Fervor vs Bloodlust
Yang mana satu menjadi pilihan pengguna?
Strategi | March 30, 2017 | By Add Maths

DISCLAIMER: INI HANYALAH PENDAPAT INDIVIDU. JIKA IA TIDAK SESUAI DENGAN ANDA ATAUPUN ANDA TIDAK BERSETUJU DENGAN PENDAPAT INI, MAKA IKUTLAH MANA-MANA PENDAPAT YANG LEBIH BAGUS

Fervor vs Warlord

Sejak kebelakangan ini, ada satu perdebatan yang berlaku di antara kedua-dua Keystone Masteries ini. Lagi-lagi sejak keystones ini melalui perubahan demi perubahan sehingga patch 7.6. Pergelutan mengenai masteri apa yang patut digunakan, terngiang-ngiang di hati para pemain untuk digunakan dalam Summoner’s Rift. Mana satukah yang terbaik? Mari kita meneliti kedua-dua Keystone Masteries ini dan disaat manakah mungkin satu masteri lagi hebat daripada masteri yang lagi satu.

Fervor of Battle

Fervor Explain

Fervor of Battle merupakan salah satu Keystone Masteries yang terletak di bahagian Ferocity Tree dalam Mastery. Seperti yang tertulis pada gambar di atas, Fervor of Battle akan memberi stacks Fervor kepada sasaran si pengguna selama 8 saat. Stacks yang diberikan adalah sebanyak (2) kepada penyerang Melee. Untuk penyerang Ranged , mereka hanya mendapat stack sebanyak (1) sahaja. Setiap stack Fervor akan memberi si pengguna penambah sebanyak minimum 1-8 Attack Damage/Physical Damage sehingga maksima 8-64 Attack Damage/Physical Damage. Diingatkan bahawa, stack Fervor akan terlekat pada target si pengguna sehingga pencapai tahap maksima 8 stacks. Jadi kalau ikut matematik asasnya:

8 Stacks Ferver X Minimum Attack Damage 1 Minimum Attack Damage 8 = 8-64 Damage akan diberikan secara Minimum!

Lagi tinggi level seseorang champion itu, lagi tinggilah minimum Attack Damage yang akan dihasilkan daripada Fervor of Battle. Selain daripada Basic Attack, Fervor of Battle juga boleh dikeluarkan stacknya melalui beberapa skill pada seseorang champion. Sebagai contoh, Shyvana Twin Bite skill mampu untuk menghasilkan stack Fervor apabila digunakan kepada pihak lawan. Mana-mana skill yang mempunyai keupayaan on-hit effect juga mampu menghasilkan stack Fervor. Diingatkan juga bahawa stack Fervor tidak akan menguatkan Lifesteal ataupun Critical Strike seseorang champion, hanya menguatkan keupayaan Basic Attack atau skill tertentu sahaja. Ini bermakna nilai Lifesteal dan Critical Strike tidak akan naik oleh kerana pihak lawan terkena stacks Fervor ini.

Warlord’s Bloodlust

Warlord Explain

Warlord’s Bloodlust juga merupakan salah satu Keystone Masteries yang terletak di bahagian Ferocity Tree di dalam Mastery. Seperti yang tertulis pada gambar di atas, Warlord’s Bloodlust mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri, asing daripada Fervor of Battle. Kini, apabila si pengguna menggunakan Warlord’s Bloodlust, pada keadaan dimana dia bergerak ataupun menyerang, attack si pengguna akan mendapatkan sesuatu status attack yang diberi nama Energized. Apabila sesuatu attack Energized, attack itu akan menghasilkan Heal sebanyak 5-40% nilai Attack Damage. Untuk diletakkan secara nombor:

Andai kata si pengguna mempunyai 100 Attack Damage.

Apabila attack Energized digunakan, si pengguna akan dapat heal sebanyak

100 X 5%-40% = 5-40 HP!

Tambahan daripada info diatas, apabila Energized Attack itu menghasilkan Critical Strike, attack itu masih lagi akan menghasilkan 5-40% Attack Damage Heal. Namun, ada lagi penambahan sebanyak 2 + nilai bonus Critical Strike Damage dengan mendarabkan kepada Attack Damage Heal yang dihasilkan bersama. Untuk memudahkan kefahaman:

Andai kata si pengguna mempunyai 100 Attack Damage dan Critical Strikenya 50.

Apabila attack Energized digunakan, si pengguna akan dapat heal sebanyak

(100 X 5-40%) X (2+ 50)

5-40HP X 52 = 260-2080 HP!

Ini bermakna, lagi tinggi Attack Damage yang ada, dan juga level (kerana peratus diberi berasaskan level si pengguna), maka akan lagi banyak terhasilnya Heal kepada si pengguna, dan juga lagi tinggi bonus Critical Strike Damage itu, lagi tinggilah nilai Heal si pengguna akan dapat. Selain daripada itu, Energized Attack juga memberi penambahan movement speed sebanyak 30% selama 0.75 saat.

Pilih Ikut Keadaan

Fervor or Warlord

Oleh kerana setiap Keystone Masteries ini mempunyai kebaikan yang tersendiri, tentulah ada beberapa keadaan yang patut dipertimbangkan apabila ingin digunakannya ke dalam Summoner’s Rift.

Gunakan Fervor of Battle :

  • untuk memaksimakan keluaran damage champion anda
  • apabila anda mementingkan damage output daripada sustain
  • pada champion-champion yang cara mainannya secara Fighter (Fiora, Kled, Yasuo, dll.)
  • pada champion-champion yang memerlukan lebihan Attack Damage (Tristana, Jinx, Twitch, dll.)
  • bersama dengan item-item yang memberi on-hit effect (Black Cleaver, Trinity Force, dll.)
  • apabila anda tidak takut untuk berada dalam teamfight dan mengeluarkan sebanyak damage yang mungkin

Gunakan Warlord’s Bloodlust:

  • untuk medapatkan punca sustain apabila di fasa Laning
  • apabila anda ingin terus hidup lama
  • pada champion-champion yang memerlukan sustain yang tinggi (Ashe, Vayne, Jhin, dll)
  • pada champion-champion yang mampu menghasilkan bonus Critical Strike yang tinggi (Ashe, Vayne, Jhin, dll)
  • apabila anda ingin mendapatkan keupayaan kiting pada champion
  • bersama dengan item-item yang memberi Armor Penetration (Black Cleaver, Lord Dominik’s Regards, dll)
  • apabila anda ingin berada lama di dalam suatu teamfight.

Kesimpulan

Pilihan terletak kepada kesesuaian individu. Setiap orang mempunyai cara main masing-masing. Di akhir cerita, kedua-dua Keystone Masteries tetap menjadi pilihan paling popular di League of Legends untuk digunakan. Semoga anda dapat sedikit pembelajaran daripada ini, dan selamat maju jaya di Summoner’s Rift.

Jhin Selamat

Post Berkaitan

Comments