3 Reason why Swestic lost
Kekurangan pada Swestic yang menyebabkan mereka gagal menjadi juara TLC Spring 2017
TLC/Malaysia | April 1, 2017 | By Red

TLC Spring 2017 Final yang berlansung di Prangin Mall, Penang baru-baru ini menyaksikan pertembungan diantara juara bertahan Kuala Lumpur Hunter dan Swestic. Bukan kali pertama, kedua kumpulan ini pernah bertembung di Asus Battle Rift. Tapi sama seperti sebelum ini, Swestic sekali lagi gagal menumpaskan juara bertahan tersebut. Berikut adalah 3 sebab utama kenapa Swestic mengalami kekalahan pada kali ini.

 

NOT ENOUGH EXPERIENCE

Swestic on stage LOC in bangkok

Swestic di League of Champions Bangkok

Mula mendapat perhatian ramai sejak mewakili Malaysia bagi League of Champions di Bangkok, Swestic merupakan gabungan daripada pemain daripada Sanguine Wolves, Dulcet Essence dan Mystic. Berbanding KLH yang telah mendominasi TLC sejak TLC Summer 2015, Swestic tidak mempunyai cukup pengalaman di pentas yang besar seperti ini. Malah semasa di pentas Final TLC yang lepas, Swestic seharusnya boleh memberikan persembahan yang lebih baik. Tetapi mungkin kerana mereka gugup, banyak kesilapan yang telah dilakukan sepanjang permainan.

 

LACK OF CHAMPIONS POOL IN META PICKS

Pick and Ban system sekarang memerlukan pemain untuk mencari lebih champion yang dirasakan kuat. Ini menyebabkan pemain perlu membiasakan diri dengan lebih banyak champion.

Melihat kepada permainan pertama, mid laner – Kirino memilih untuk bermain Zed. Zed adalah champion yang lemah di awal permainan dan tidak boleh laning dengan ranged damage dealer yang masih lagi mendominasi meta mid lane. Ini bermakna, Zed bergantung kepada roaming untuk mendapatkan kills dan di situasi ini, ianya mustahil dengan adanya Jungler KLH – Qaspiel yang seperti dapat membaca semua pergerakan Swestic. Malah, seperti yang dikatakan oleh Shoutcaster Higgabes ketika perlawanan berlansung, non-meta picks atau unconventional picks only against team that is mechanically worse than you. Tidak banyak yang boleh dilakukan oleh Zed dalam permainan tersebut terutamanya setelah 4 dari pemain KLH telah mempunyai item Quicksilver dan Ninja Tabi boots.

 

TLC Spring 2017 4 qss

4 Quicksilver dan 4 Ninja Tabi di Game 1 TLC Spring 2017 Final

 

OUT-DRAFTED

Sama seperti kelemahan Swestic dalam pemilihan champion pada meta sekarang, KLH dengan mudah memaksa Swestic untuk memilih champion yang bukan safe pick mereka. Malah, dengan fasa drafting yang kini lebih rumit daripada sebelumnya, Swestic gagal meneka komposisi yang cuba dibuat oleh KLH sehingga ianya sudah terlewat. Ini jelas pada permainan dimana KLH flashing Irelia di first pick sebelum memilih untuk lock in Camille. Pilihan tersebut agak mengelirukan dan pada mulanya ramai yang menjangka Camille akan bermain di top lane dan ia menyebabkan Swestic memilih Olaf. Fasa drafting KLH tenyata menunjukkan lebih mind games manakala Swestic sangat direct dan lebih kepada untuk memilih counter kepada pilihan champion yang dibuat oleh KLH.

 

klh flash out irelia

KLH flashing Irelia before locking in Camille in Game 2

 

pick and ban game 2

 

Pick and Ban in Game 2, TLC Spring 2017

Bagaimanapun, kekalahan dengan KLH bukanlah bukanlah pengakhiran bagi Swestic. Ia adalah satu pengalaman dan sebagai kumpulan yang terdiri daripada pemain-pemain muda, pastinya masih banyak ruang untuk Swestic memperbaiki permainan mereka sama ada daripada skill individu atau kumpulan.

Post Berkaitan

Comments