Usaha untuk menjadikan Karma lebih ayu
Karma menyerlahkan kejelitaannya dalam splash art baru.
Berita Game | March 23, 2017 | By Zharif Hamzah

Karma_Splash_2

Patch 7.6 sudah bermula. Selain daripada Galio yang ditunggu-tunggu oleh para pemain (dengan harapan para pemain akan berhenti bermain Yasuo), splash art Karma juga telah dikemaskini.

Jujur aku katakan,  Karma semakin ayu dalam splash art barunya.

Kalau kita membandingkan splash dulu dan kini, splash dulu, Karma sangatlah ganas. Kini, Karma sangatlah ayu, macam nak masuk pertandingan Miss Universe!

 

Miss Universe 2015, Pia Wurtzbach (kiri) dan Sakura Karma (kanan).

Miss Universe 2015, Pia Wurtzbach (kiri) dan Sakura Karma (kanan).

 

Bagi aku, mesej yang ingin disampaikan oleh Riot adalah, seorang champion boleh menjadi tangkas dan kuat. Pada masa yang sama, champion itu masih lagi boleh mengekalkan ciri ayu dan lemah lembut seorang wanita.

Kita sendiri lihat, bagaimana Karma beraksi di Summoners’s Rift. Pergerakannnya pantas dan jitu. Biarlah ciri itu kekal dalam permainan tapi bukan dalam splash artnya. Seperti biasa, kita mestilah kelihatan ayu apabila kita bergambar. Karma ingin mengikut gaya dan trend seperti itu.

 

Sakura Karma lama (kiri) dan Sakura Karma baru (kanan).

Sakura Karma lama (kiri) dan Sakura Karma baru (kanan).

 

Lihat betapa ayunya Sakura Karma kini berbanding sebelumnya. Wanita Jepun terkenal dengan sifat mereka yang ayu dan manis dipandang. Jadi, tak moleklah kalau skin Karma yang bertemakan negara matahari terbit itu tergoyang sana, tergoyang sini macam wanita koboi (atau macam Yasuo yang suka hayun pedang macam orang gila.)

 

Sun Goddess Karma lama (kiri) dan Sun Goddess Karma baru (kanan).

Sun Goddess Karma lama (kiri) dan Sun Goddess Karma baru (kanan).

 

Lihat, betapa ayunya Karma duduk bersimpuh mengalahkan wanita Melayu terakhir. Tak macam splash art lama. Apa yang ada dalam fikiran Riot apabila mereka lukis mata Karma jadi macam itu? Hahaha.

 

Traditional Karma lama (kiri) dan Traditional Karma baru (kanan).

Traditional Karma lama (kiri) dan Traditional Karma baru (kanan).

 

Mata Traditional Karma lama sangat ganas. Hahaha. Tak lawa. Sangat tak lawa okay. Tengoklah splash art baru. Sejuk mata memandang. Sejuk perut ibu mengandung. Eh?

Kesimpulannya, splash art Karma baru sangat lawa. Namun, apakah pendapat korang mengenai splash art baru ini? Komenlah di ruangan komen.

Post Berkaitan

Comments