Nga Yan Zun Juara Tier 1 Gempak Summoners All-Star
Tournament 1v1 pertama anjuran Gempak Summoners.
Aktiviti | March 22, 2017 | By Zharif Hamzah

dfgdfgdfdg

Gempak Summoners All-Star Tier 1 yang berlangsung dari 13 Mac sehingga 20 Mac 2017 telah melabuhkan tirainya pada hari Isnin lepas dengan peserta final, Nga Yan Zun dan Amy Nur Syahmi berentap dalam stream Meera Dros.

Meera, selaku streamer terkenal komuniti telah menghasilkan room untuk mereka berdua pada pukul 4:30 petang. Semua pemain League dari seluruh pelusuk komuniti tidak ketinggalan untuk menonton perlawanan 1v1 ini.

Yan Zun telah memilih Darius manakala Amy dengan berani memilih Gragas dalam usaha untuk mengalahkan champion kedua paling banyak di-banned dalam permainan ranked selepas Yasuo. (Itulah, main lagi Yasuo.)

Perlawanan mereka berdua sangatlah sengit, dengan Gragas terkial-kial untuk push lane dan mengalahkan Darius. Namun begitu, Gragas juga mampu untuk membunuh Darius.

Perlawanan berakhir dengan Amy menyerah kalah tanpa memberi peluang kepada Yan Zun untuk memusnahkan nexusnya. Walaupun Amy sebenarnya masih lagi mampu untuk menumpaskan Yan Zun, dia berhasrat untuk memberikan kemenangan kepada remaja yang berasal dari Klang, Selangor ini.

Tahniah kepada Yan Zun, yang telah memenangi skin bernilai 450 RP. Amy tidak pulang dengan tangan kosong, memenangi skin bernilai 355 RP.

Kami juga ingin mengucapkan tahniah kepada pemenang tempat ketiga dan tempat keempat:-

Soon Zhen Suan (dua dari kanan)

Tempat ketiga: Soon Zhen Suan (dua dari kanan) mendapat skin bernilai 270 RP.

 

Tempat keempat: Lokman Haikal Rajiani.

Tempat keempat: Lokman Haikal Rajiani mendapat skin bernilai 190 RP.

 

Tier 1 Gempak Summoners All-Star terdiri daripada para pemain Gold dan ke bawah. Oleh itu, kami juga ingin mengucapkan tahniah kepada para pemenang Tier 2, yang dibarisi oleh para pemain Platinum dan ke atas:-

17361987_1751061438556506_36053789584979560_n

Awangku telah memenangi skin bernilai 270 RP. Rohaizat telah memenangi skin bernilai 355 RP.

 

dsffdsfsdf

Azrul telah memenangi skin bernilai 665 RP. Omir telah memenangi skin bernilai 450 RP.

 

Pemenang tempat kelima sehingga tempat kelapan juga menerima hadiah skin bernilai 190 RP untuk Tier 1 dan 270 RP untuk Tier 2.

Tahniah kepada para pemenang! Jumpa lagi pada Gempak Summoners All-Star yang seterusnya. Ya, kami akan menganjurkan lagi tournament 1v1. Tunggu untuk pengumumannya.

Post Berkaitan

Comments