Pulau Pinang menjadi hos TLC terbaik
Kejohanan terbesar League telah berlangsung di pulau paling terkenal di Malaysia.
TLC/Malaysia | March 27, 2017 | By Mikail Karma

View of the crowd at Prangin Mall

Garena telah menganjurkan The Legends Circuit Malaysia Final, buat julung-julung kalinya dianjurkan di negeri Pulau Pinang Pulau Mutiara, pada 25 Mac 2016.

Ini merupakan kali pertama Garena menganjurkan  final TLC di negeri berpulau itu.

Bertempat di Prangin Mall, TLC melabuhkan tirainya dengan Kuala Lumpur Hunters (KLH), membelasah Swestic dengan mata 3-0, tidak memberikan satu peluang pun kepada Swestic untuk memenangi  sebarang perlawanan.

Streamer terkenal dalam komuniti League of Legends Malaysia, Meera ‘NeverOne’ Dros menjadi hos pada acara tersebut bersama Nini Ho. Semestinya, acara sebegini dipenuhi dengan acara pentas, kuiz, dan tidak ketinggalan cabutan bertuah dengan hadiah yang lumayan.

 

Meera 'NeverOne' Dros (kiri) dan Nini Ho (kanan).

Meera ‘NeverOne’ Dros (kiri) dan Nini Ho (kanan).

 

Meera berkata “Ada yang dah datang pada pukul tujuh pagi!” Acara bermula pada pukul 10:30 pagi. Tetapi, orang ramai sudah mula beratur panjang pada pukul sembilan pagi.

Tempat duduk acara di tengah-tengah Prangin Mall hampir penuh dengan para penonton terdiri daripada pemain League dan orang ramai setia menunggu, menonton sehingga ke saat akhir, KLH menjulang piala kejuaraan mereka.

Tidak ketinggalan, orang ramai tidak jemu berhenti berjalan di pusat membeli belah tersebut,  menjenguk dan menonton perlawanan epik antara KLH dan Swestic.

 

KLH, juara TLC, membawa pulang RM 40 000 dan akan mewakili Malaysia dalam Garena Premier League (GPL) di Manila, Filipina.

KLH, juara TLC, membawa pulang RM 40 000 dan akan mewakili Malaysia dalam Garena Premier League (GPL) di Manila, Filipina.

 

Ini merupakan sesuatu yang ingin dipuji kepada para pemain League dan rakyat Pulau Pinang. Mereka setia menunggu, menonton, dan menikmati keseronokan dan kehangatan, merasai debaran pertarungan pelbagai champion di Summoner’s Rift.

Menurut salah seorang Game Master (GM) Ashley Chong yang juga dikenali sebagai GM Ennyz, beliau berkata, “Apa yang kami banggakan mengenai para pemain  kita di Pulau Pinang, mereka setia menunggu sehingga ke akhir acara.”

Inilah kesetiaan dan semangat yang kita mahukan dalam kalangan para pemain League. Semangat orang Pulau Pinang terpancar dalam final TLC, dengan mereka memberikan sokongan padu kepada para pasukan yang berentap.

 

Cosplayers at the event -- Officer Caitlyn and Debonair Ezreal

Cosplay Officer Caitlyn dan Debonair Ezreal beraksi sewaktu final TLC.

 

Prangin Mall merupakan lokasi strategik dipilih Garena untuk menganjurkan TLC, yang terletak bersebelahan menara ikonik dan tertinggi di Pulau Pinang, Komtar.

Sebelum ini, TLC Final pernah dianjurkan di Mines Convention Center di Seri Kembangan, Selangor dan Kuala Lumpur Convention Center di kawasan Segi Tiga Emas, Kuala Lumpur.

Prangin Mall menjadi tempat penganjuran TLC yang berjaya menarik perhatian semua pemain League di pulau ternama itu. Pertama kali dianjurkan di Pulau Pinang, pemain League di Pulau Pinang berasa teruja dengan acara ini diadakan di negeri mereka.

Semua penonton membawa pulang skin terhad, Gladiator Draven yang tidak dijual di stor League.

Pulau Pinang sudah membuktikan bahawa sokongan rakyat negeri itu kepada League of Legends begitu kuat. Terima kasih rakyat Pulau Pinang!

Post Berkaitan

Comments