Build Ashe yang Baharu
Alternatif daripada build biasa
Strategi | March 29, 2017 | By Add Maths

Perkembangan

Sejak perubahan yang drastik dilakukan pada patch 7.5 berkenaan dengan Lethality, perkara tersebut memberi banyak peluang kepada role Marksman untuk melakukan build-build yang mengancam. Tambahan pula, dengan buff yang diberikan pada Fervor of Battle dan juga perubahan pada Black Cleaver, yang kini memberi lebih banyak HP, maka build baru ini pun tercipta. Build yang dimasudkan merupakan Ashe Build yang core itemnya merupakan Black Cleaver, Runaan’s Hurricane dan Blade of the Ruined King.

Disini saya akan terangkan keberkesanan build ini.

Ashe New Build

Black Cleaver + Ranger’s Focus (Active)

Sebelum kita masuk mendalam tentang apa kaitan Black Cleaver dengan Ranger’s Focus, mari kita lihat apa ada pada Ranger’s Focus, atau lebih diketahui sebagai skill Q untuk Ashe, dan juga keterangan tentang Black Cleaver.

 

Ashe Q Skill Explain

Focus utama dalam skill ini adalah pada on-hit effectnya. Jika diaktifkan, Ashe akan tembak 5 bullet kecil ke arah targetnya. Apabila dikenakan kepada pihak lawan, setiap bullet kecil itu akan terkenanya semua on-hit effect setiap satu. Jadi, apabila digabungkan dengan Black Cleaver, 5 on-hit effect item tersebut akan terkena kepada pihak lawan! Itu satu benda yang memang merbahaya apabila terkena pada pihak lawan. Bukan itu sahaja, Ashe juga akan dapat attack speed bonus daripada skill ini. Jadi, akan lagi senang untuk Ashe meletakkan on-hit effect itu kepada pihak lawan.

TheBlackCleaver

Black Cleaver, secara keseluruhannya, memang penting untuk build ini. Sebabnya ialah:

(1) Reduce Armor 5% stacks

(2) Movement speed jika lakukan damage

Kesan Gabungan

Dengan adanya Ranger’s Focus dan juga Black Cleaver, Ashe mampu untuk stack setiap bullet kecil Q itu dengan on-hit effect Black Cleaver, iaitu mengurangkan armor sebanyak 5% setiap satu. Jadi, setiap kali pihak lawan terkena 5 bullet Q Ashe, maka sekaligus akan terkena 5% Armor reduction (5 bullet X 5% Armor reduction on-hit effect). Dalam ketika itu, Armor pihak lawan akan dikurangkan secara mendadak dan ini memberi peluang untuk Ashe melakukan damage dengan ganasnya. Tambahan dengan movement speed bonus apabila melakukan damage, Ashe mampu untuk kite pihak lawannya dengan senang, dan terus mengekalkan Armor reduction itu dengan lebih lama. Diingatkan yang Armor reduction stack itu bertahan selama 6 saat, iaitu amat lama apabila terkena ketika teamfight.

Runaan’s Hurricane?

Sekali lagi, build ini banyak memainkan peranan dalam untuk menurunkan Armor pihak lawan selama mungkin. Jadi, Runaan’s Hurrican dibawa masuk untuk menambahkan lagi keberkesanan build ini.Runaan Explain

Runaan’s Hurricane penting untuk memberikan on-hit effect Black Cleaver kepada lebih daripada satu pihak lawan oleh sebab item ini mampu untuk meletakkan on-hit effects kepada pihak lawan. Selain itu, item ini juga penting untuk memberi Ashe attack speed yang dia perlukan untuk memaksimumkan keluaran damage.

Kesan Gabungan

Ranger’s Focus (Active) + Black Cleaver + Runaan’s Hurricane.

Dengan 5 bullet daripada Q Ashe, dan juga on-hit effect Black Cleaver, seterusnya bolt lebihan daripada Runaan’s Hurrican, Ashe mampu untuk mengurangkan Armor sebanyak 25% pada dua pihak lawan. Ini bagus untuk Ashe menjadi satu aset di dalam suatu teamfight. Dengan Attack Speed yang ada, Ashe mampu untuk melemahkan pihak lawan sehinggakan pihak lawan mampu menangis dengan damage yang dikeluarkan oleh Ashe.

