Pasangan yang bakal dikeluarkan?
Sistem Duo Champion Terbaharu di League of Legends
Analisis | April 4, 2017 | By Add Maths

Champion or Rework Title

Para pengguna media sosial League of Legends baru-baru ini dikejutkan dengan suatu teaser yang telah diumukan oleh Riot Games melalui facebook page mereka, League of Legends Facebook Page . Setelah ditayangkan teaser ini, ramai pemain League of Legends bermula membuat teori mereka masing-masing. Ada yang menyatakan bahawa ini merupakan champion baharu yang Riot Games ingin memperkenalkan ke dalam game. Ada juga yang mengatakan ini merupakan suatu pembaharuan ataupun rework kepada seorang champion. Mereka mensasarkan rework kepada Quinn and Valor, atau Kindred.

Video Vastaya2

Link Video

Spekulasi demi spekulasi, akhirnya, terdapat suatu titik kesimpulan yang terkeluar. Rupanya, Riot Games ada mengeluarkan pengisian baru di dalam laman utamanya, Laman Utama League of Legends Amerika Utara . Pada bahagian Universe, dimana bahagian ini masih lagi berada dalam keadaan BETA, Riot Games telah menulis dan memaparkan suatu pengisian terperinci yang berkenaan dengan Lore League of Legends. Mereka menulis tentang suatu kawasan yang diberi nama The Vastaya.The Vastaya2

Menurut Jurnal Pengembaraan Vastaya Eduard SantangeloThe Vastaya merupakan suatu kawasan yang berdekatan dengan Bandar Ionia dimana diduduki oleh makhluk-makhluk hybrid manusia dan binatang.  The Vastaya juga mempunyai taburan flora yang unik dan mengagumkan. Dari sini, jurnal ini memberi pandangan yang lebih luas tentang beberapa champion lain akan asal usul mereka; antaranya sebagai contoh, Ahri, Kindred, Ivern, Lulu dan lain-lain lagi.

Vastaya Ahri 2

Mengikut informasi yang telah dipaparkan oleh Riot Games, dari sini ramai orang boleh membuat pandangan bahawa kedua-dua individu yang ditunjukkan dalam video merupakan salah satu spesis yang mungkin wujud di Vastayan. Mereka juga menyerupai manusia yang mempunyai ciri-ciri binatang seperti burung. Namun, ini bukan merupakan sesuatu rework kepada mana-mana champion (Sorry, Quinn mains), tapi merupakan sesuatu leak yang dikeluarkan oleh para pengguna Reddit. Jika leak ini benar, kita semua mungkin akan memasuki dan merasai sistem terbaru dalam League of Legends, iaitu sistem duo champion. Menurut post tersebut, jika champion baharu ini dipilih, anda akan diberi pilihan untuk bermain yang mana satu, di dalam perihal ini, the Harpy atau the Phoenix. Ia dikatakan mereka ini merupakan pasangan duo ADC dan juga Support. Sememangnya, jika jangkaan ini benar, kita akan melihat sistem ini dipaparkan buat pertama kali di League of Legends.

Phoenix and Harpy

Oleh itu, Kesimpulannya, Riot Games tidak lama lagi akan mengeluarkan champion yang baharu untuk ditambahkan ke dalam taburan champion di dalam League of Legends. Dengan adanya sistem duo yang baharu, nampaknya Riot Games ini mencuba untuk mempelbagaikan lagi pilihan permainan untuk menarik minat pemain untuk setia bermain League of Legends dan juga menarik pemain-pemain baharu untuk cuba bermain game tersebut.

Walau apa-apa pun, kami semua di DuniaLoL juga tidak sabar akan apa yang ingin Riot Game lakukan. Champion baharu ataupun Rework sekali pun, Riot Games memang tidak hampakan para pemain League of Legends-nya dengan pengisian-pengisian yang mengejutkan.

Phoenix and Harpy Chibi

Gambar oleh Mimi

Post Berkaitan

Comments