Pengalaman Pertama di TLC
Pengalaman seorang pemain LoL baru dalam dunia TLC
Aktiviti | March 28, 2017 | By HalleBerry

Hai semua! Halle Berry kini kembali dengan penulisan DuniaLoL baharu. Pada hari Sabtu yang lalu, suatu acara besar telah berlangsung iaitu The Legends Circuit (TLC) Grand Finals di Prangin Mall, Penang. Secara jujurnya, ini kali pertama I pergi ke acara tempatan besar untuk League of Legends. Ia memang suatu pengalaman yang menyeronokkan walaupun lepas semuanya berakhir I rasa penat satu badan. Lepas acara hari tu, I siap google “Thai Odyssey” yang terdekat sebab I rasa macam I berhak untuk dimanjakan (over betul). I rasa bukan I seorang je yang pergi TLC untuk kali pertama, jadi bagi sesiapa yang mempunyai pandangan lain pada hari TLC Grand Finals tu, beritahu kami okay!

1. Ramainya orang!

Disebabkan I bertanggungjawab terhadap sosial media dan untuk menemu ramah orang-orang di sekeliling, I rasa kerdil berada di sekeliling pemain-pemain LoL yang berpengalaman. Hebat ke tak hebat ke tu tak kisah, tapi hakikatnya kalau dah sampai sanggup bangun awal untuk pergi tengok Grand Final TLC ni mesti dorang ni peminat-peminat hardcore. Dahla I kena temu ramah orang-orang yang datang, I rasa risau nak pergi ke orang untuk menemu ramah. Ada yang reject I (sedih okay) sebab dorang segan, tapi ada jugak yang sporting untuk ditemu ramah (I love you guys! <3).

IMG_8650

1

2.Pemain-pemain Pro Bukan Pemain Sebarangan

Secara jujurnya, sebelum menonton permainan Kuala Lumpur Hunter (KLH) menentang Swestic I tak adalah rasa teruja pun sebab bagi I, permainan e-sukan tempatan ni belum cukup hebat seperti permainan antarabangsa. Oh, I was so wrong. I rasa I orang yang paling kuat menjerit masa dorang berlawan hari tu. Selain tu, I rasa I banyak belajar jugak masa lihat dorang bermain, sebab dorang memang sangat pandai dalam merancang strategi dan untuk menolong sesama sendiri. That is what teamwork is all about. Kalau tak ada teamwork, memang hancur game korang.

_MG_8531

_MG_8534

3.Terharu Melihat Sokongan Orang Ramai

I amat terharu melihat sokongan orang yang datang. Bukan para penyokong je, tetapi sokongan daripada ibu bapa dan orang-orang ramai yang datang berjalan-jalan. It’s good to know yang masih ada ibu bapa yang menyokong minat anak-anak mereka sehinggakan mereka sanggup datang dari jauh untuk memberi sokongan moral kepada anak-anak dorang yang bermain. Sektor e-sukan ni mungkin bukan suatu sektor yang dipandang tinggi oleh orang ramai, terutamanya golongan ibu bapa. Jadi untuk melihat sokongan tu buat I rasa sangat terharu. Tambahan pula, ramai yang setia menonton acara tu dari awal sampai akhir di Prangin Mall pada hari tu. You guys are the real MVP.

DD0A8106

DD0A8169

4.Pengalaman TLC Membuka Mata kepada Proses Sebenar

Oleh sebab I bertanggungjawab terhadap perkara-perkara behind the scene TLC atau dalam Bahasa Melayunya, di sebalik tabir TLC, I telah belajar banyak benda tentang pembuatan suatu acara. Untuk membuat suatu acara yang besar ni bukanlah sesuatu yang mudah. Banyak perkara yang perlu difikirkan dan dilakukan untuk memastikan hari utama berjalan dengan lancar.

30a6d1d5-0b43-4a6b-919d-ec91d4e01fe7

 

5.Suatu acara yang menyeronokkan!

Walaupun banyak perkara yang tidak diingini berlaku dalam perjalanan untuk menjayakan TLC Grand Finals ini, I masih berseronok sebab kebanyakkan daripada perkara-perkara yang berlaku memberi pengajaran baru. I bukanlah dari latar belakang gaming, walaupun sakit untuk belajar benda-benda yang memang totally baru I masih rasa bahawa pengalaman TLC adalah suatu pengalaman yang berharga. I berjumpa dengan ramai kenalan baru dan belajar pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah berkaitan membuat acara gaming yang baru.

e67df0c8-23b6-4fa6-87e8-d0dc1286affa

 

Okaylah korang! Itu antara pendapat HalleBerry tentang TLC pada tahun ini. Korang ada pendapat sendiri tak? Kalau ada beritahulah kami di ruang komen bawah. Sehingga kita bertemu lagi~

Post Berkaitan

Comments