PAHANG KE PENANG
Roadtrip to Penang; The Legends Circuit Spring 2017
TLC/Malaysia | March 30, 2017 | By Red

TLC di Penang?

“TLC buat kat Penang? Kenapa jauh sangat? Bukan biasanya buat kat KL je ke? Siapa je yang nak datang kalau buat kat Penang? Confirm takde orang nak datang tengok.” Hmmm.. tu la reaksi sesetengah peminat League bila dapat tahu yang TLC kali ini akan diadakan di Prangin Mall, Penang.

 

Day 1: Pahang ke Penang

Hah, ni sakit sikit. Kenapa? Sebab there is no direct bus or train dari Pahang ke Penang. Jadi, kena turun KL (Pekeliling) terlebih dahulu dan ambil bas dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk ke Penang – Sungai Nibong. Kenapa tak naik ERL? Sebab jadual perjalanan ERL tak sekerap bas, dan semua perancangan dibuat last minute – ticket buy on spot and hotel book on the same day. Bila dah sampai TBS, terus pergi ke kaunter dan cari bas terawal. Bertolak dari Pahang pukul 7 pagi dan sampai di Penang pukul 5 petang. Hahaha 10 jam tu. Gigih tak?

 

Rehearsal for TLC Spring 2017

Rehearsal yang diadakan sehari sebelum perlawanan berlansung

 

Walaupun TLC hanya akan berlansung pada pagi esok, pemain dan staff garena sudah berada di Prangin Mall untuk membuat persediaan dan rehearsal bermula tengahari hingga lewat malam untuk memastikan segala yang dirancang berjalan dengan lancar.

 

Day 2: TLC Day

Penyeri TLC 2017 - Meera and Nini

Penyeri TLC – Meera ’NeverOne’ Dros dan Nini Ho

 

Kalau sebelum ni 3-4 bas geng pantai timur pergi Selangor Cyber Games (SCG). Kali ni pergi sendiri. So I’m a bit lost sebab tak kenal most of the people kat situ. Tapi nasib baik lah orang Penang ni peramah.

The host – Meera and Nini did an amazing job hosting the event in 3 language! Oleh kerana tertarik dengan keserasian mereka berdua ketika mengacara, diharapkan agar mereka akan menjadi pengacara untuk event-event yang akan datang.

Macam biasa, banyak permainan yang diadakan di hari tersebut. Tapi yang paling menarik ialah game Kahoot. Penonton masukkan Game ID yang diberikan untuk menyertai permainan, soalan diberikan di screen dihadapan dan pemain akan menjawab menggunakan telefon masing-masing. Pemain terpantas menjawab dengan betul akan mendapat point tertinggi.

Sebagai penyokong Swestic, saya sedikit terkilan dengan kekalah mereka. Bagaimanapun, kemenangan yang diperolehi oleh KLH adalah wajar dengan persembahan yang mereka tunjukkan pada hari tersebut.

 

Day 3: Goodbye Penang

Infront of Prangin Mall

Mungkin ada yang tak suka bila TLC kali ni dibuat di Penang. Tapi apa salahnya sekali-sekala buat di luar? Atau mungkin ia boleh diteruskan untuk memberi peluang kepada peminat League of Legends di luar Kuala Lumpur untuk merasakan kemeriahan berada di lokasi live tournament yang seperti TLC!

Malah sambil menyelam minum air, selepas TLC berakhir bolehlah melawat kawasan-kawasan menarik di Penang. Paling seronok sepanjang berada di Penang ialah berjalan kaki dari hotel ke Padang Kota! Tengok maps memang dekat, tapi tambah sesat dan hujan, ambil masa setengah jam juga untuk sampai.

 

It was a short trip, but full of memories. Next TLC kat mana pula? Harap-harap ia akan dibuat di tempat yang lebih menarik. Melaka or Johor maybe?

 

Post Berkaitan

Comments