Walaupun Mengalami Nerf, Camille Masih Terlalu OP!
Adakah Camille terlalu OP untuk anda?
Gambar | March 22, 2017 | By HalleBerry

edb0285c-441c-4da0-9955-e7ed8ff0d276

Dalam usaha untuk membuatkan Camille seorang champion yang stabil, terdapat ura-ura yang mencadangkan untuk Camille di-nerf lagi!

Ini bukanlah kali pertama Camille diletakkan bawah perhatian untuk dikenakan nerf. Sebenarnya, Camille pernah di-nerf bukan sekali, tetapi DUA kali sejak pelancarannya pada bulan Disember tahun lepas.

Kekuatannya diakui dalam patch pertama 7.1 pada bulan Januari yang lepas, sehinggakan patch notes tersebut bermula dengan ayat, “Let’s face it – Camille is pretty darn strong.” (Terjemahan: “Kami harus akui – Camille sememangnya amat kuat“. Patch tersebut menampakkan hampir kesemua kit Camille dikenakan nerf. HP-nya diturunkan, tempoh perisai pasifnya juga dikurangkan, dan stun pada ultimate-nya direndahkan. Malangnya, nerf ini masih tidak mencukupi untuk menstabilkannya.

Walaupun Camille mengalami nerf ini, Camille terus menjadi champion yang dikenakan insta-ban dalam permainan pro dan permainan biasa kerana pemain-pemain takut untuk bermain menentangnya. Malangnya, mereka betul. Camille terlalu kuat, dan oleh sebab itu nerf terhadapnya dikenakan sekali lagi dalam patch 7.3 pada bulan Febuari. Nerf kali kedua ini pula melibatkan pengurangan damage Q, slow W, stun E dan ultimate-nya turut dikenakan nerf sekali lagi.

camturn

Walaupun nerf dikenakan secara menyeluruh terhadap kit-nya dalam dua patch, Camille masih terkena insta-ban. Dia masih terlalu kuat dalam kebanyakkan peringkat permainan. Dia mudah mengenakan counterplay, yang sepatutnya menjadi kelemahannya – walaupun semasa berhadapan dengan kawalan ramai yang tinggi.

Kini, ia kelihatan bahawa dia akan dikenakan nerf lagi dalam usaha untuk menstabilkannya. Ideanya sekarang adalah untuk cuba mengeluarkan heal W-nya ketika dia menyerang musuh-musuh bukan champion, termasuklah mengurangkan slow W pada awal permainan dan bukannya bermula dengan slow 80 peratus yang rata.

Nerf ini mungkin akan mengurangkan kebolehan laning. Pengekalan gelombang minion mungkin tidak akan menjadi mudah, dan cubaan gank mudah dengan slow 80 peratus yang rata akan membuatkan gank lebih sukar.

Persoalannya, adakah ia mencukupi? Terdapat pelbagai kemungkinan terhadap persoalan ini. Dia tidak sekuat dahulu, tetapi kami masih tidak yakin jika dia cukup lemah untuk nerf kecil seperti ini bagi menstabilkannya.

Post Berkaitan

Comments