AddMaths Sertai DuniaLoL
Komentator menjadi Penulis
Aktiviti | March 27, 2017 | By Add Maths

Penulis terbaru DuniaLoL

Saat yang ditunggu-tunggu telah tiba. Setelah diadakan beberapa rundingan dan perbincangan, akhirnya DuniaLoL telah mendapatkan satu lagi penulis artikel yang baru.

Lain daripada penulis-penulis yang sedia ada, jejaka ini merupakan seorang individu yang tidak asing lagi di dalam komuniti League of Legends Malaysia (dan mungkin juga Singapura). Dia merupakan komentator Bahasa Melayu untuk Garena dan juga baru-baru ini.

 

 

Shoutcasting di SCG 2016

Siapakah AddMaths?

Nama Sebenar : Zieqry Idraaqie Bin Zamari

Nama Samaran : AddMaths, AddMaths Shoutcaster, Edmet

Umur : 24

Tarikh Lahir : 23 Januari 1993

Tempat Tinggal : Puchong, SEL / Tapah, PERAK.

Pengalaman Kerjaya : 11bulan (1 tahun apabila sampai bulan April)

Bermula kerjayanya sebagai komentator Bahasa Melayu di Mid-Season Invitational (MSI) 2016 yang lalu, komentator ini terus berkembang menjadi seperti artis di dalam komuniti. AddMaths memang cukup dikenali dengan post-post -nya di Group Facebook bernama Gempak Summoners, yang biasanya panas-panas dan membangkitkan kontroversi.

Untuk pengetahuan semua, AddMaths merupakan salah satu komentator yang mencapai peringkat Ranked yang tinggi pada Season lepas. Dia berjaya untuk mencapai ke peringkat Platinum V sebelum Season lepas tamat. Untuk Season ke-7, apabila ditanya, dia ingin cuba untuk mencapai peringkt yang lebih tinggi dan menyatakan ingin cuba untuk mendapatkan peringkat Diamond V sebelum Season yang baharu ini menutup tirainya.

Profile LoL AddMaths

Baru-baru ini juga, AddMaths sempat menunaikan ibadah Umrah di Tanah Suci Mekah, bersama-sama dengan keluarganya. Oleh sebab itu, kepada sesiapa yang mengikuti The Legends Circuit 2017, yang kini berada di peringkat akhir, akan perasan bahawa AddMaths tiba-tiba berkepala botak ketika dia sedang berulas. Walaupun rupa kepalanya sudah berubah, para penonton masih lagi mampu mengecam komentator ini kita dia Live untuk mengulas games; dengan gurauan sana sini juga.

AddMaths di Masjid Nabawi

Kenapa Join DuniaLoL?

Ketika ditanya mengapa kini berminat ingin menulis untuk DuniaLoL, dia menjawab;

Selain daripada bermain game sahaja, saya pun ingin berkongsi apa-apa informasi yang saya dapat kepada mereka yang berminat. Informasi termasuklah pandangan tentang patch-patch baharu, build-build champions yang releven dengan meta terkini, strategi dan gameplay yang mungkin tidak ramai tahu, perkembangan dunia e-sukan sedunia dan juga gossip-gossip terbaru tentang apa-apa yang terkandung dalam dunia League of Legends. DuniaLoL juga boleh dijadikan sebagai batu loncatan dalam kerjaya saya sebagai seorang komentator dengan adanya pendedahan yang meluas daripada pembaca dan juga penulis-penulis lain. Dengan menyertai DuniaLoL juga, ia memberikan saya motivasi untuk mencari info-info baharu dan seterusnya, mengembangkan ilmu yang sedia ada supaya menjadi insan yang lebih bermanfaat kepada komuniti.”

 

Di Astro untuk Worlds 2016

Sama-sama kita doakan dan beri sokongan kepada komentator Bahasa Melayu ini yang tidak segan untuk memberi pandangannya di platform ini.

 

 

Post Berkaitan

Comments