[GPL] Team Ascension dari THAILAND
Berjaya mengalahkan BKT untuk ke GPL
Antarabangsa | April 5, 2017 | By Add Maths

Pada 3 April 2017, tamatnya pertandingan League of Legends yang diadakan di negara jiran kita, Thailand. Dinamakan sebagai LoL Thailand League of Legends Championship Series (TLCS) disana, pertandingan tersebut ditamatkan dengan keputusan yang disangka oleh orang ramai, termasuk komuniti kami di Malaysia dan Singapore. The Bangkok Titans (BKT) yang selalunya menjadi juara untuk TLCS, telah dikalahkan oleh team rival mereka, iaitu Team Ascension. Team Ascension ataupun ASC, selalunya akan berada dibelakang BKT dalam semua pertandingan di Thailand. Namun, kali ini, ASC telah berjaya menundukkan raksasa besar Thailand LoL dan berjaya untuk mendapatkan tempat di Garena Premier League (GPL) yang akan diadakan di Manila kelak, mewakili kawasan Thailand.

Ascension Logo w BG

Dengan penukaran drastik kepada roster pemain mereka, dan juga kemasukkan tiga bekas pemain Bangkok Titans ke dalam pasukan, Ascension telah mengharungi TLCS Group Stage dengan tiada kekalahan. Mereka berjaya mendapatkan 11 Match Wins dengan hanya 3 Match Draws, tanpa dikalahkan oleh mana-mana team sekalipun. Oleh sebab itu, mereka telah berjaya untuk mendapatkan juga slot untuk berada terus di peringkat akhir di Play-offs TLCS. Sememangnya, dari awal lagi, team ini ingin mengejar takhta juara untuk TLCS 2017.

TLCS 2017 v1

Setelah lama mereka menunggu di Peringkat Akhir, akhirnya, Ascension berentap semula dengan Bangkok Titans untuk tentukan siapa yang akan ke GPL 2017. Mereka pun berlawan, bertarung, berhempas pulas, dan akhirnya, Ascension muncul keluar sebagai Juara untuk TLCS 2017 dengan mengalahkan Bangkok Titans 3-1. Sekian lama mereka berada di bayang-bayang Titans ini, dengan tanpa rasa putus asa, mereka berjaya untuk keluar dari kepompong rival mereka dan mewakili Thailand ke GPL 2017.

Finals TLCS v1

Tanpa meleret lebih lama lagi, mari kita lihat siapakan gerangan para pemain untuk Ascension ini dan apakah yang kita dapat tahu tentang mereka. Tahniah diucapkan kepada Ascension sekali lagi kerana para pemain ini telah berjaya menjuarai Thailand LoL Championship Series 2017 dan mewakili Thailand ke Garena Premier League Manilla 2017.

TLCS Ascension v3
Ascension_Gaming_Team_Roster `


ASCENSION TOP LANER – LLOYD

Llyod Data


ASCENSION JUNGLER – VIPER

Viper Data


ASCENSION MID LANER – G4

G4 Data


ASCENSION AD CARRY – NOWAY

NoWay Data


ASCENSION SUPPORT – WARL0CK

Warl0ck Data


Post Berkaitan

Comments