukan adalah kesalahan, jangan salah anggap terhadap apa yang berlaku.”

(Diterjemahkan dari dotesports.com)

Post Berkaitan

Comments