Skin Baharu Lee Sin Bakal Tiba di Rift!
Teaser Lee Sin Baharu
PBE | March 23, 2017 | By HalleBerry

lee sin

Sami buta League of Legends mungkin telah mendapatkan penglihatannya semula seperti yang dilihat dalam skin legendary Lee Sin. Sama seperti skin Elementalist Lux, anda boleh melihat skin Lee Sin dicuba dalam Skin Spotlight di Youtube!

Di sosial media pula, kata-kata hikmatnya sedang bertular dan dikongsi oleh orang ramai:

“Immortal sight cannot be obscured.”

 

 

Pada puncak kedewaan, God Fist Lee Sin mencari suatu cabaran yang membolehkannya mencapai tahap kemuncak. Pencariannya untuk pertempuran terakhir masih belum tercapai selama ini, tetapi mungkin Summoner’s Rift mampu mengurniakan kepadanya seseorang yang layak untuk berdepan dengannya.

 

 
Ciri-ciri Kedewaan:

Kesemua model dan tekstur baharu (latihan God Fist Lee Sin telah mempertingkatkan badan dan mindanya yang jelas kelihatan pada model badannysa yang berotot, tanda-tanda kedewaan, dan alas kepala mata ketiga.)

VFX serba baharu (serangan dan kebolehannya mengeluarkan kuasa transcendent.)

VO dan SFX serba baharu (ungkapan-ungkapan baharu dan sistem pemprosesan supaya padan dengan suara latar belakang yang berkuasa tinggi.)

Animasi-animasi serba baharu (kepelbagaian serangan auto baharu, Resonating Strikes baharu yang berubah pada jarak kepanjangan yang berlainan, cara-cara baharu untuk menyerang menggunakan Dragon’s Rage. Dia telah mempelajari pelbagai pergerakan baharu menerusi kesemua latihannya… termasuklah tarian baharu.)

Ward-hopping ke God Fist Ward, semasa menggunakan God Fist Lee Sin juga akan mencetuskan animasi ward yang istimewa Set to be Legendary – 1820 RP (Harga mungkin berubah.)

Terdapat juga ward skin God Fist Ward yang telah tersedia di PBE:

 

lee sin 2

Post Berkaitan

Comments