Blade of the Ruined King pula?!

Rasanya, dari saat dimana anda membaca ini, anda tahu bagaimana Blade of the Ruined King akan memain peranan di dalam build ini. Walau bagaimana pun, penjelasan item ini akan diberikan juga untuk menambahkan lagi info item ini di dalam build Ashe yang baharu.

BOTRK Explain

Blade of the Ruined King akan memberi Ashe kebaikan dari sudut survivability. 15% Life steal item ini akan memberi Ashe sustain yang diperlukan untuk berdiri lama dalam perlawanan. Tambahan pula, dengan penambahan 8% berdasarkan HP pihak lawan pada basic attacknya, Ashe mampu untuk menumbangkan pihak lawan yang mempunyai HP yang tinggi; biasanya pada Tankers. Active Blade of the Ruined King pula mampu memberi peluang kepada Ashe untuk memaksimakan keupayaannya untuk kiting pihak lawan.

Kesan Gabungan

Ranger’s Focus (Active) + Black Cleaver + Runaan’s Hurricane + Blade of the Ruined King.

Sambung daripada penjelasan gabungan diatas, dengan adanya Blade of the Ruined King, Ashe juga dapat menumbangkan Tanker dengan lebih berkesan. Dengan 8% HP damage dan juga Armor reduction pada on-hit effect, maka Ashe akan menjadi suatu champion yang menggerunkan. Bukan sahaja itu, Ashe mampu mengeluarkan damage tersebut kepada lebih daripada satu pihak lawan. Jadi, memang dahsyatlah Ashe apabila dia berjaya mendapat ketiga-tiga item ini.

Items-Items Terakhir

Berikut merupakan senarai last items yang sesuai untuk menghabiskan build ini:

  • Infinity Edge
  • Lord Dominik’s Regards
  • Phantom Dancer
  • Maw of Malmortius
  • Bloodthirster
  • Guardian Angle

Ashe Build Final

Runes and Masteries

Ashe merupakan Marksman (ADC) yang banyak memberikan damagenya pada Basic Attack. Jadi, banyakkan fokus kepada Attack Speed dan Attack Damage. Untuk Masteries, pilih yang memberikan dia terbaik untuk mengeluarkan damage, dan untuk Keystone Masteries, yang paling sesuai untuk build ini merupakan Fervor of Battle kerana stack Fervor mampu untuk memberi Ashe ruang memaksimukan damagenya, dan juga menambahkan keberkesanan build ini.

Ini merupakan CONTOH Runes dan Masteries. Anda boleh ubahkannya mengikut kesesuaian individu masing-masing.

Ashe Runes and Masteries

Kesimpulan

Build Ashe ini merupaka build alternatif daripada buildnya biasanya, yang fokus kepada pengeluaran damage dan Attack Speed. Build ini memerlukan latihan yang intensif kerana build ini membuatkan Ashe berada dalam keadaan yang berlainan daripada sebelum ini. Build Ashe membuatkan dirinya lebih Tanky dari build yang sebelum ini. Namun, mungkin early game Ashe dia begitu menyerlah. Build ini menyerlah apabila mencecah mid game atau apabila mendapat ke semua item core build ini.

DISCLAIMER : Build ini merupakan cadangan alternatif daripada build yang biasa sebelum ini. Jika Build ini tidak sesuai dengan anda, anda boleh teruskan dengan mana-mana build yang anda lebih selesa.

TL:DR Build

Core items :

  • Black Cleaver
  • Runaan’s Hurricane
  • Blade of the Ruined King

End items:

  • Infinity Edge
  • Lord Dominik’s Regards
  • Phantom Dancer
  • Maw of Malmortius
  • Bloodthirster
  • Guardian Angle

Runes & Masteries : Refer Picture Above.

Ashe Selamat Mencuba

Post Berkaitan

Comments