God Fist Lee Sin Skin Yang Stylo..??
God FIst Lee Sin akan jadi trending..???
PBE | March 29, 2017 | By Chrome

God Fist Lee Sin ada style ke..??

Lee SIn

 

Lee sin merupakan salah satu champion yang menjadi “Trending” pick sejak kebelakangan ini. Boleh dikatakan hampir setiap game akan mempunyai Lee Sin. Sebab utama Lee Sin menjadi “Top Pick” adalah kerana kehadiran skin barunya iaitu “God Fist Lee Sin”. Tapi ape kelebihan skin ini sampai ianya menjadi Legendary skin…??

God Fist Lee Sin kali ini kelihatan lebih style berbanding skin-skinnya yang lain ini kerana buat pertama kalinya mata Lee Sin tidak lagi tertutup, malahan kali ini ia kelihatan bercahaya berwarna keemasan. Tangan Lee Sin juga kali ini kelihatan berwarana emas, jadi memang patutlah digelar “God Fist Lee Sin” .

Mari kita lihat satu persatu kelebihan skin ini yang membuat ianya menjadi salah satu skin “Legendary”.

 

Q-Sonic Wave / Resonating Strike

Merupakan skill paling penting bagi pemain Lee Sin kerana ianya memberikan damage yang tinggi kepada musuh dan juga murupakan salah satu skill shot untuk merapatkan “Gap” dengan musuh. So kalau anda bermain Lee Sin pastikan Q anda sentiasa menepati sasaran. Visual skill effect bagi skill ini kelihatan lebih kemas di mana skill shot nya kelihatan lebih kecil  dan apabila terkene pihak musuh ia kelihatan berwarna biru berlainan dari skin Lee Sin yang lain.

leeq

leeq2

W-Safeguard / Iron Will

Skill ini memainkan peranan penting untuk pemain-pemain Lee Sin kerana ia memberikan “Shield” dimana ianya sering kali menyelamatkan anda dan juga “Teammate” anda . Selain memberikan “Shield”  skill ini juga membantu Lee Sin untuk “survive”  di dalam “jungle” kerana “Iron Will” memberikan Lee Sin “life Steal” dan “Spell Vamp”. Pastikan anda menggunakan skill ini pada masa yang tepat kerana ianya merupakan satu-satunya skill “Mobility” bagi Lee Sin. Pergerakan skill effect kali ini kelihatan lebih kemas dan skill effect shieldnya juga kelihatan lebih rapi dan jelas.

leew

E- Tempest / Cripple

Tempest merupakan skill Lees Sin yang memberikan magic damage dan cripple pula digunakan untuk memperlahankan musuh. Visual effect skill ini yang kelihatan sangat menarik kerana Lee Sin seakan-akan mengeluarkan cahaya dari badannya. Perghhhh ini baru lah “cool” .

leesine

R- Dragon’s Rage

Ultimate Lee Sin memberikan Impak yang besar didalam teamfight. Tetapi tidak semua pemain boleh mengunakan ultimate lee sin sepenuhnya. Ini keran ultimate Lee Sin memerlukan “positioning” yang baik supaya ultimatenya dapat mengenai semua pihak musuh dan memberikan Knock Up”  kepada musuh. Visual skin effect untuk skin ini agak berbeza dari skin yang leain kerana untuk skin ini ultimate Lee Sin menggunakan kedua-dua belah tangan dan bukan menggunakan kaki, sebagaimana skin-skinnya yang lain.

 leer

Apa yang menjadikan skin ini menarik adalah kerana Visual Effectnya yang lebih kemas dan “Rancak”. Selain itu ia juga mempunyai animasi yang istimewa, serta voice effectnya juga memberi nafas baru bagi Lee Sin

 

Skin ini merupakan skin Legendary pertama bagi Lee Sin. Kesan visualnya kemas dan voice visualnya juga memberikan kelainan kepada Lee Sin. Tetapi ultimate lee sin tidak begitu sesuai dgn visual effectnya kerana “God Fist Lee Sin” seharusnya mengunakan kaki tetapi visual effect bagi skin ini ia menggunakan tangan dan bukan kaki. But overall skin ini memang style tetapi agak “overprice” bagi saya. Apa-apa pon kalau anda minat Lee Sin skin anda perlu ada untuk melengkapkan koleksi skin Lee Sin anda.

P/S: AbangDots Kene try main Lee Sin barulah rancak..!!!!

Post Berkaitan

Comments