Pertandingan 1 V 1 God Fist Lee Sin..?? Seriously..??
Siapa juara Legend of the fist..?
Featured | April 3, 2017 | By Chrome

Siapa bakal merangkul gelaran Legend of The God Fist..?

Pada artikel lepas Chrome telah membuat skin review untuk skin God Fist Lee Sin , Hari ini Chrome akan mengulas tentang satu tournement yang baru lagi dianjurkan dan masih lagi berlangsung . Pada 30 Mac 2017, telah belangsungnya pusiangan kelayakan bagi ” Legend of The God Fist” .

God Fist Lee SIn tournement

 

“Legends of The God Fist” ini akan berlangsung sehingga 8 April 2017.  Pertandingan ini terdiri daripada 6 kumpulan iaitu, 2 daripada Malaysia, 2 daripada Singapura dan 2 daripada negara luar. Namun daipada 6 kumpulan ini hanya “Top 4” dari setiap negara akan mara ke pusingan akhir yang akan diadakan pada 8 April 2017  di  “MILLAN, ST JAMES POWERSTATION SINGAPORE”.  Pertandingan ini telah ditaja oleh pihak “RAZER ARENA” dan juga pihak “ONE Championship”. Pada pusingan akhir ” Legend of The God Fist” pihak “ONE Championship” juga akan mengadakan satu demonstrasi “Mixed Martial ART”(MMA)  oleh Amir Khan dari Singapura dan juga Dejdamrong Sor Amnuaysirichoke dari Thailand.  Ini memberi peluang kepada perserta dan warga Singapura untuk menyaksikan aksi “Lee Sin” secara “Live”. Jadi klu sebelum ini kita tengok orang berlawan dalam tv or internet kali ini kita dapat saksikan secara “Live” di pusingan akhir “Legend of the God Fist”

 

prize god fist lee sin

Perghhh… hadiah yang bakal dimenangi pada pusingan akhir  nanti..“masyuk”!!!!! Tapi ape yang best sebenarnya 4 pemenang dari pusingan kelayakan akan dapat flight ticket ke singapura, tempat penginapan dan satu set “Razer Tournement Backpack”,  dah macam menang percutian percuma ke Singapura…. Best gilaa!!!!!

 

Lebih kurang 1,300 orang telah mendaftar, tetapi hanya 700 orang sahaja yang bertanding ini kerana selebihnya tidak melengkapkan pendaftaran mereka. “700” orang merupakan satu angka yang besar untuk pertandingan “Legend of The God Fist” ini . Mungkin hadiah yang disediakan juga menjadi faktor utama untuk menarik minat perserta untuk menyertai pertandingan ini.

Pertandingan “Legend of The God Fist” ini merupakan pertandingan dimana perserta berlawan satu sama satu dengan pihak musuh (1 v 1). Cara untuk menang adalah dengan mendapat “First blood” atau “First Tower”, Map yang dimainkan adalah “Howling Abyss” dan mode yang dimainkan adalah “Blind Pick”. Jadi perserta perlu bermain secara bijak kerana di “Howling Abyss” summoners tidak boleh “Regen” di map tersebut.

God Fist Lee SIn edit

 

Jadi Chrome ucapkan “Good Luck” buat semua peserta yang bertanding . Harap-harap Chrome dapatlah ke Singapura untuk membuat liputan tentang Pusingan akhir “Legend of the God Fist” nanti. Selain itu Chrome nak ucapkan Terima kasih kepada Riot ShadowDame kerana telah banyak membantu Chrome mendapatkan penerangan menganai pertandingan ini. Kita nantikan siapakah juara “Legend of The God Fist”….!

 

 

 

 

 

Post Berkaitan

Comments